Itulah hakikat peperiksaan di Russia. Keadaan lebih membimbangkan apabila perkara ini masih diaplikasikan walaupun kursusnya PERUBATAN dan lagi merisaukan apabila yang menjadi mangsa keadaannya adalah pelajar-pelajar Malaysia.
Mereka ini membesar dalam asuhan sistem pendidikan yang walaupun setelah mana diubah, tetap masih berorientasikan peperiksaan. Inilah yang dialami oleh kami semua yang kini sampai ke bumi Russia atau lebih spesifik lagi Volgograd.
Biar saya jelaskan keadaan…
Sistem peperiksaan Russia sama sekali berbeza dengan sistem peperiksaan negara lain. Kami perlu menjawab soalan secara lisan, sebelum peperiksaan anda akan diberi lebih kurang 200 lebih senarai soalan (yang sebenarnya merangkumi silibus satu buku tebal penuh).
Bila tiba harinya, anda melangkah masuk ke dewan peperiksaan. Diberi satu tiket yang ada 3 soalan panjang. Kemudian anda duduk di meja peperiksaan dan diberi pula masa 10-20 minit masa persediaan. Anda menulis sedikit isi-isi penting dan tidak lama kemudian di panggil pensyarah. Setelah berperang mulut dengan pensyarah, dihujani pula dengan soalan-soalan tambahan. Akhirnya, pensyarah tersebut akan menulis markah.(sambil hati anda berdebar-debar, mencuri-curi tengok)
ATLICHNA-excellent (5)
HARASHO-good (4)
UDOVLETBARITYELNA-satisfactory (3)
*Kalau gagal, markah tidak ditulis. Buku zacyot dipulangkan dan anda disuruh mencuba pada hari yang lain.
Hendak dijadikan cerita pula, keadaan tambah menarik sekiranya anda mendapat semua markah 5 untuk tiap-tiap pelajaran (biasanya 3-5) bagi semester tersebut anda akan mendapat anugerah dekan dan dipanggil ATLICHNIK.
Tambah merancakkan lagi keadaan, anugerah ini datang dengan darjah masing-masing; jika cukup 3 kali berturut-turut anda mendapat darjah pertama yang paling tinggi dan akhirnya jika ini kekal, anda bakal mendapat KRASNI DIPLOM (DIPLOM MERAH) pada akhir pengajiaan.
Apa masalahnya?
1. Nilai 5 (ATLICHNA) itu sendiri
Banyak mengatakan 5 itu segala-galanya. Umpama nyawa yang perlu didapatkan. Bila anda mendapat 5, anda dikatakan sebagai pandai dan hebat. Boleh menjawab semua soalan-soalan hebat pensyarah walau macam mana tegas pun dia.
Ada juga yang mengatakan 5 itu kadang kala nasib sahaja. Kebetulan kita dapat menjawab dengan pensyarah kita, cakap sikit-sikit pun boleh mendapat 5. Jadi pelajar kesayangan pensyarah pun boleh juga membantu.
2. Tujuan belajar itu sendiri
Sememangnya kalau sudah namanya masuk ke universiti, mestilah niatnya untuk mencari ilmu. Namun bila orang terkejar-kejar 5, timbul persoalan: Nak cari ilmu ke? Nak dapat 5?
Nanti kalau sudah terbiasa sangat belajar mencari 5. Takut-takut bila kerja nak mencari duit semata.
3. Nilai Usaha itu
Orang yang mendapat semua 5, biasanya tidak banyak dipersoalkan. Secara muktamadnya dia orang berjaya.
Yang menjadi hal antara mereka yang tidak. Golongan ini akan diadili
“Aku dah baca semua dah, tapi kenapa dia nak kasi aku markah 4/3?”
“Cikgu tu memang! Aku tak salah apa-apa pun di bagi 4/3!”
Pengadilan semakin berat apabila
a. keluar sahaja dewan peperiksaan ( setiap sessi hanya boleh memuatkan 10-15 orang), mereka yang menunggu semua bertanya:
“Eh dapat berapa tadi?”
Kalau anda menjawab 5
Balasannya mungkin: “wah tahniah, hebatlah kau!”
Kalau anda menjawab 4
balasanya mungkin ‘diam’ sahaja. Perkara ini bukan salah sesiapa sebenarnya. Orang yang bertanya mungkin diam kerana itu sahaja yang mampu di buat tetapi tidak dapat dielakkan juga, orang yang mendapat 4 terasa bahawa yang bertanya itu mesti sendiri merendah-rendahkan dirinya kerana berdiam diri.
Namun, untuk perkara ini dibincangkan lebih dalam sebenarnya agak klise kerana hakikatnya bila sampai saat-saat akhir apa yang ada dalam fikiran masing-masing adalah untuk segera pulang ke Malaysia. Sungguh! kalau mengikut perangkaannya tidak sampai 1% pelajar yang tidak balik ke Malaysia tahun ini.
Tepuk dada tanya selera, manusia tidak pernah puas itu yang pasti. Kami kembali semula ke Malaysia, mendapat nafas baru dan semua bersemangat semula bila sampai semester depan nanti =)






alhamdulillah,fikrah yg baik..jika kita bersungguh utk buat yg terbaik membentangkn apa yg diketahui dlm ms bbrp tahun ni di hadapan manusia yg hanya mengadili kita dalam bebrapa minit..bygkan bagaimana keadaan kita bila amalan spjg hidup kita kita,zahir dan batin dibentangkan di hadapan Allah yg Maha Adil dan Maha Mengetahui..ayoh kengkawan,bersungguhlah dalam bermuhasabah,bersungguhlah dalam berusaha,hidup suatu perjuangan,tiap kejadian ada hikmahnya..final result kita di akhirat kelak!
qoute 1:[lagi merisaukan apabila yang menjadi mangsa keadaannya adalah pelajar-pelajar Malaysia]-student negara lain pon same jugak..
qoute 2:[Mereka ini membesar dalam asuhan sistem pendidikan yang walaupun setelah mana diubah, tetap masih berorientasikan peperiksaan] -negara mane bukan exam oriented?
qoute 3:[sebelum peperiksaan anda akan diberi lebih kurang 200 lebih senarai soalan] -syukur diorg bagi soalan..
qoute 4:[Bila anda mendapat 5, anda dikatakan sebagai pandai dan hebat]-hakikat kan tuh? agak pandai dan hebat aa!!
qoute 5:[“Aku dah baca semua dah, tapi kenapa dia nak kasi aku markah 4/3?”
“Cikgu tu memang! Aku tak salah apa-apa pun di bagi 4/3!”] -yakin xde salah? yakin bace dan faham semua? yakin ke layak?
kesimpulan: xde makna nak salahkan sistem..dah tau sistem macam tuh, play along je aa. play along xbermakna kite ubah tujuan asal datang belajar. hehe…drpd komplen2, baik stadi lebih sket! keh..keh..
ada hadis yang famous..innamal a’maal binniaat..
kalau niat from the very beginning was right, whatever
result that comes would be ok..even mungkin rasa tak adil or whatever tapi yang membuat penilaian sebenar terhadap apa yang dipelajari adalah si pelajar tu sendiri. yang penting ilmu yang diperolehi bila dah bergelar doktor nanti boleh diaplikasi dan dibuat jasa. so,niat tu awal2 lagi kena set up. bagi saya,walaupun terkilan kalau tak dapat apa yang di ‘deserve’ kan tapi bila fikir why on earth i am here learning medic has got a clear view. tuhan melihat mengujji dan janjinya satu; sesiapa yang berusaha pasti akan berjaya!! sooner or later, tak disini, disana..
hehe
seronok pula bace..tak sangka ada org yg dpt menulis
seperti yang saya fikir..=P
em..its indeed true..
(ingtkan saye sorg je takley adapt dgn sistem exam di cni..hehe)
tp syukur..allah sntiasa memudahkan kita kan..
tup tap tup tap…da nak abes pun blajo..
alhamdulillah
out of that, sy rse..kte patut meriahkan bumi volgo ni dgn kegiatan lain…(selain sibuk blajo)
kehadiran blog nie..ckup dihargai=)
tahniah kepada yg menyumbang!
qoute ” Sememangnya kalau sudah namanya masuk ke universiti, mestilah niatnya untuk mencari ilmu. Namun bila orang terkejar-kejar 5, timbul persoalan: Nak cari ilmu ke? Nak dapat 5? ” end qoute..
bg saya dlm hidup nie ada tujuan n matlamat.sbb matlamat buat kita berjaya.
jd saudara penulis apa salahnya kita nk 5 dlm exam? cuba fikirkan.beza student yg study utk 5 n student yg study utk 3? beza kan?
jadi dlm menuntut ilmu,kita perlukan matlamat yg akan menghidupkan usaha kita.
jadi…sbb apa masuk u? nk dpt ilmu.
caranya? belajar bersungguh2 kerana Allah
penyuntik semangat? markah..bukan kan ibu bapa bangga bila anaknya berjaya dlm exam?
mmg kita study utk ilmu.tp,sbg manusia,kita adalah materialistik.ganjaran bg org yg berusaha adalah markah.dan ganjaran bg org yg beramal ibadat adalah pahala.
xgitu ke?
“sori…xder nas or dalil sbb saya jahil sket”
Faktor2 Utk dpt 5 :
1. Dpt jwb dgn baik, perfect, xde lopong sana sini.
2. Dpt jwb soklan tmbhn dr cikgu.
3. Cikgu kenal pljr tu !
Faktor2 Utk dpt 4:
1. Dpt jwb dgn baik, tp xleh jwb sokln tmbhn dr ckgu.
2. Otai sgt dlm kelas, byk lwn ckp cikgu.
3. Salah sket2 dlm mjwb.
Faktor2 Utk dpt 3:
1. Xleh jwb main question.
2. Gabra, hggakn blank bile dpt sokln tmbhn.
3. Dpt cikgu yg ssh.
Faktor2 Utk fail:
Xstadi kot..!
hehe
bagus2
pemerhati yang memahami=P hihi
Aku stadi bg menjaga kepentingan/kemaslahatan pesakit yg bakal aku rawat kelak..- bagi aku la..
Boleh ke kalo kite tetapkan matlamat cmni??Korang rase cmne?
Wallahua’alam..
sukar untuk meletakkan ayat skema untuk itu, hihi
erm, setakat yg saya faham mr/miss/encik/cik pemerhati..
segala apa niat yang kita pasang tu..kena berbalik kepada Allah..
gitulah..muhasabah check tengok balik..kalu memang niat yang kita pasang adalah ke arah ‘itu’, insya allah..
moga segala kerja kita dikira sebagai ibadah..insya allah
sama2 lah kita (^_^)v