Serahan 29/05/2009
May 31, 2009
Hari ini sebanyak 30 000 rubles lagi telah diserahkan. Jazakumullah khairan kathira.
BERSATU MEMBANTU UMMAH!
Sumbangan boleh diwakilkan kepada:
Badan Penggerak Khas Tabung Kirovsky
Afham Naqiuddin Bin Osman
Account No: 153010170580 MAYBANK
Email : musliminvolgograd@gmail.com
Alamat di Malaysia : LOT 1203 LORONG PAKATAN KG GUCHIL BAYAM 15200 KOTA BHARU KELANTAN
No telefon : 097646155 (MALAYSIA), +79275479976 (RUSSIA)
*Pelajar Volgograd boleh menyampaikan sumbangan anda kepada ketua kumpulan, naqib dan naqibah masing-masing.
cerita, sejarah dan kita
May 24, 2009
Selalu bila membaca buku-buku ilmiah (Eg: Kumar and Clark, Harrison’s etc) aku jadi mengantuk. Aku pun jadi malas membacanya. Tapi, kalau esok mahu periksa, macam mahu dicium! Kejap aja aku habiskannya!
Tapi, andai beberapa novel disuap, aku happy. Bukan apa, kat Russia nih, susah juga nak cari novel-novel kegemaran aku. Tapi, itulah… maka, kalau dapat buku ala-ala biografi tokoh pun aku layan.
Bila difikir-fikir balik, sebenarnya manusia ini memang hidup dengan cerita. Mereka suka berkongsi pengalaman, cara hidup dan tentunya bukan fakta yang dicari kebanyakan kita (aku sorang jek kot) Apa-pun, aku cuba cari points dalam setiap ‘penulis-penulis terkemuka’ mereka memang suka bercerita. Kadang-kadang tu, memang mostly tentang pengalaman sendiri. (ceeah, aku pun banyak pengalaman apa!)
Tapi, I gained a lot from that.
Lebih tepatnya, mereka membekalkan aku Inspirasi dan Motivasi!
Sebab tu, aku rasa tak ada salahnya kita berkongsi cerita dan rasa. Kerana itu juga yang membeza kita dengan hidupan lain. Kita punya memori, bahasa dan teknologi untuk menyebarkan ideologi kita. Maka, apa tunggu lagi
Kepada semua penulis blog, journalists, penulis buku etc - Aku ucapkan untuk kamu semua Selamat meneruskan perjuangan penulisan kalian!
Ulama : Sejarah ialah senjata yang Allah pelihara untuk agamaNya
Kat bawah ni, ada cerita tentang Sultan Muhammad Al Fateh. Kalau tiada ahli sejarah Islam(dan orientalis) yang merakamkannya, agak-agak sampaikah cerita ini pada kita? Em, aku sendiri pun tahu cerita ini selepas habis SPM! Memang membakar semangat. Biasalah, orang muda
Enjoy reading! (^_0)//

HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE
Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Di bawah ini adalah satu artikel yang dikirimkan kepada saya oleh seorang rakan. Disiarkan semula di sini untuk tatapan pembaca. Ditambah beberapa keping gambar yang diambil dari Turki untuk dikongsikan.
_________________________________________________________
Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.
Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.
Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.
PENGENALAN
Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.
PENDIDIKAN
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.
KEPERIBADIAN
Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.
PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE
Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.
Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.
Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.
MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE
Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.
Menara Bergerak
Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.
Bantuan Dari Pope Vatican

Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.
![]()
Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung
Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.

Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.
Memanjat dan Melastik Dinding Kota
Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.
Karisma Seorang Pemimpin

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.
Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.
Penawanan Constantinople
Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.
petikan from www.satuperkongsian.wordpress.com
Serahan 22/05/2009
May 24, 2009
Hari ini sebanyak 26 500 rubles lagi telah diserahkan. Jazakumullah khairan kathira.
BERSATU MEMBANTU UMMAH!
Sumbangan boleh diwakilkan kepada:
Badan Penggerak Khas Tabung Kirovsky
Afham Naqiuddin Bin Osman
Account No: 153010170580 MAYBANK
Email : musliminvolgograd@gmail.com
Alamat di Malaysia : LOT 1203 LORONG PAKATAN KG GUCHIL BAYAM 15200 KOTA BHARU KELANTAN
No telefon : 097646155 (MALAYSIA), +79275479976 (RUSSIA)
*Pelajar Volgograd boleh menyampaikan sumbangan anda kepada ketua kumpulan, naqib dan naqibah masing-masing.
Lawatan dan Gotong Royong Kirovsky Mei 2009
May 10, 2009
Pada pagi 10 Mei, satu lawatan ke masjid Lavrovaya, Kirovsky telah diadakan. Lawatan yang disertai oleh pelajara tahun satu dan dua ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada mereka Masjid Lavrovaya dan tapak pembinaan masjid baru yang bakal menggantikan masjid tersebut. Peserta-peserta lawatan turut meringankan tulang membantu mengangkat batu-bata bagi pembinaan masjid yang kosnya adalah hasil sumbangan orang ramai ini.
Gambar-gambar sepanjang lawatan tersebut boleh didapati di sini http://www.flickr.com/photos/musliminvolgograd/sets/72157617852382783/
Jazakumullah diucapkan kepada saudara Haris selaku pengendali lawatan kali ini dan kepada semua individu yang terlibat yang terlibat menjayakannya.
Diharapkan lawatan ini berjaya membawa kesan kepada kita semua dan terus membantu, setelah tahu susah payah dan jerit perih yang dilalui oleh penduduk Islam Kirovsky untuk memastikan pembinaan masjid ini berjalan lancar.
Sesiapa yang ingin menyumbang bolehlah mewakilkannya kepada:
Badan Penggerak Khas Tabung Kirovsky
Afham Naqiuddin Bin Osman
Account No: 153010170580 MAYBANK
Email : musliminvolgograd@gmail.com
Alamat di Malaysia : LOT 1203 LORONG PAKATAN KG GUCHIL BAYAM 15200 KOTA BHARU KELANTAN
No telefon : 097646155 (MALAYSIA), +79275479976 (RUSSIA)
*Pelajar Volgograd boleh menyampaikan sumbangan anda kepada ketua kumpulan, naqib dan naqibah masing-masing.
Laporan Lawatan Ke Masjid Chapurniki
May 10, 2009
Bismillahirahmanirahim
“Dialah yang menjadikan bumi bagi kami: Mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatkah), kepada Allah jualah (tempat kamu kembali sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).”
Segala puji bagi Allah SWT Tuhan yang Tuhan yang telah menciptakan mata, telinga dan akal fikiran untuk memudahkan manusia melihat, merasai, dan berfikir tentang kehebatan ciptaanNya. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kaum keluarga dan para sahabat serta orang-orang yang mengikut jejak langkah mereka hingga hari akhirat.
Alhamdulillahirabbil ‘Aalamin.
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmatNya, kami berjaya menyempunakan misi kembara mencari dan melihat sendiri bukti kegemilangan islam di Volgograd.
Pada 1 Mei 2009, seramai 40 orang pelajar telah menyertai lawatan ke Masid Chepurniki yang terletak di pinggir Krasnoarmeysky District, daerah terhujung di bandar Volgograd di pinggir sungai Volga ini. Masjid ini terletak kira-kira 40km dari pusat bandar Volgograd (kira-kira 1 jam setengah perjalanan). Lawatan ini anjuran Biro Kabajikan PPIM-Volgograd chapter. Majoriti peserta adalah pelajar tahun akhir yang ingin mengisi waktu-waktu terakhir mereka di Volgograd serta meluaskan kembara mengenal Pencipta Agung . Sudah pasti ia menjadi antara kenangan terindah yang amat berbeza.
Masjid Chepurniki yang terletak di Svetloyarsky Raion, Volgogradskaya Oblast (Region) ini merupakan masjid tertua di Volgograd dan mungkin juga antara yang tertua di bumi bekas komunis ini. Ia mula digunakan pada tahun 1826 dan dibina seawal akhir abad ke-17 lagi , sebagai bukti ajaran islam telah sampai di bumi Volgograd sejak dari zaman Khilafah Uthmaniyah.
Masjid yang terletak di tengah-tengah satu perkampungan muslim ini yang majoritinya muslim Tartar. Ia menjadi tumpuan penduduk muslim sekitar untuk melakukan ibadat solat dan aktiviti ibadah yang lain.
Walaupun masjid ini tidak sebesar masjid-masjid yang biasa kami lihat, namun keunikan binaan dari kayu itu masih kuat dan terpelihara.
Sesampai dimasjid, kami berpeluang untuk beri’tikaf dan solat tahiyyatul masjid sebagai tanda syukur menjadi tetamu Allah di rumahNya. Seterusnya, mendengar sedikit ucapan dan tazkirah yang telah disampaikan oleh Imam masjid. Iman muda itu hadir bersama isterinya Faridah, bersama-sama anak-anak mereka
Sejuk hati melihat anak-anak seawal usia mereka, sudah diajar dengan cara hidup islam yang sempurna. Berpakaian menutup aurat dan menghafaz Al-Quran, satu fenomena yang jarang dipraktikkan.
Selepas itu, kami bersama-sama dibawa melihat kawasan perkuburan islam. Mungkin ribuan jumlah orang islam yang dikebumikan disitu. Menurut sumber, kawasan perkuburan itu sudah ditemui sebelum dari masjid itu dibina lagi. Ia merupakan satu-satunya tanah perkuburan islam yang ada di bandar ini.
Kami juga berkesempatan untuk solat Jumaat bersama-sama jemaah muslim yamg datang bersama. Walaupun, bahasa yang digunakan ketika khutbah agak susah untuk difahami, namun kami masih dapat menghayati kemanisannya. Jemaah muslimat yang hadir ke masjid juga agak ramai. Usai solat, ruang masa diisi dengan beramah mesra-mesra dengan para jemaah tempatan.
Walaupun hanya tiga jam kami berada disitu, nyata banyak perkara yang kami perolehi, bukan sekadar kenangan. Diharapkan, program seumpama ini akan dapat diteruskan oleh adik-adik pelajar selepas ini. Wallahua’lam.
Disediakan Oleh:
Nik Mawaddah
Gambar-gambar masjid Chapurniki boleh didapat di http://www.flickr.com/photos/musliminvolgograd/sets/72157617938074942/






Recent Comments