Muslims In Volgograd

Kirovsky Islamic Centre – Make it a Reality

Archive for December, 2008

Kalau anda mahu jadi kaya, maka anda kena rajin menderma. Lagi kesempitan wang, lagi rajin anda menderma. Anda mesti sentiasa membantu orang lain yang memerlukan. Jadikan ia tabiat sepanjang hayat anda.

Logiknya mudah. Kalau anda mahu orang lain senyum kepada anda, maka anda senyumlah kepada orang lain. Siapa mahu memberikan senyuman yang manis mereka kepada anda kalau anda sendiri bersifat sombong?
Malangnya, ramai daripada kita melakukan sebaliknya. Kita selalu memberikan sedekah sekiranya ada lebih. Kita tidak mahu menjadikan ia sebagai satu rutin yang wajib dilakukan. Malah, lebih menakjubkan ada yang mintak duit baki selepas memberikan derma. Kita terlalu berkira kalau mahu menderma.
Tetapi kalau dalam urusan lain, tak pernah kita mahu berkira. Lebih-lebih lagi kalau ia berkait dengan hobi dan minat kita. “Ini hobi bang, biarlah habis beribu-ribu pun, janji saya puas.

Dan kita memang jarang berkira kalau ia membabitkan pembelian liabiliti & doodads seperti kereta baru, barang kemas baru, baju baru, minum air kopi bernilai RM 10 secawan dan segala perkara yang bersifat bermewah-mewah.

Bukan tidak boleh bermewah, boleh, tetapi jangan lupa menderma sama. Kalau kita sanggup menghabiskan duit beratus ringgit dalam urusan lain, kenapa tidak mendermakan jumlah yang sama ke dalam tabung-tabung masjid, sekolah-sekolah dan rumah anak yatim?

Menderma bukan perkara terakhir yang kita lakukan. Ia bukan kalau ada lebihan baru buat. Sekiranya anda serius untuk membaiki kedudukan kewangan anda, baik dari sudut peribadi, keluarga dan perniaga maka jangan mengambil sikap sambil lewa dalam urusan ini.
Tak perlu tunggu nanti untuk menderma. Lakukanlah sekarang. Lagi senyap anda melakukannya lagi bagus. Tetapi ada syaratnya, ikhlas. Jangan mengungkit, dan jangan menyakiti pihak yang anda berikan duit anda itu tadi. Kalau anda tidak ikhlas mengeluarkan sedekah, maka simpanlah kembali duit anda ke dalam kocek semula. Itu adalah lebih baik.

isuhangat.blogspot.com

Credit Crunch?!!

Salam’alaikum wbt,

Tahukah anda tentang bagaimana krisis ekonomi yang melanda dunia kini boleh berlaku?

Sila tonton video-video ringkas tersebut.

http://uk.youtube.com/watch?v=wGxmgwUWNr0

http://uk.youtube.com/watch?v=h4Ns4ltUvfw&feature=related

http://uk.youtube.com/watch?v=abkrDcJAh8Q&feature=related

Mengapa perlu tahu?

1. Kesannya turut dirasai oleh kita terutama dalam perbelanjaan seharian dan pengurusan kewangan individu (dan keluarga).
2. Kita perlu tahu di mana silapnya sistem ekonomi jahiliyyah berbanding sistem ekonomi Islam.
3. Menambahkan keyakinan kepada sistem ekonomi Islam dan peranan Islam dalam memulihkan ekonomi dunia.

Selamat menonton.

  • 2 Comments
  • Filed under: 5. Blog
  • Serahan Derma 19 Dec 2008

    Alhamdulillah serahan telah dibuat pada 19 Dec 2008 berjumlah 40,000 rubles bersamaan dengan RM 4,900.

    Jazakumullahu Khairan Kathira kepada semua penderma.

    Qurban Bairam Bersama Ezqurban

    QurbanAlhamdulillah, pada pagi tadi, Isnin 8 Desember 2008 bersamaan 10 Zulhijah 1429, buat pertama kalinya satu majlis qurban telah dijayakan oleh pelajar Malaysia di Volgograd. Ia diadakan di hadapan masjid Lingoranskaya dan sebanyak 5 ekor kambing biri-biri telah selamat diqurbankan. Daging qurban ini sebahagiannya disedekahkan kepada masjid dan sebahagian lagi diagih-agihkan kepada pelajar Volgograd. Terima kasih diucapkan kepada pelajar dan pihak yang menjayakan qurban ini terutamanya kepada pihak EzQurban (www.ezqurban.org), pengarah urusannya Ust Azhar bin Dato’ Ab Shukor serta mereka yang mewakilkan qurban di Volgograd ini. Semoga aktiviti seumpama ini dapat diadakan lagi pada masa-masa akan datang.InsyaAllah.

  • 5 Comments
  • Filed under: 5. Blog
  • Kirovsky Fried Chicken (KFC)

    KFCSempena sambutan hari raya aidiladha dan Kirovsky Charity Day pada Ahad 14/12 ini, diperkenalkan Kirovsky Fried Chicken (KFC) yang amat menyelerakan. Keuntungan hasil jualan KFC ini akan disumbangkan ke tabung Kirovsky. Untuk maklumat lanjut sila layari http://kfc.musliminvolgograd.com

  • 0 Comments
  • Filed under: 5. Blog
  • Sumbangan boleh diwakilkan kepada:

    Badan Penggerak Khas Tabung Kirovsky

    MOHAMAD AIZZAT B. MAT GHANI Account No (MAYBANK): 162218469566
    Email : musliminvolgograd@gmail.com Alamat di Malaysia : W2/494 JALAN MERANTI 17000 PASIR MAS KELANTAN No telefon : 0199079217 (MALAYSIA), +79377230158 (RUSSIA)


    *Pelajar Volgograd boleh menyampaikan sumbangan anda kepada ketua kumpulan, naqib dan naqibah masing-masing

    2nd Kirovsky Week – Kirovsky A Reality

    Recent Comments

    • , matpih, October 6, 2011 : alhamdulillah
    • , admin, June 2, 2011 : tafadahhal..insyaAllah demi kebaikan bersama
    • , Nur Muhd Ammar, June 2, 2011 : minta izin share post ini, insya’Allah demi kebaikan...
    • , Zubair Ahmed Allapur, April 27, 2011 : Alhamdulillah it was a fine experince going through, by...