Sambutan Aidil Adha & Kirovsky Charity Day

November 24, 2008

Tarikh : 14/ 12/ 08 ( Ahad )

Masa : 0930am

Tempat : Dewan Serbaguna Hostel Hiroshima

Jangan hatimu digari dengan sifat bakhilTentatif :

  • Pembukaan majlis (Pengenalan Kirovsky)
  • Tayangan Amal
  • Konsert amal & Nasyeed by

~Al-Ibtisam
~An-Nasihah

  • Solat Zohor & Solat Hajat berjemaah
  • jualan amal :

~ Pelbagai jenis juadah
~ Gerai tulisan khat
~ Gerai gambar

p/s ~ sesiapa yang berminat untuk membuat jualan amal, sila hubungi : Kak Anis, 6th year < +79275479212 / YM: anis_arman@yahoo.com>

** Harga tiket : 30rub termasuk sarapan**
**Duit jualan tiket 100% akan disumbangkan kepada tabung Kirovsky**
** Tiket pas masuk untuk ^Tayangan dan Konsert Amal^ boleh dibeli dari wakil-wakil batch seperti berikut :

Batch

Lelaki

Perempuan

1st year

2nd year

3rd year

4th year

5th year

6th year

Aizat

Zulhilmi

Faiz

Firdaus

Afham

Zack

Diana

Amalina

Mas

Farah

Dziannis

Anis

BERMINAT UTK MENGHADIAHI SAHABAT ANDA SWEETS,BANANA CHOC CAKE,PHOTOS OR CHOCOLATE??? SILA HUBUNGI KAK RITA 6TH YEAR (+79275412744/YM rita_aqua85) UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

Jom menonton sambil menderma

“KIROVSKY WADI PENGORBANAN HAKIKI”

Alhamdulillah

November 15, 2008

MuslimahI’m so delighted, so grateful to Rabbul Alamin..that Islam is spreading fast in Russia. It has been nicely planned by Allah, He makes this path easy for us. MasyaAllah…

Alhamdulillah..

Alhamdulillah…

Alhamdulillah…

Their pure, innocent faces come reeling in my mind..one by one..

Maryam.. embraced Islam 4years ago, had been steadfast despite the wrath of the mother whom she still lives with.

Khadeeja.. young girl, young muslimah ages only 2weeks! Stay devoted by reading Quran, like Allah is talking to her..she already joined our usrah! Subhanallah.

Olesya..an adult with strong belief..

Jameelah.. searching for Qudwah in all the born-muslimahs..never feels withdrawn by being a hijabee around russian friends

Ainur and Darrya..born-muslims, never practiced before but, like a slip of fate fell in love with Malaysian muslimahs.. Subhanallah, Thank you Allah for His hidayah..wal-inayah..

Alina.. our 7th housemate.Why you graduated so soon..we miss you so much already!!

Salma.. we want to see your mixed arab-russian son!!=’)..Egypt must be so serene that you don’t wanna come back..

You sisters, opened our eyes. You treasure Islam more than we could do. You spend time learning, while some of us prefer day-dreaming. You perform daa’wa.. while some of us feel safe, just by wearing hijab and pray 5times a day.

Been dreaming about seeing them all-together, it touches my heart and I feel like crying..
Then I remember, I have only 2years left here in the city of Heroes-city of mujahidahs..
Suddenly it strikes me and I feel like crying more..
Because I don’t wanna cease seeing all of you sisters!!

cryBig SmileSmilecry- emotional,i am

http://aizadiha.blogdrive.com/

Sumbangan Terkini (27/10/08-11/11/08)

November 13, 2008

Alhamdulillah dalam tempoh 27 Oktober hingga 11 November 2008 sebanyak RM 1,450 lagi telah di sumbangkan melalui maybank2u.com dan dimaklumkan ke email kami, musliminvolgograd@gmail.com.
Jazakumullah.

Lengkap Sudah

November 9, 2008

Alhamdulillah, akhirnya setelah sekian lama lengkap sudah laman MuslimsInVolgograd.com ini.

Semoga dengan sempurnanya laman ini, ia dapat melancarkan lagi usaha mempromosikan kutipan derma untuk masjid Lavrovaya yang amat diperlukan oleh komuniti muslim di Volgograd ini. Diharapkan selepas ini laman ini dapat dipromosikan di blog-blog, forum-forum atau apa-apa sahaja oleh para pembaca sekalian.

Diharapkan juga dengan siapnya laman ini, ia dapat menjadi pendorong kepada para AJK MuslimsInVolgograd untuk lebih bersemangat mengembeleng tenaga dan masa untuk sama-sama menjadikan laman yang menjadi suara komuniti Islam di Volgograd ini tidak kosong dan lesu begitu sahaja. Semoga kita sentiasa konsisten dalam meneruskan usaha yang sekelumit ini agar ia tidak hanya menjadi sekadar melepaskan batuk di tangga atau pun sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja.

Kami juga mengharapkan kepada sesiapa sahaja yang ingin menyumbangkan artikel, idea, cadangan dan sebagainya dapat menghubungi mana-mana AJk dan penulis laman ini seperti yang terdapat di sini atau email kami di musliminvolgograd@gmail.com.

Semoga dengan penglibatan semua laman ini dapat meniti di setiap mulut, menjadi tempat persinggahan utama mereka yang melayari alam siber ini dan ini secara tidak langsung dapat menarik lebih ramai orang untuk sama-sama bersedekah dan memberi sumbangan untuk pembinaan Masjid Lavrovaya (Pusat Islam Kirovsky) ini. InsyaAllah.

Gotong-royong Masjid

November 4, 2008

Gotong-royong MasjidPada 2 November 2008 yang lepas, satu gotong-royong membina dan menyusun bahan-bahan binaan masjid telah diadakan di tapak projek Pusat Islam Kirovsky. Gotong-royong ini dihadiri oleh ramai tua dan muda muslimin Volgograd. Mufti Volgograd, Hazrat Ilyas turut turun padang bergotong-royong. Sayangnya, pelajar-pelajar Malaysia tidak dapat hadir untuk sama-sama membanting tulang. InsyaAllah, gotong-royong ini akan diadakan lagi pada masa akan datang, dan diharapkan kehadiran pelajar-pelajar Malaysia dapat membantu dalam pembinaan ini di lain masa. Lagi gambar di pautan ini : Gotong-royong Masjid 2/11/2008

Next Page »