Mode : Final Examination 2008

June 7, 2008

” Kenapa mesti belajar bersungguh-sungguh? ”

” Kerana Kita orang Islam! ”

” Quran cakap begitukah? ”

” Ya! ”

Manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya. Dan usahanya itu akan diperlihatkan kepadanya kelak. Kemudian, akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna An Najm 53 : 39-41

” Al- hadith pula bagaimana? ”

Orang mu’min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada orang mu’min yang lemah (Namun keduanya itupun sama memperoleh kebaikan) Berlumba-lumbalah untuk memperoleh apa saja yang memberikan kemanfaatan padamu dan mohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah merasa lemah. Jikalau engkau terkena sesuatu mushibah, maka janganlah engkau berkata: “Andaikata saya mengerjakan begini, tentu akan menjadi begini dan begitu.” Tetapi berkatalah: “Ini adalah takdir Allah dan apa saja yang dikehendaki olehNya tentu Dia melaksanakannya,” sebab sesungguhnya ucapan “andaikata” itu membuka pintu godaan syaitan (Riwayat Muslim)

” Tapi.. bukan ke Qada dan Qadar Allah dah tentukan? Kira nanti aku study sungguh-sungguh pun.. kalau dah memang aku takde luck still aku tak leh perform! ”

” Iyelah, betul tue memang betul. Tapi, as a matter of fact kita memang tidak pernah tahu apa yang Allah dah tetapkan untuk kita kan? Maka, berusahalah bersungguh-sungguh! ”

” Erm, betul gak.. ”

” Husnu Zhon dengan Allah, jangan lupa k! ”

p/s : GOOD LUCK TO ALL VOLGORIANS. Semoga memperoleh yang terbaik dalam peperiksaan kali ini.

” Erm, jap! Cop Cop!!! Camne kalau aku tak dapat apa yang aku harapkan? ”

” Hehe, tak mengapalah. Yang paling penting, kau dah dapat something yang lebih berharga - PAHALA atas usaha keras kau tue ”

” Apakah manusia akan mendapat segala yang dicita-citakannya? ”

” Tidak! Maka, milik Allahlah kehidupan di dunia dan akhirat.. ” An Najm 53:24-25

Kutipan Jumaat, 6 Jun 2008

June 6, 2008

Hari ini, Jumaat 6 Jun 2008 , selepas solat Jumaat sekali lagi diadakan kutipan untuk tabung Kirovsky . Alhamdulillah sebanyak 38,510 rubels telah dapat dikumpul. Terima kasih kepada semua yang menderma.

*Pada Malaysian Games Nizhny 2008 yang berlangsung 2 minggu lepas,sebanyak 28,200 rubels telah disumbangkan oleh pelajar Moscow dan Nizhny melalui wakil pelajar mereka. Pada minggu yang sama juga,di Volgograd telah diadakan jualan amal oleh pelajar tahun 6 yang tidak dapat menyertai jualan amal sebelum ini.Hasil inisiatif mereka sebanyak 8,850 rubels telah dikumpul.Jazakallah.

Anda bila lagi? “BERSATU MEMBANTU UMMAH”

Adakah Kau Lupa?

June 6, 2008

Terkenang saat pertama mengenali jalan ini. Memang diciptakan Allah jalan ini dengan sifatnya yang berliku-liku. Payah rasanya menahan pedih melawan hawa nafsu yang memuncak-muncak. Tambahan lagi dengan darah muda yang masih panas ini. Namun, suatu ketika dahulu telah dibuktikan bahawa remaja-remaja muslim berjaya. Bukan sahaja dari segi kekuatan fizikalnya, namun juga dari segi pemikiran. Hasilnya, lahirlah tokoh-tokoh Islam yang dikenali sehingga hari ini:

1. Saidina Ali r.a.
2. Salahuddin Al-Ayyubi
3. Zaid bin Harithah
4. Tariq bin Ziad
5. Usamah bin Abu Jahal

MasyaAllah, semuanya mantap-mantap belaka agama mereka. Ingin sekali saya ikuti jejak langkah mereka. Bagi saya, Salahuddin Al-Ayyubi adalah tokoh yang ingin sekali dicontohi. Ayahnya gabenor wilayah Baalbek, beliau tinggal di dalam istana Nur al-Din. Walaubagaimanapun, beliau tidak hidup sebagai seorang putera, sebaliknya hanya mengambil seperlunya sahaja.

Saya fikir beliaulah antara tokoh yang amat saya kagumi dan teringin juga menjadi seperti beliau. Cuba bayangkan, dalam umur yang muda sahaja beliau sudah berjaya mengetuai tentera untuk merampas kembali Baitul Maqdis dari penguasaan tentera Salib.

Beliau inilah yang menjadi titik mula saya bersemangat untuk menaikkan Islam.
“Saidina Umar Al-Khattab bermula daripada seorang kafir yang kemudiannya memeluk Islam, Salahuddin Al-Ayyubi pula lahirnya dalam keadaan muslim”.
Apa yang menyentuh saya pada statement tersebut?

1. Jika diamati sebaik-baiknya, beliau juga adalah seperti kita. Lahirnya sebagai seorang muslim, sama seperti kita juga. Namun, apa bezanya antara kita dengan beliau yang telah banyak berkorban, berjuang, berjihad fi sabilillah? Apakah penyebabnya beliau banyak menyumbang untuk Islam? Bukankah kita sama seperti beliau?
2. Dalam umurnya seperti kita sekarang ini, berapa banyakkah sumbangan yang telah beliau sumbangkan pada Islam? Dan berapa banyak pulakah sumbangan yang telah KITA sumbangkan untuk Islam?

Jika menurut kehendak hati, sudah lama saya menambah list ini sepanjang-panjangnya tetapi sekarang bukan itu yang menjadi persoalannya. Yang penting adalah:

“Dimanakah silapnya kita?”
“Mengapa kita tidak boleh menjadi seperti beliau?”
“Apa yang menyebabkan bezanya kita dengan beliau?”

Perkara inilah yang perlu kita kaji dan cari. Bukan setakat cari sahaja, bahkan hinggalah ke puncanya. Bila diketahui puncanya, maka lakukanlah usaha kita sehabis mungkin. Hapuskan yang jahiliyah hingga ke akar umbi! Kemudiannya barulah kita bertawakkal sepenuh tawakkal pada Allah Yang Maha Mencipta, Yang Maha Agung, Yang Maha Mengasihani.

Teringat saya akan lirik nasyid ‘Adakah Kau Lupa?’

Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa
Memayungi 2 per 3 dunia
Merentas benua
Melayari samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan
Adakah kau lupa

Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan

Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang
Adakah kau lupa?

Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam diserata dunia
Membina tamadun berjaya
Merubah mengangkat maruah

Ayuh! Terus bekerja

June 4, 2008

” Mahu menjadikan institusi usrah di Volgograd semakin mantap ” -Saudara Afiq Fikri bin Azmi, 3rd year student.

Saya baru lepas membelek-belek kembali sebuah booklet lama bertajuk “Panduan untuk Mengundi” keluaran SPR (Suruhanjaya Khas Pilihanraya) sempena Pilihanraya Kecil-kecilan di bandar Volgograd untuk Kelab UMNO di sini @KUV bagi sesi 2007/2009.

Terdetik di hati saya, Alhamdulillah, syukur ke hadratNya kerana dalam kesibukan kita mengejar kejayaan dalam dunia perubatan, masih ada jiwa-jiwa yang suci berkehendakkan Islam dan paling penting, mahu melihat syariat itu tertegak di tengah-tengah komuniti ini (yang rata-ratanya masih Atheis atau menganut ajaran Kristian Orthodoks)

Menjadi persoalan di sini - Apakah natijah sebenar (hasil) yang menjadi AIM kepada titik tolak usaha dakwah* kita?

*saya kecilkan skop kepada usaha kecil-kecilan individu seperti berusrah, beri tazkirah kepada member atau usaha besar-besaran pelbagai persatuan kita di sini seperti MSA, UMNO, SPR dan PPIM.

Apakah yang menjadi ukuran sebenar kita dalam menentukan efektif atau tidak usaha kita?

1. Adakah apabila hasil harakah (anak buah) kita diundang menjadi penceramah dalam occasion tertentu?

2. Mungkinkah dia semakin hebat menulis artikel@blog penuh idea bernas atau mungkin provakatif?

3. Berjayanya mereka menduduki tempat teratas dalam sebarang pilihanraya yang diadakan atau dengan kata lainnya menjadi seorang yang berpengaruh di kalangan kita?

bla..bla

Itulah ukuran manusiawi, bukan tarbawi semestinya.

Pelbagai telahan dan kayu ukur boleh kita kemukakan, namun hakikatnya kejayaan sebenar sebuah usaha dakwah Islamiyyah bukan begitu.

Natijah daripada sebuah tarbiah Islamiah ialah untuk melahirkan seorang muslim yang sebenar yang berjaya di sisi Allah dalam hidupnya di dunia dan juga akhirat.

Ia proses mujahadah diri dan peningkatan dalam meninggalkan sifat-sifat mazmumah dan menghayati sifat-sifat mahmudah.

Kita mesti mahu sehingga mereka sampai kepada maqam takwa!

Ketahuilah, meskipun mereka memegang jawatan tinggi dalam persatuan, dipandang sebagai orang yang hebat lagi mantap, popular di kalangan kita etc itu bukan ultimate goal kita, BUKAN!

Oleh itu kita tidak mahu dan tidak boleh ukur kejayaan tarbiah Islamiah ini dengan ukuran tertentu.

Namun tidak dinafikan, kita tetap menerima pelbagai bentuk natijah yang kita anggap sebagai kejayaan sesuai dengan kondisi, kebolehan dan kemampuan anak buah.

Perlu kita faham -

“Seseorang itu kita anggap berjaya jika ia mencapai maqam takwa walaupun ia seorang tidak popular dan cuma mampu buat kerja yang tidak glamor pada pandangan manusia kini”

Ini cuma telahan seorang penulis ‘kodi’. Terpulanglah. Yang penting, usaha kita perlu berpanjangan.

Ayuh! Terus bekerja. Anda pula bagaimana?

“Katakanlah sekiranya kamu mencintai Allah maka ikutilah perjuangan aku (Muhammad), Allah akan mencintai kamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu” Ali Imran, 3:31

Ucapan Peperiksaan

June 3, 2008

Semester hampir tamat,bahang peperiksaan makin terasa.

Kami, pihak pengendali dan sidang redaksi laman muslimin volgograd ingin mengucapkan selamat menempuh peperiksaan kepada semua,khasnya pelajar Malaysia di Volgograd ini.

Barang siapa yang berusaha, maka dia akan berjaya

Juga kepada abang-abang dan kakak-kakak yang sedang menghadapi peperiksaan akhir dan bakal menamatkan pengajian mereka. Semoga kalian berjaya dan menjadi seorang doktor yang baik, yang berjaya di dunia dan pentingkan akhirat. Terima kasih atas segalanya. Jasa dan pengorbanan kalian hanya Allah yang dapat membalasnya

« Previous PageNext Page »