Kirovsky Islamic Centre – Make it a Reality
6 Dec
sembah sujud buat Allah penguasa tiap2 hati, dengan izin dan kurnianNya,sekali lagi minggu kirovsky berjaya dianjurkan dengan membawa tema “sebarkan cinta rumah ilahi”. bertujuan untuk menghebahkan masjid kirovsky agar kita terus mengambil cakna dan menyumbang terhadap perkembangan masjid, majlis berjalan dengan pelbagi pertandingan yang telah diadakan seperti seni khat, mengarang cerpen dan sajak, video dan photo contest, hafadzan, laungan azan, kuiz, dan puzzle. alhamdulillah dan terima kasih atas penyertaan dan sokongan dari pelajar semua =)…
harapan kami agar dengan adanya aktiviti sedemikian di kemudian hari akan terus membakar semangat dan menjentik kesedaran kita untuk terus mengambil kisah terhadap masjid kirovsky..
“Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat- sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.” (at taubah, 18)..
dibawah disertakan link untuk karya-karya yang menang =)
tempat 1 cerpen
tempat 2 cerpen
tempat 3 cerpen
tempat 1 sajak
tempat 2 sajak
tempat 3 sajak
6 Dec
In the name of Allah, the most Beneficent, most Merciful.
Standing still it is
In the coldness of winter breeze
No more birds chirping
All you heard is a lonely singing
Pivoted firmly on the Soviet land
A symbol of worship that will never end
Not once ever fail to invite us
But some even think it is worthless!
If only it can show its tears
That have been kept for years
The sound of azan calling for souls
Come back please, O come back home
So you and me, we can be close.
In this little house we are on our knees
Hasten to forgiveness from Allah the Almighty
Meeting Him in His beautiful garden is our mission
Knowing our vague lives here ain’t a vacation
Till our very last beat
It is Allah we should always seek
Because death, death is ultimate
Time and place you can never negotiate.
O brothers and sisters, let’s spread the love
The utmost love granted from above
This house isn’t only as a shelter in storms
But something we can present to the Lord when we are gone
A petit endeavor towards our Deen
For Allah loves a sincere, faithful muttaqin.
InshaAllah.
By Tetra A. (tempat 3 sajak minggu kirovsky 2011)
6 Dec
Rebah dalam sujud ini
disapa bayu dinginnya subuh
dalam basah wudhuk
dipeluk rasa rindu Illahi
rumah ini
rumah cinta aku
rumah ini, tanda cinta aku!
biar mulanya sebesar suku…
sebata jadi sedinding
sedinding jadi sekamar..
sejengkal jadi sedepa,
sedepa jadi sebahu…
dan kini kau megah berdiri
Rumah ini dasarnya taqwa,tiangnya iman,
bumbungnya tawakkal..
dindingnya ikhlas dan ketelusan
RUmah ini wasilah penyatuan
wadah pemuafakatan
telaga bagi yang dahaga
mendamba seteguk ilmu
mendekat pada Sang pencipta
ia jalan bagi yang kebingungan
pintu bagi yang tak menemukan
dalam mencari ertinya ISlam…
mengenal cara hidup ajaran Tuhan
kembali pada fitrah kejadian..
Rumah ini
bukan bayangan kosong
yang bisa kau sendakan
bukan hanya simbol
yang ditegakkan..
maka apa kau tunggu lagi?
ayuh berlari bersama kami
mendokong cita ini
menyokong cinta ini
bersama menjadi sulbi
menjadi jundi jundi Illahi
hilanglah rimau tinggal belangnya…
matinya gajah tinggal gadingnya
umpama setanggi dalam kasturi
moga mewangi namamu insani
jadi sebutan penghuni langit illahi
dek jasamu di hari ini
ayuh semaikan kasih ini
kita serakkan benih2
cinta rumah Illahi
buatmu kirovsky…
oleh: razi baik (tempat 2 sajak minggu kirovsky 2011)
6 Dec
Mendung Aqsa semalam
Sepi sunyi bersilih kelam
Hanya rintihan jiwa-jiwa yang muram
Membasahi lantai berbumbungkan malam.
Ke mana hilang sejarah itu?
Hanya diungkap dimulut lalu?
Semalam Aqsa mendung lagi
Nurani yang dirampas, dikejam, di caci maki.
Jiwa yang bebas dikurung kembali.
Harapan yang rentap, diranap punah
Bisa membuak luka lama bernanah.
Ke mana hilang pejuang abadi?
Di mana mukmin yang mengaku sejati?
Aqsa semalam mendung lagi
Mengharap sinar secerah mentari
Pada himmah Salahudin al-Ayubi.
Semalam Aqsa mendung lagi
Dimana menyepi anak-anak pertiwi?
Langkahan sunyi dalam riuh duniawi
Nah! Dimana refleksi umat ini?
Iman kering berdebu di hati
Jahiliyah pula yang mekar disuburi.
Hiba, sayu pejuang tua
Sehiba mendung di Aqsa semalam
Memikul janji intifada abadi
Biar luka lama berdarah kembali
Biarlah tercalit di kota isra’ ini
Di sudut itu si tua melangkah
Menjinjing tangan mujahid jannah
Bisikan penguat jasad yang rebah
’’Jalan ini tidak pernah lesu
Syurga itu janji yang Satu”
nukilan : Ahmad Ramdan Zainordin Tahun (tempat 1 sajak minggu kirovsky 2011)
6 Dec
7 Januari, 1943 – cahaya senja menerangi setiap pelusuk bangunan empat tingkap itu. Apa yang tinggal hanyalah rangka, hasil ketidakperikemanusiaan peluru hitam. Dari tingkat empat bangunan itu, aku terus memerhati jauh ke penghujung sungai Volga, mencari tanda askar Jerman, yang cuba menjatuhkan kami. “Salim, kau pergilah solat dahulu. Biar aku pula yang menjadi ‘Mata’”, jerit Muhammad. Aku bangun menunaikan tugasku kepada Yang Maha Esa.
*************************
“Kita, Platun 13 Guard Rifle ditugaskan menjaga tanah ini. Menjaga Tanah Stalingrad ini. Memang, kita berada dalam negara Komunis. Mereka tidak membenarkan Islam. Namun mereka tak boleh membuang Islam daripada kita. Islam adalah pegangan, Islam adalah cara hidup, Islam adalah perjuangan. Biarlah kita menjadi abu di bumi, asalkan darah yang kita tumpahkan ini menjadi saksi di hadapan yang Maha Esa.” Kata-kata Kapten Yakov Hamid Pavlov masih jelas di dadaku.
Angin sejuk bertiup masuk menerusi tingkap malam itu mencucuk tajam ke tulang. Namun, jasad ini dipergagahkan. Bukan mencari ganjaran dunia, tetapi mengharapkan syurga yang kekal selama lamanya.
Matahari mula menyinari, memancarkan cahaya pagi yang mencelah masuk melalui rekahan dinding. Sunyi. Salji yang turun mencecah bumi bagaikan satu keajaiban, putih menutupi tanah. Mata aku tidak terpisah daripada hujung pelusuk Volga, memastikan semuanya normal seperti biasa.
Tiba-tiba, satu dentuman kuat menggegarkan pagi yang hening itu. Bunyi dentuman senjata dari jauh sayup-sayup kedengaran dari seberang Volga, bersama sama jeritan manusia yang menjadi mangsa. Aku berdiri kaku. Bangunan di sebelah bangunan yang kami pertahankan hanya meninggalkan rangka. Aku masih berdiri kaku.
“Salim, sekarang mereka dah sampai ke seberang. Jangan biarkan mereka rentasi Volga!” Jeritan Kapten kembali menyedarkan aku. Tanganku terketar-ketar mengangkat senapang. Aku dapat rasakan jantungku mula berdegup laju. “Dah tiba masanya”.
Dentuman demi dentuman kedengaran. Darah terpercik ke merata tempat. Aku tidak tahu, berapa ramai rakan seperjuanganku yang telah syahid. Yang pasti, tentera Jerman makin mendekati kami. Volga yang beku memudahkan mereka mendekati tanah yang kami pertahankan ini. Hari semakin senja.
Tembakan masih lagi berterusan. Aku melihat Kapten merangkak menuju ke arahku. “ Salim, aku perlukan pertolongan kau. Mereka dah semakin hampir. Aku dah tiada jalan lain. Aku akan pergi dan letakkan bom ini di atas Volga. Aku mahu kau letupkan bom-bom ini bila aku letakkan bom ini di situ,” Kapten memberi arahan sambil menunjukkan tangannya ke arah Volga. “Kalau apa-apa terjadi, kau gantilah tempatku.”
“Tidak Kapten. Biar saya yang pergi. Kami perlukan Kapten untuk mengalahkan mereka. Askar seperti saya lagi sesuai melakukan kerja-kerja seperti ini”. Aku terus mengambil beg yang berisi bahan letupan itu dan berlari menuju ke tangga. “Salim, tunggu!” Tanpa menghiraukan jeritan Kapten, aku meneruskan langkahku.
Keluar dari pintu, aku terus menghala ke arah Volga. Jarak yang hanya sedepa ini ku rasakan begitu jauh. Aku beberapa kali terjatuh. Namun aku bingkas bangun meneruskan larian yang menjadi penanda hidup mati tanahku. Tiba di tebing Volga, aku meneruskan larian. Tiba-tiba, satu dentuman kuat menghancurkan satu sudut bangunan tadi. Salji yang jatuh ke tanah merah berwarnakan darah. “Kapten!”, jeritku.
Badan Kapten jatuh ke tanah, perlahan. Masa bagaikan berhenti. Tanpa ku sedari, air mata menitis keluar membasahi pipiku. “Aku perlu teruskan perjuangan!”
Tiba di lokasi yang ditetapkan, aku terus mula memasang bom itu. “Bang!” Darah pekat tepancut dari tangan kiriku. Namun, tiada sebarang kesakitan yang ku rasakan. Aku menggagahkan diri, mengangkat senapang di tanganku.
Dari jauh, kelihatan sekumpulan askar Jerman menghampiri lokasi ku. Dapat aku rasakan, peluru mereka hinggap di paha ku, jatuh di sekeliling ku. Aku meneruskan tugasku memasang bahan-bahan letupan itu.
“Bang!”. Tembakan itu hinggap ke dadaku. Dapat ku rasakan angin sejuk masuk ke dalam badanku. “Mungkin inilah penghujungnya”, sangkaku.
“Biarlah kita menjadi abu di bumi, asalkan darah yang kita tumpahkan ini menjadi saksi di hadapan yang Maha Esa.” Kata-kata Kapten bagaikan memberi nafas baru kepadaku. Aku mencapai bahan letupan itu dan mengaktifkannya. “Bammm!” Letupan yang kuat itu cukup untuk menghancurkan permukaan ais di atas Volga.
Air Volga yang biru itu bertukar merah dek darahku. Aku tenggelam, mengharapkan perjuangan ku yang belum selesai ini diteruskan.
**************************
“Cikgu, bangunan apa yang di sebelah Muzium Panorama tu?” Tanya ku.
“Oh, bangunan itu hasil tinggalan Perang Dunia Pertama dulu. Masa itu , sekumpulan kecil askar berkorban nyawa mempertahankan askar Jerman daripada menawan kota ini. Platun itu diketuai oleh Kapten Yakov Pavlov. Sebab mereka lah kita hari ini dapat hidup dengan aman di sini. Disebabkan itu, bangunan ini dinamakan Rumah Pavlov”, balas guru ruskii ku.
Dari jauh, kelihatan bangunan yang tinggal rangka itu penuh dengan cerita. Mataku terpaut pada sesuatu yang terlakar di dinding bangunan itu. Sudah kabur ditelan masa, namun aku cukup kenal dengan kalimah itu. Aku pasti, kalimah itu tertulis ‘ALLAHU AKBAR’.
oleh: Abdul Muhaimin Mat Sulaiman (tempat ketiga cerpen minggu kirovsky 2011)
Recent Comments