Kirovsky Islamic Centre – Make it a Reality
20 Oct
Alhamdulillah pada 20/10/2008 sebanyak 56 570 rubles telah diserahkan. Jazakumullah khairan kathira
19 Oct
Suatu sambutan Hari Raya Aidilfitri telah dijayakan pada hari Ahad, 12 Oktober bersamaan 12 Syawal 1429 yang lalu,bertempat di dewan utama Hostel Hiroshima. Majlis yang dihadiri oleh semua warga Malaysia di Volgograd ini diadakan hampir 2 minggu lewat memandangkan pelbagai persiapan yang perlu diadakan dalam masa yang suntuk.
Majlis dimulakan tepat jam 10.30am dengan bacaan doa yang diketuai oleh Saudara Zhafri. Tugas sebagai pengacara pula dipertanggungjawabkan kepada Saudara Faiz Mohd Nasri dan Saudari Nurul Hidayah. Antara aktiviti yang telah diadakan pada sesi pagi adalah seperti berikut:
Ucapan alu-aluan oleh pengarah projek
Ucapan oleh pelajar-pelajar tahun akhir
Persembahan slaid hari raya
Kuiz dan permainan ‘Lebaran Aidilfitri’
Persembahan nasyid oleh kumpulan Al-Ibtisam yang mendendangkan lagu Lebaran dan ‘Nyanyian Serambi’.
Sesi pagi diakhiri dengan jamuan aidilfitri. Antara juadah yang dihidangkan ialah Nasi Minyak Hujan Panas, Ayam Masak Ros, Rendang Minang, Nasi himpit Kuah Kacang, dan sirap limau sebagai penyegar tekak. Pada jam 1.30 petang majlis berhenti rehat untuk menyahut seruan azan.
Sesi petang bermula pada jam 2.00petang dengan:
Ketibaan pelajar-pelajar bukan Islam
Persembahan dikir barat oleh pelajar-pelajar lelaki Tahun 1
Ulangan persembahan slaid hari raya
Sambutan hari jadi pelajar-pelajar yang lahir pada bulan Oktober
Anugerah busana terbaik, yang dimenangi oleh Khalid bin Othaman (tahun6) dan Aida Athirah bt Azmal (tahun2) bagi kategori pelajar Islam. Bagi kategori bukan muslim pula, anugerah disandang oleh Selvanaayagam (tahun5) dan Hui Qian (tahun6).
Sesi fotografi

Majlis yang gilang gemilang ini menutup tirainya pada jam 5.00petang. Setinggi penghargaan diucapkan kepada Saudara Mohd Husainy, selaku pengarah projek ‘Lebaran Aidilfitri 2008’. Saudari Nurul Huda Othman sebagai penolong pengarah, Saudara Muhammad Tarmizi Bin Muhammad Fauzi yang mengepalai pengurusan juadah, dan seterusnya semua warga Volgograd yang telah menjayakan majlis ini. Setinggi-tinggi kesyukuran dihadapkan kepada Rabbul Alamin, Alhamdulillah. Semoga majlis ini akan terus dijalankan hatta pada tahun-tahun seterusnya.
Laporan disediakan oleh,
Admin
MuslimInVolgograd.com
11 Oct
Hari ini mufti Volgograd, Hadrat Ilyas menyampaikan khutbah berkenaan solat yang menjadi tiang agama Islam yang kita cintai ini. Berikut merupakan antara isi-isi khutbah yang telah beliau sampaikan:
-Sebelum mendirikan solat, seseorang itu hendaklah ingat bahawa solat yang akan didirikan tersebut adalah untuk Allah, tuhan yang Maha Melihat dan yang Maha Mengetahui. Kita perlu menerapkan nilai-nilai ihsan semasa menunaikan solat, mengingati bahawa semua yang akan kita kerjakan nanti tidak akan terlepas dari pandangan Allah s.w.t.. Oleh itu, kita hendaklah melakukan solat dengan sempurna dan khusyuk.
- Melalui solat, seseorang itu akan dapat menambahkan ketaatan dan merasai kemanisan iman. Solat yang dilakukan dengan sempurna dapat mencegah benda-benda yang keji dan mungkar.
- Syaitan-syaitan takut untuk mendekati orang yang bersolat, kerana solat itu merupakan zikir. Ini bermakna sepanjang menunaikan solat, seseorang itu sedang berzikir kepada Allah s.w.t.
- Solat seseorang itu janganlah diganggu kerana mengganggu solat itu bererti mengganggu hubungan dengan Allah s.w.t.. Dari Anas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila seseorang itu mendirikan solat, beliau berhubung dengan Allah”. (hadis riwayat Bukhari)
Hadrat Ilyas juga menyelitkan peringatan bahawa kita hendaklah menjaga apa yang dimakan samaada disembelih atau tidak,halal atau haram,bukan setakat makan apa sahaja yang terhidang didepan mata. Apabila seseorang itu makan benda yang haram, maka ibadahnya tidak diterima selama 40 hari.
Di akhir khutbah mufti mengajak kita sama-sama berdoa agar diberi kekuatan untuk menjaga ibadah solat ini, menunaikannya seawal waktu dan secara sempurna.
2 Oct
Sukacita dimaklumkan bahawa jumlah derma kirovsky yang diserahkan pada 2 Oktober 2008 adalah sebanyak 62,110 rubles, segala kerjasama yang diberikan didahului dengan jazakumullahhu khairan kathira.
2 Oct
Pada hari Sabtu 27 September bersamaan 27 Ramadhan yang lalu telah diadakan satu program kerohanian yang bertempat di dewan utama Hostel Perubatan Hiroshima, Volgograd.
Program Malam Wasilah Ke Syurga ini telah dihadiri oleh hampir semua pelajar Malaysia beragama Islam di sini ini yang kini sudah mencecah seramai 198 orang.
Program ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran para pelajar tahun 1 yang baru sahaja menjejakkan kaki di bumi Allah Volgograd ini pada 23 September yang lalu.
Antara tentatif program yang telah diadakan adalah seperti berikut :
6.15 ptg – Bacaan Ma’thurat
6.50 ptg – Iftar
7.00 ptg – Solat maghrib
7.30 mlm – Khatam Al-Quran
8.00 mlm – Makan
9.00 mlm – Solat Isya’ dan Terawih
9.45 mlm – Tayangan Perdana
10.45 mlm – Bersurai
4.00 pg – Qiamullail
4.40 pg – Sahur Istimewa
5.13 pg – Solat Subuh
5.45 pg – Kuliyyah Subuh
6.30 pg – Majlis Bersurai
Alhamdulillah dengan izin Allah program ini telah berjalan dengan jayanya. Semoga program seumpama ini mendapat keberkatan dari-Nya.Amin..
Recent Comments