Kirovsky Islamic Centre – Make it a Reality
11 Feb
Malam ini, saya tidak putus-putus senyum.
Rasa mahu menangis pun ada.
Tambah-tambah pula, Nor, Wadah dan Aiza pun baru mengUSRAHkan saya. Fuh, banyak betul yang perlu saya baiki pada diri dan jalan kerja dakwah yang saya sedang usaha lakukan kini. Insha Allah. Moga Dia permudahkan segalanya. Yang saya sedar, Allah tidak pernah lari daripada kita. Malah Dialah yang berlari ke arah kita di saat kita baru mengatur langkah mencari redhaNya. Tak gitu?
Saya pun rewind berkali-kali videoklip hasil usaha Iliana dan Aiza. Spasibo kepada sahabat-sahabat yang selalu menyedarkan saya yang ‘suka’ FUTUR ni…
Sebenarnya, saya baru mengulangkaji sebuah buku karya Imam Syahid Hassan Al Banna, bertajuk USUL 20. Ya, mungkin anda semua sudah khatam banyak kali buku tersebutkan? Jujurnya, saya sendiri pun belum habis membaca dan mengulangkajinya buat masa ini. Insha Allah, saya akan cuba secepat mungkin.
Islam adalah satu sistem yang menyeluruh yang mengandungi semua aspek kehidupan. Ia adalah daulah dan tanahair ataupun kerajaan dan umat. Ia adalah akhlak dan kekuatan ataupun rahmat dan keadilan. Ia adalah kebudayaan dan undang-undang ataupun keilmuan dan kehakiman. Ia juga adalah kebendaan dan harta ataupun kerja dan kekayaan. Ia adalah jihad dan dakwah ataupun ketenteraan dan fikrah. Sebagaimana juga ia adalah akidah yang benar dan ibadat yang sahih, kesemuanya adalah sama pengiktibarannya di sisi kita.
Perkara pertama yang disebut oleh IHAB ialah ISLAM itu negara (daulah) dan tanahair (watan)!
10 Feb
Salam,
Semasa jaulah di German pada cuti musim sejuk yang lalu, sebanyak 65 000 Rubles telah dikumpul untuk disumbangkan untuk PROJEK MASJID LAVROVAYA oleh peserta-peserta jaulah tersebut, yang hadir dari sekitar moscow,nizhny,volgograd,germany,france,czech republic & malaysia. Wang ini telah diserahkan kepada mufti Volgograd, hazrat Ilyas.
Pada hari Jumaat yang lalu, sebanyak 10 000 Rubles telah diserahkan. Wang ini merupakan hasil kutipan pelajar Volgograd yang pulang bercuti ke Malaysia pada cuti semester musim sejuk tahun ini.
Usaha rakan-rakan semua hanya Allah yang dapat membalasnya.
Pada hari Jumaat yang lalu juga, mufti ada mengumumkan yang pihak masjid amat memerlukan sumbangan untuk membeli bahan binaan dan peralatan masjid. Semoga pengunjung sekalian dapat terus menyumbang. Wang yang disumbangkan akan dikumpulkan, diuruskan dengan baik, insyaAllah
Terima kasih kepada semua yang menyumbang. Semoga usaha pembinaan masjid ini berjalan dengan jayanya, biznIllah..
P/S : Nilai mata wang Ringgit kepada nilai Rubles telah meningkat dengan banyaknya. Pada waktu ini RM1 bersamaan lebih kurang Rubles 10. Ini bermakna sumbangan yang kita rasakan sedikit, sebenarnya besar nilainya kepada umat Islam di sini, dan besar nilainya di sisi Allah
BERSATU MEMBANTU UMMAH!
Sumbangan boleh diwakilkan kepada:
Badan Penggerak Khas Tabung Kirovsky
Afham Naqiuddin Bin Osman
Account No: 153010170580 MAYBANK
Email : musliminvolgograd@gmail.com
Alamat di Malaysia : LOT 1203 LORONG PAKATAN KG GUCHIL BAYAM 15200 KOTA BHARU KELANTAN
No telefon : 097646155 (MALAYSIA), +79275479976 (RUSSIA)
*Pelajar Volgograd boleh menyampaikan sumbangan anda kepada ketua kumpulan, naqib dan naqibah masing-masing.
1 Feb
Assalamualaikum.
Mungkin ramai antara kita yang tertanya-tanya,bagaimana untuk mendapatkan audio ceramah-ceramah dari ustaz-ustaz terkemuka (selain melalui youtube).
Biasanya saya mencari ceramah agama melalui laman Multiply. Malangnya polisi terbaru multiply menghalang pengguna untuk memuat-turun fail audio. Berita baiknya, multiply hanya menghalang fungsi muat turun ini, tetapi fail asal masih terdapat di database laman tersebut.
Di sini saya terangkan cara untuk memuat-turun audio ceramah dari laman multiply.com:
1. Daftarkan akaun anda di http://www.multiply.com
2. Lawati pengguna multiply yang banyak memuat-naik audio ceramah ke laman mereka. Contoh yang dapat saya berikan di sini ialah http://ceramahmelayu.multiply.com
3. Cari playlist ustaz yang anda inginkan.
4. Klik pada ‘Play This Playlist’, untuk memainkan playlist tersebut.
5. Satu pop-up window akan keluar. Pilih untuk memainkan playlist ini di Windows Mediaplayer (open with mediaplayer) dan klik ok.
6. Anda akan dapati playlist yang anda pilih tadi dimainkan di Windows Media player. Right click pada audio pilihan anda (di sebelah kanan player tersebut).
7. Klik pada properties dan cari url audio tersebut. Biasanya ia kelihatan begini:
http://images.wewr.multiply.com/song/1:ceramahmelayu/22/full/U2FsdGVkX19rnSLrEjDC0i.BLKmKmmyD.PJka692ZZ-QkeMx-ImUYg==/Amalan%20Cemerlang%201.wma?encid=U2FsdGVkX19rnSLrEjDC0sor.54xs8vfyBGnA19MkIc=&nmid=8506063
NB! pastikan anda select kesemua url tersebut.
8. Copy url tersebut dan paste pada alamat browser anda dan enter.
9. Download (save as), dengar dan sebarkan-sebarkan. Setel!
Anda boleh juga paste url tersebut ke program downloader seperti Orbit dll. Kalau ada masalah dan pertanyaan sila nyatakan di ruangan komen di bawah.
1 Feb
Assalamualaikum.
Sumbangan yang kami terima pada tarikh 5/12/2008 sehingga 31/1/2009 adalah berjumlah RM 750*. Terima kasih kepada semua yang memberi sumbangan. Diharapkan saudara-saudara dapat terus menyumbang demi pembinaan masjid ini dan menambah saham kita di akhirat, insyaAllah.
*ini merupakan sumbangan melalui perbankan internet dan maybank2u yang dialamatkan kepada email kami, musliminvolgograd@gmail.com. Ini tidak termasuk sumbangan terus melalui kaunter atau mesin.
Recent Comments