Berhati-hati memilih makanan
October 24, 2009 · Print This Article
Muslimin dan Muslimat di Volgograd dinasihatkan berwaspada dalam memilih makanan.
Ini bukanlah perkara yang gemar untuk saya katakan iaitu berkenaan dengan khabar angin yang mengatakan halalnya daging di kiosk stesen trolleybus detskii center dan kazan kebab.
Tujuan saya juga bukanlah untuk menghalalkan yang haram ataupun mengharamkan yang halal;
“Dan jangan kamu berani mengatakan terhadap apa yang dikatakan oleh lidah-lidah kamu dengan dusta; bahwa ini halal dan ini haram, supaya kamu berbuat dusta atas (nama) Allah, sesungguhnya orang-orang yang berani berbuat dusta atas (nama) Allah tidak akan dapat bahagia.” (an-Nahl: 116)
Namun oleh sebab sering ditanya dan sedar akan amanah yang dipikul, saya telah bertanya kepada Hazrat Ilyas, Mufti Centralnii Raiyoun Volgograd Region berkenaan dengan persoalan berikut.
Hazrat Ilyas menyatakan yang beliau sendiri tidak mengetahui halalnya daging di kedai-kedai berikut, dan berkata akan menyelidik perkara tersebut. Namun begitu beliau memberi alamat kedai makan yang halal iaitu di Ulitsa Kosmanavtov 43-A, Shanel .
Umum mengetahui yang halalnya sembelihan ahli kitab;
“Hari ini dihalalkan yang baik-baik buat kamu dan begitu juga makanan orang-orang yang pernah diberi kitab (ahli kitab) adalah halal buat kamu, dan sebaliknya makananmu halal buat mereka.” (al-Maidah: 5)
Namun begitu, tidak semua mengetahui yang biarpun majoriti penduduk bekas Soviet ini menganut Kristian, hanya segelintir daripada mereka yang mengamalkan agama mereka. Jauh sekali untuk mengamalkan sembelihan ahli kitab.
Oleh itu, nasihat saya supaya semua Muslimin dan Muslimat tidak mudah terpedaya dengan khabar-khabar angin yang menyatakan halalnya daging di suatu-suatu tempat. Mengapa kita menganggap halalnya daging di satu kedai dan haram di satu kedai lain, sedangkan kaedah perlaksanaannya adalah sama?
Yang terbaik adalah untuk bersikap wara’;
“Yang halal sudah jelas dan yang haram pun sudah jelas, di antara keduanya itu ada beberapa perkara yang belum jelas (syubhat), banyak orang yang tidak tahu: apakah dia itu masuk bagian yang halal ataukah yang haram? Maka barangsiapa yang menjauhinya karena hendak membersihkan agama dan kehormatannya, maka dia akan selamat,. dan barangsiapa mengerjakan sedikitpun daripadanya hampir-hampir ia akan iatuh ke dalam haram, sebagaimana orang yang menggembala kambing di sekitar daerah larangan, dia hampir-hampir akan jatuh kepadanya. Ingatlah! Bahwa tiap-tiap raja mempunyai daerah larangan. Ingat pula, bahwa daerah larangan Allah itu ialah semua yang diharamkan.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi, dan riwayat ini adalah lafaz Tirmidzi).
Muhamad Anuar bin W. Hassan.






salam.. terima kasih anuar ats peringtn n info ni.. moga kita semua boleh ambil sikap berhati2 yg segala hal… insyaAllah..
Rasulullah bersabda yang maksudnya: “Di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging yang apabila baik daging itu, maka baiklah seluruh tubuh badan (jasad), dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad, sesungguhnya ia adalah hati”. (Hadis riwayat Bukhari)
assalamualaikum..jazakallah ats peringatan yang sgt bermanfaat ni.. moga kita lebih wara’ dalam memilih apa yang masuk ke dalam tubuh kita. kerana makan&minum juga ibadah..asalkan bertepatan dengan syara’..
wallahualam
salam..terima kasih atas peringatan..Menurut tukang masak Shanel, Qurban, yang dia pasti halal di kedainya hanya baranina (Kambing/biri2)..