Artikel Kirovsky Di Al-Azan
February 27, 2009 · Print This Article
Dalam risalah Al-Azan yang diedarkan di masjid hari ini juga ada memuatkan berita perkembangan pembinaan masjid Kirovky.
Berikut merupakan terjemahan artikel muka depan risalah tersebut:
Rumah Allah di Daerah Kirovky Sudah Dibina 2 Tingkat
Pada tahun 2006, hasil inisiatif penduduk daerah Kirovsky, Bandar Volgograd sebuah masjid telah dibina. Beberapa tahun kemudian masjid ini sudah dibina setinggi 2 tingkat.
Jalan yang panjang telah dilalui untuk membina masjid ini. Kesemuanya ( pembelian tapak, pengurusan dokumen, pelaksaan projek, kerja-kerja pembinaan) terlaksana dengan derma dan bantuan yang kami kutip dari anda, muslimin dan muslimat Volgograd sekalian. Begitu juga dengan bantuan yang diminta dari muslimin dan muslimat seluruh dunia melalui laman internet.
Walaupun dengan peningkatan harga yang berterusan, dengan kuasa Allah, tidak lama lagi penganut agama Islam yang tinggal di Daerah Kirovsky dan Daerah Krasnoarmeiskiy akan berpeluang ke masjid yang berdekatan dengan mereka, dan tidak perlu lagi ke daerah bersebelahan atau daerah Voroshilovsky.
Di kawasan pembinaan masjid di daerah Kirovsky, terdapat sebuah rumah persendirian kecil yang dijadikan tempat solat pada hari ini. Pada hari-hari perayaan ia didatangi sehingga 150 orang pada setiap masa. Pada hari-hari tersebut kawasan sekeliling dihamparkan karpet dan alas.
Semoga Allah merahmati mereka yang menyumbang, walau dengan apa sahaja untuk melaksaan kerja mulia ini. Hadis menyatakan, barangsiapa masjid kerana Allah, Allah akan membina rumah untuknya di akhirat kelak. Dalam setiap langkah muslimin muslimah sekalian untuk melaksanakan masjid ini, dengan izin Allah ganjaran yang diperoleh akan dilipat ganda, bertambah dan berkekalan.






jazakallah for the translation