Bantulah Walaupun Sedikit
July 23, 2008 · Print This Article
Sebelum pulang bercuti musim panas Julai lalu, pelajar-pelajar muslim Volgograd telah dibekalkan dengan beberapa pucuk surat daripada pemimpin-pemimpin pelajar, terjemahan surat mufti dan plan masjid.
Dokumen-dokumen ini bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar mengutip derma untuk tabung Kirovskiy. (untuk sesiapa yang belum ada lagi, atau terlupa membawa pulang, surat-surat tersebut boleh didapati di ruangan ‘Download’ di atas)
Memandangkan kami masih belum mempunyai akaun persatuan, adalah amat sukar untuk mendapatkan sumbangan dari organisasi-organisasi atau syarikat-syarikat.
Jadi kami amat mengharapkan sumbangan dari anda semua walaupun berupa individu. Ketahuilah bahawa sumbangan anda amat bermakna. Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian yang membantu saudara seagama.






ehmmm nak bertanya?
sy mahu menderma tetapi tak tahu mcm mana…
ada saluran lainkah?
dn sy tk ad di Malaysia mahupun Russia…????
setakat ini saudara ken boleh menderma melalui maybank..ada maybank2u kan?