Bantulah Walaupun Sedikit
July 23, 2008
Sebelum pulang bercuti musim panas Julai lalu, pelajar-pelajar muslim Volgograd telah dibekalkan dengan beberapa pucuk surat daripada pemimpin-pemimpin pelajar, terjemahan surat mufti dan plan masjid.
Dokumen-dokumen ini bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar mengutip derma untuk tabung Kirovskiy. (untuk sesiapa yang belum ada lagi, atau terlupa membawa pulang, surat-surat tersebut boleh didapati di ruangan ‘Download’ di atas)
Memandangkan kami masih belum mempunyai akaun persatuan, adalah amat sukar untuk mendapatkan sumbangan dari organisasi-organisasi atau syarikat-syarikat.
Jadi kami amat mengharapkan sumbangan dari anda semua walaupun berupa individu. Ketahuilah bahawa sumbangan anda amat bermakna. Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian yang membantu saudara seagama.
Menghadapi Masalah Harga Minyak di Malaysia
July 1, 2008
Bukankah pelik, dalam keadaan kita merasa kecewa dengan kenaikan
harga minyak ini, saya mencadangkan agar kita banyak bersedekah. Banyak kali bersedekah bukan bermakna setiap kali bersedekah kita membuatnya dengan banyak. Yang saya maksudkan, bila ada peluang untuk bersedekah, keluarkanlah duit anda walau sedikit mana untuk bersedekah. Selepas itu berdoalah agar Allah menerima sedekah kita dan memberi kita rezeki dengan secukupnya.
Salah satu cara untuk merasakan kehebatan Allah ialah dengan kita
memerhatikan apa yang berlaku disekeliling kita. Dalam perkara
sedekah ini, mungkin kita ingin imbas kembali, bagaimana ada kalanya rezeki rezeki yang datang kepada kita selepas kita bersedekah. Ini tidak mestinya berlaku serta merta, tetapi ianya tetap berlaku. Kalau berlaku serta merta, maka semua orang akan bersedekah. Kita tahu ramai yang begitu lokek dan kedekut untuk bersedekah. Cuba imbas imbas kembali bahawa ada kalanya kita mendapat kebaikan dari sedekah
kita. Kebaikan itu datang secara langsung atau tidak langsung kepada
kita.
Untuk kita yang beriman kepada Allah, kita tidak patut untuk takut
bersedekah walaupun dalam keadaan harga minyak naik ini. Allah telah berjanji, orang bersedekah itu tidak akan miskin. Janji Allah adalah benar dan sentiasa benar. Percayalah. Apabila Allah berjanji kita tidak akan miskin dengan bersedekah, bermakna Allah berjanji bahawa rezeki kita akan cukup. Mungkin kita tidak akan kaya, tetapi percayalah, rezeki kita akan dicukupkan Allah. Segala keperluan asas kita akan cukup untuk kita. Insyallah Allah akan datangkan dengan cara langsung atau tidak langsung. Perhatikanlah. Maka teruskanlah bersedekah. Buatlah selalu walau sedikit. Bila ada peluang untuk bersedekah, buatlah. Buatlah banyak lagi kebaikan diatas mukabumi ini. Bukankah hadis mengatakan ¢jika kita membuang duri dari atas jalan, itu juga satu sedekah¢.
Oleh itu jangan tunggu lagi, bersedekahlah! !!
p/s: pesanan utk abg2 yg dh grad trutamanya..





Recent Comments