Adakah Kau Lupa?

June 6, 2008 · Print This Article

Terkenang saat pertama mengenali jalan ini. Memang diciptakan Allah jalan ini dengan sifatnya yang berliku-liku. Payah rasanya menahan pedih melawan hawa nafsu yang memuncak-muncak. Tambahan lagi dengan darah muda yang masih panas ini. Namun, suatu ketika dahulu telah dibuktikan bahawa remaja-remaja muslim berjaya. Bukan sahaja dari segi kekuatan fizikalnya, namun juga dari segi pemikiran. Hasilnya, lahirlah tokoh-tokoh Islam yang dikenali sehingga hari ini:

1. Saidina Ali r.a.
2. Salahuddin Al-Ayyubi
3. Zaid bin Harithah
4. Tariq bin Ziad
5. Usamah bin Abu Jahal

MasyaAllah, semuanya mantap-mantap belaka agama mereka. Ingin sekali saya ikuti jejak langkah mereka. Bagi saya, Salahuddin Al-Ayyubi adalah tokoh yang ingin sekali dicontohi. Ayahnya gabenor wilayah Baalbek, beliau tinggal di dalam istana Nur al-Din. Walaubagaimanapun, beliau tidak hidup sebagai seorang putera, sebaliknya hanya mengambil seperlunya sahaja.

Saya fikir beliaulah antara tokoh yang amat saya kagumi dan teringin juga menjadi seperti beliau. Cuba bayangkan, dalam umur yang muda sahaja beliau sudah berjaya mengetuai tentera untuk merampas kembali Baitul Maqdis dari penguasaan tentera Salib.

Beliau inilah yang menjadi titik mula saya bersemangat untuk menaikkan Islam.
“Saidina Umar Al-Khattab bermula daripada seorang kafir yang kemudiannya memeluk Islam, Salahuddin Al-Ayyubi pula lahirnya dalam keadaan muslim”.
Apa yang menyentuh saya pada statement tersebut?

1. Jika diamati sebaik-baiknya, beliau juga adalah seperti kita. Lahirnya sebagai seorang muslim, sama seperti kita juga. Namun, apa bezanya antara kita dengan beliau yang telah banyak berkorban, berjuang, berjihad fi sabilillah? Apakah penyebabnya beliau banyak menyumbang untuk Islam? Bukankah kita sama seperti beliau?
2. Dalam umurnya seperti kita sekarang ini, berapa banyakkah sumbangan yang telah beliau sumbangkan pada Islam? Dan berapa banyak pulakah sumbangan yang telah KITA sumbangkan untuk Islam?

Jika menurut kehendak hati, sudah lama saya menambah list ini sepanjang-panjangnya tetapi sekarang bukan itu yang menjadi persoalannya. Yang penting adalah:

“Dimanakah silapnya kita?”
“Mengapa kita tidak boleh menjadi seperti beliau?”
“Apa yang menyebabkan bezanya kita dengan beliau?”

Perkara inilah yang perlu kita kaji dan cari. Bukan setakat cari sahaja, bahkan hinggalah ke puncanya. Bila diketahui puncanya, maka lakukanlah usaha kita sehabis mungkin. Hapuskan yang jahiliyah hingga ke akar umbi! Kemudiannya barulah kita bertawakkal sepenuh tawakkal pada Allah Yang Maha Mencipta, Yang Maha Agung, Yang Maha Mengasihani.

Teringat saya akan lirik nasyid ‘Adakah Kau Lupa?’

Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa
Memayungi 2 per 3 dunia
Merentas benua
Melayari samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan
Adakah kau lupa

Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan

Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang
Adakah kau lupa?

Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam diserata dunia
Membina tamadun berjaya
Merubah mengangkat maruah

Comments

5 Responses to “Adakah Kau Lupa?”

  1. drmuthiah on June 7th, 2008 12:30 am

    Melayu mudah lupa?
    atau Muslimins mudah lupa?

    erm..

  2. ahmedkzaman on June 7th, 2008 5:06 pm

    same jek sume..
    sbb kalo nk ikotkn mmg Allah dh bg name kt kite: An-Naas
    mmg pelupe la kite..
    sbb tu Allah cipta ramai manusia..
    supaye nnt sorg lupe..sorg lg le yg ingtkn..

  3. drmuthiah on June 8th, 2008 8:51 am

    erm. betul gak tuh =)

  4. sina? on June 12th, 2008 1:28 pm

    jangan samakan islam dengan melayu

    islam tidak terikat dengan satu bangsa

    jikalau islam disamakan dengan melayu, islam tidak kekal

    sehingga hari ini.

    melayu itu merupakan satu bangsa, dan kejatuhan satu

    bangsa itu

    adalah kerana tidak lagi mengutamakan nilai-nilai murni agama

    yang mereka anuti.

  5. admin on June 12th, 2008 9:20 pm

    drmuthiah tidak memainkan sentimen apa2..beliau hanya ingin memeriahkan ruangkan komen ini…Sama2 kita huznul zhon insyaAllah..Jom derma masjid

Got something to say?





*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture. Click on the picture to hear an audio file of the word.
Click to hear an audio file of the anti-spam word