Artikel Kirovsky Di Al-Azan
February 27, 2009
Dalam risalah Al-Azan yang diedarkan di masjid hari ini juga ada memuatkan berita perkembangan pembinaan masjid Kirovky.
Berikut merupakan terjemahan artikel muka depan risalah tersebut:
Rumah Allah di Daerah Kirovky Sudah Dibina 2 Tingkat
Pada tahun 2006, hasil inisiatif penduduk daerah Kirovsky, Bandar Volgograd sebuah masjid telah dibina. Beberapa tahun kemudian masjid ini sudah dibina setinggi 2 tingkat.
Jalan yang panjang telah dilalui untuk membina masjid ini. Kesemuanya ( pembelian tapak, pengurusan dokumen, pelaksaan projek, kerja-kerja pembinaan) terlaksana dengan derma dan bantuan yang kami kutip dari anda, muslimin dan muslimat Volgograd sekalian. Begitu juga dengan bantuan yang diminta dari muslimin dan muslimat seluruh dunia melalui laman internet.
Walaupun dengan peningkatan harga yang berterusan, dengan kuasa Allah, tidak lama lagi penganut agama Islam yang tinggal di Daerah Kirovsky dan Daerah Krasnoarmeiskiy akan berpeluang ke masjid yang berdekatan dengan mereka, dan tidak perlu lagi ke daerah bersebelahan atau daerah Voroshilovsky.
Di kawasan pembinaan masjid di daerah Kirovsky, terdapat sebuah rumah persendirian kecil yang dijadikan tempat solat pada hari ini. Pada hari-hari perayaan ia didatangi sehingga 150 orang pada setiap masa. Pada hari-hari tersebut kawasan sekeliling dihamparkan karpet dan alas.
Semoga Allah merahmati mereka yang menyumbang, walau dengan apa sahaja untuk melaksaan kerja mulia ini. Hadis menyatakan, barangsiapa masjid kerana Allah, Allah akan membina rumah untuknya di akhirat kelak. Dalam setiap langkah muslimin muslimah sekalian untuk melaksanakan masjid ini, dengan izin Allah ganjaran yang diperoleh akan dilipat ganda, bertambah dan berkekalan.
Serahan 27/02/2009
February 27, 2009
Hari ini sebanyak 10 000 Rubles lagi telah diserahkan.Diharapkan pembaca-pembaca sekalian dapat terus menderma.
Sumbangan boleh diwakilkan kepada:
Badan Penggerak Khas Tabung Kirovsky
Afham Naqiuddin Bin Osman
Account No: 153010170580 (MAYBANK)
Email : musliminvolgograd@gmail.com
Alamat di Malaysia : LOT 1203 LORONG PAKATAN KG GUCHIL BAYAM 15200 KOTA BHARU KELANTAN
No telefon : 097646155 (MALAYSIA), +79275479976 (RUSSIA)
*Pelajar Volgograd boleh menyampaikan sumbangan anda kepada ketua kumpulan, naqib dan naqibah masing-masing.
Serahan 20/02/09 dan Perkembangan Kirovsky
February 21, 2009
Pada hari Jumaat yang lalu, sebanyak 12,500 rubles telah diserahkan. Setakat ini sebanyak 441,840 rubles telah diserahkan ( dari 2 May 2008). Jumlah ini hanya lebih kurang 3% daripada jumlah keseluruhan yang diperlukan.
Di bawah ini merupakan gambar terkini masjid kirovsky yang diambil pada minggu lepas :

Masih banyak yang diperlukan untuk membina masjid yang dianggarkan bernilah hanya RM 2 juta ini. Diharapkan saudara-saudara dapat terus menderma.
BERSATU MEMBANTU UMMAH!
Sumbangan boleh diwakilkan kepada:
Badan Penggerak Khas Tabung Kirovsky
Afham Naqiuddin Bin Osman
Account No: 153010170580 MAYBANK
Email : musliminvolgograd@gmail.com
Alamat di Malaysia : LOT 1203 LORONG PAKATAN KG GUCHIL BAYAM 15200 KOTA BHARU KELANTAN
No telefon : 097646155 (MALAYSIA), +79275479976 (RUSSIA)
*Pelajar Volgograd boleh menyampaikan sumbangan anda kepada ketua kumpulan, naqib dan naqibah masing-masing.
Di malam dari malam-malam…
February 21, 2009
Di malam dari malam-malam
Tidakku tahu apa yang menimpaku
Kegelapan menyelubungiku oh Tuhan
Bumi terasa sempit juga langit
Dan hatiku tidak ketahuan cahaya
Dan air mata pasti menangis Ya Ilahi
Kubermaksiat dan berdosa besar
Dan aku menjadi tawanan kesedihan
Terikat dengan dosa wahai Tuhan
Maka adakah berhak wahai Ilahi
Mengampunkan penjenayah
Yang mengaku dosa-dosa Ya Ilahi
Engkaulah Yang Menciptaku, Merahmatiku, Memberi Rezekiku,
Setiap masa oh Tuhan, Kau pernah bersamaku
Tetapiku menjauhi diri daripada-Mu
Kulupakan apa yang dahulu milik-Mu
Dan kumengikut jalanku sendiri Ya Ilahi
Dan hari ini wahai Tuhanku
Aku pulang dari kegelapan luar sempadan
Maka hatiku retak dan mataku bingung
Dan aku tenggelam maka aku tidak nampak sesiapa
Kecuali Engkau sebagai penyelamatku
Tiada penyelamat dan tiada penyelamat kecuali Engkau
Oleh:Muhammad Al-Husayyan
Masjid: Antara Syiar dan Tujuan
February 13, 2009
Pembinaan masjid begitu signifikan dalam sejarah umat Islam.
Malah kita sedia maklum, perkara pertama yang rasullah pilih untuk pertama sekali disegerakan adalah pembinaan masjid.
Kemudiannya kita melihat dalam susur galur sirah nabawiyah, masjid tersebut telah menjadi lebih daripada tempat solat, tetapi juga tempat bermuzakarah, tempat merancang strategi peperangan, tempat ilmu dan sebagainya.
Setelah kurun demi kurun berlalu, sudah semacam menjadi kebiasaan kita untuk membina masjid di mana sahaja tempat yang mempunyai komuniti muslim. Muncullah berbagai-bagai bentuk, pelbagai kubah dan menara. Sampai setiap satu membawa simbolik yang cukup mengkagumkan.
Kemudian setelah beberapa lama, muncul pula masalah; Kenapa masjid tidak berjaya dimakmurkan? Kenapa ia semacam tidak sama seperti di zaman kegemilangan Islam dahulu.
Makanya, kita perlu kembali semula kepada yang asal. Adakah masjid itu satu syiar (lambang)? atau satu tujuan?. Masjid itu ada padanya jiwa atau sekadar namanya?
Rasullah pada awalnya membina masjid bukanlah supaya boleh ada tempat yang baginda hendak jadikan perpustakaan ataupun satu tempat boleh dibuat kenduri-kenduri atau keramaian. Rasullah mahukan satu tempat yang semua umat Islam boleh mendekatkan diri kepada Allah(taqorub ilallah). Satu tempat yang mana, semua umat Islam sedar akan status dia sebagai hamba Allah.
Lihat sahaja asal perkataan masjid tersebut, bukankah ia bermaksud tempat sujud? Satu tempat yang boleh kita sujud, boleh kita bersolat. Hakikatnya, tempat itu boleh diisytiharkan di mana-mana,bukan mesti ada pembesar suara, mimbar dan aksesori yang lain. Orang Melayu sahaja yang membezakan masjid, musolla dan surau.
Maka kalau mengambil pengajaran dari sirah nabawiyah, sewajarnya sesampai kita pada tempat baru, rumah baru atau kawasan baru, seharusnya tempat pertama yang kita harus cari, di mana tempat kita khaskan untuk sujud kepada Allah. Di mana tempat untuk kita jadikan masjid kita kerana di situlah kita diingatkan untuk mendekatkan diri pada Allah, melakukan apa sahaja yang semakin mendekatkan diri pada Allah dan menghalang diri kita untuk semakin menjauhinya.
Ironinya, sampai-sampai dahulu, kita fikir di mana hendak diletak sofa, televisyen, barang itu dan ini. Kalau membuka kawasan kita fikir di mana tempat di letak bangunan itu dan ini. Semacam masjid itu tidak menjadi prioriti lansung atau dengan kata lainnya semacam mendekatkan diri pada Allah itu tidak menjadi penting lansung.
Jadi untuk memakmurkan masjid, bukan menarik orang untuk datang ke masjid tapi lebih dari untuk menarik orang supaya lebih mendekati Allah. Semakin dia dekat pada Allah, faham dengan agamanya, maka dengan sendiri dia tahu ke mana tempat yang harus dituju.
Merujuk kepada situasi pembinaan masjid kirovsky. Jadinya, dalam kempen-kempen kita ‘Jangan sekadar kita ceritakan tentang hati budi orang Muslim di sini yang hendak di balas’ tetapi lebih daripada itu kita ceritakan dan kenalkan mereka dengan perihal dekat kepada Allah.
Sebabnya bila sampai generasi-generasi awal sudah pergi, cerita-cerita hati budi terasa semakin jauh, tetapi biarkan kita tanamkan dalam hati mereka rasa dekat dengan Allah. Supaya nanti, mereka merasai rasa ikatan yang dihubung dengan tali aqidah Allah dan melalui menimbulkan rasa keinginan mahukan saudara-saudara mereka merasakan nikmat dekat pada Allah seperti mana yang pernah mereka rasai
WaAllahulam
http://fadlykh.blogspot.com/2009/02/masjid-antara-syiar-dan-tujuan.html






Recent Comments