Persis perjalanan hidup kita yang bukannya ‘kebetulan’… kerana ‘kebetulan’ bertentangan dengan aqidah kita!! Tetapi sunnatullah yang akan terus berlaku.

Dari Suhaib bahawa Rasulullah saw pernah bercerita ( terjemahan Hadith ) :
Di zaman sebelum kamu ada seorang raja yang mempunyai seorang ahli sihir. Apabila ahli sihir merasa dirinya telah tua, dia berkata kepada raja tersebut “aku telah tua. Carilah seorang ghulam(yang paling cerdik) yang boleh aku ajarkan kepadanya sihirku,”. Lalu dicari seorang ghulam dan ahli sihir tersebut mengajarkan kepadanya ilmu sihir.
Di pertengahan jalan menuju ke tempat belajarnya, terdapat seorang rahib. Ghulam tersebut telah duduk sebentar mendengar ajaran rahib tersebut dan merasa seronok dengannya. Selepas kali tersebut, setiap kali melalui tempat rahib, ghulam tersebut akan berhenti dan mendengar ajarannya. Akhirnya bila tiba kepada ahli sihir, ia dipukul(kerana lambat). Lalu ia mengadu kepada rahib. Rahib berkata kepadanya “Jika kamu takutkan ahli sihir, katakanlah kepadanya bahawa ibubapaku menahanku(di rumah). Jika kamu takutkaan ibubapamu(kerana lewat pulang), katakanlah kepada mereka berdua ahli sihir telah menahanku,”.

Waktu berlalu dan pada suatu hari ghulam tersebut telah bertemu dengan seekor binatang besar yang menghalang laluan orang ramai. Ghulam tersebut berkata di dalam hatinya “Pada hari ini, aku akan tahu siapakah yang lebih hebat, ahli sihir atau rahib,”. Lalu diambilnya seketul batu dan dibaca “Ya Tuhan, jika sekiranya rahib yang lebbih Engkau cintai dari ahli sihir, maka bunuhlah binatang ini dan berilah laluan kepada orang ramai,”.

Lalu dilontar batu tersebut dan binatang tersebut pun mati(orang ramai sangat kagum dengan ghulam tersebut dan mengatakan dia mempunyai ilmu yang kita semua tidak mengetahuinya)
Perkara tersebut diceritakan kepada rahib. Rahib berkata kepadanya… baca lagi

oleh : Naufal Jailani
lifeisanacademy.blogspot.com