Kirovsky Islamic Centre – Make it a Reality
10 Apr
Konsep Perubatan Islam mempunyai sebab musabab. Pencipta sebab kenapa sesuatu itu berlaku ialah Allah, al-Khaliq, yang berkuasa melakukan sesuatu.
“Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: ‘Jadilah!’ maka terjadilah ia” – Yaasin:82
Asas perubatan dalam Islam boleh dibahagikan kepada dua, iaitu penjagaan diri dan rawatan. Penjagaan diri lebih baik daripada merawatnya. Allah s.w.t. melarang orang yang beriman daripada membinasakan dirinya, tidak kira sama ada pembinasaan itu melibatkan pemakanan yang memberi mudarat, yang terlarang, berlebihan dan sebagainya.
“Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.” ?- Al-Baqarah:195
Allah s.w.t. juga menyuruh setiap orang itu makan dan minum, tetapi melarang daripada mengambilnya berlebihan.
“…dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan” ?- Al-An’am:141
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: “Perut itu ialah tempat penyakit”.
Keperluan pada makanan itu ada tiga tahap; iaitu semata-mata untuk keperluan, mencukupi dan berlebihan. Rasulullah s.w.t. memberitahu bahawa makanan itu mencukupi dengan suapan kecil yang menguatkan tulang belakang, ataupun makan memenuhi satu pertiga daripada ruang perut, satu pertiga lain untuk air manakala yang bakinya untuk bernafas. Inilah kaedah utama yang paling memberi manfaat pada penjagaan badan, kerana perut itu tumpuan penyakit.
Perut apabila penuh dengan makanan ruang minuman menjadi sempit. Apabila minuman itu berlebihan, ruang bagi bernafas menjadi sempit, menyebabkan seseorang itu sukar bernafas, penat dan terasa berat.
Semuanya ini menyebabkan berlakunya kerosakan hati, pergerakan tubuh menjadi lembab dan malas untuk melakukan ketaatan dan membangkitkan nafsu syahwat.?Kesihatan adalah nikmat yang besar yang sering terabai.
Sebuah hadis daripada Ibnu Abbas menyatakan tentang adanya seorang Arab yang bertanyakan Rasulullah s.a.w. apa yang perlu ia pohon setiap kali selepas sembahyang lima waktu. Baginda menjawab agar ia memohon kesihatan daripada AIlah. Lelaki tersebut merasa tidak puas hati dengan jawapan tadi. Setelah bertanya buat kali ketiga, baginda akhirnya menjawab agar ia memohon kesihatan di dunia dan akhirat.
27 Nov
ASSALAMUALAIKUM..
ADIKKU ATTAFUL.pkabar?pkabar IMAN n pergerakan Islam disana?Doa dari a.gmi disini, moga Allah kurniakan kekuatan n istiqamah buat semua adik2 a.gmi yang tidak pernah kenal erti penat lelah utk terus menerus memperjuangkan HAQ.Adikku, ingatla..bilamana ruang tidak diisi dgn yang HAQ, maka pasti ia akan diisi dengan yang BATIL. Teruskan perjuanganmu kalian, kerna Allah pasti akan membantumu. Kalian berada pada jalan yang Allah janjikan Kemanisan..Ingatlah adik2ku..
?Dan janganlah kalian campur adukkan yang haq dengan yang batil dan janganlah kalian sembunyikan yang haq itu, sedang kalian mengetahui.? (Al-Baqarah: 42)
Aful ade contact melalui FB zaujah abg gmi kan..MasyaAllah, abg gmi ni dh byk lupa ttg peringkat awal kirovsky Islamic centre ni..insyaAllah,a.gmi ceritakan setakat yang a.gmi ingat la.
peringkat awal, abg gmi n da geng sembang2 dengan mufti ilias.pada mulanya hanya bersembang tentang perkembangan hidup muslim d Volgograd.Makin lama makin rapat, sehinggakan mufti ilias mula berbicara tentang hajatnya utk bukak satu Islamic centre.
Katanya,idea ni dah lama dicetuskan oleh beberapa Mufti sebelum ini apabila melihat kepada perkembangan dan kperluan muslim di sana.Namun atas sebab faktor kewangan, masa dan halangan2 yang menimpa, hajat utk bina Islamic Centre terpaksa ditangguhkan.
Apabila tiba mandat Mufti Ilias sebagai Mufti Volgograd, dia kembali berhajat untuk meneruskan usaha membina Islami Centre ini. Namun pada sahabat2 sekeliling didambakan sokongan dan bantuan secara keseluruhan.
Ujian pertama adalah Modal yang besar dan lokasi.Perkara ini telah dibawa berbincang dengan Peniaga2 arab di Volgograd.Memang ada antara mereka orang2 yang mempunyai kelebihan dari segi kewangan.
Alhamdulillah, perkara pertama yang Allah bantu n buka jalan ialah kita telah dapat LOKASI dan TANAH yang telah diinfaqkan dari bbrapa orang peniaga ARAB yang ada kat sana. Lokasi yang strategik kerana kirovsky berada dilokasi majoriti orang Islam dan ramai dari kalangan mereka mengalami masalah pengangkutan utk ke Masjid Lingaranskaya. Alhamdulilllah..Sejumlah besar hasil dana yg terkumpul dari infaq2 umum telah diperuntukkan untuk pecah tanah dan buat pelan Kirovsky Islamic Centre (KIC). Pada masa tu,student Malaysia masih lagi minority dan kami pun tidak terlibat dalam pemilihan tanah dan lokasi. Peringkat awal, Peniaga2 Arab disana banyak sangat membantu dan tak silap a.gmi sampai sekarang pun mereka ‘non stop’ Infaq pada KIC ni. Moga Allah merahmati mereka.Untuk pengetahuan adik2, tanah dan pelan Islamic centre tu pun dah menelan belanja ~ RM 250-300K ( kalau tak silap a.gmila)
Setelah lokasi dan pelan dah settle, barulah kami dimaklumkan oleh mufti Ilias tentang sudah tersedianya tapak dan lokasi KIC.
Mufti Ilias ajak kami berbincang dan A.gmi ingat lagi Mufti Ilias bgtau kami bahawa pada ketika itu, dana masjid hanya lebih kurang 50k rubel utk pemulaan perbinaan KIC itu setelah peruntukan yang besar utk tanah dan pelan KIC. ‘ KAMI MASIH MEMERLUKAN LEBIH KURANG RM 2 JUTA?.’
Tercengang kami semua pada masa tu?Logik akal memang sampai bila-bila pun kita tak mampu kita kumpul dan sumbang melihat kepada potensi kita yang hanya sebagai pelajar asing disana.
Mufti Ilias dengan tenang bgtau kami..jgn bimbang Allah akan bantu.Tugas kita hanya USAHA..naik bangun Islamic centre 100% hasil usaha kita, hasil infaq shj. Kerajaan Russia takkan menghalang, tapi takkan memberi apa2 bantuan kewangan.Bertitik tolakkan saat itulah..kami ikhtiar bermacam2 cara..doa dan tawakal pada Allah?
Adik2, sekarang lihat..bermula dari Tiada menjadi Ada, bermula dari Tanah lapang terbinanya Bangunan. Bangunan yang bakal dipenuhi dengan jiwa-jiwa dan hati-hati yang mengharapkan Redha Allah, bakal menadah dahi-dahi yang sujud menyembah Allah yang Agung..Siapa sangka, bangunan Rumah Allah itu sudah gagah berdiri..Segagah Islam pada hati seorang yang bertaqwa. Ameen..
Cuma dari dulu sampai skrg..tugas kita hanya Usaha dan teruskan Usaha utk menyempurnakan Rumah Allah ini..
Abg gmi nak ucapkan MABRUK alaik..buat adik2 a.gmi yang disayangi kerana tidak putus2 usaha utk Rumah Allah ini..a.gmi sgt kagum pada kamu semua..Kalian adalah pewaris usaha yang Mulia ini.InsyaAllah..Kita tidak akan rugi wahai adik2ku..
Teruskan Usaha wahai adik2ku..kerna diSANA..Allah telah menjanjikan Balasan yang langsung tidak LAYAK utk kita dapat.Tapi percayala..itulah Janji Allah buat hambaNya yang membantu mendirikan Rumah Allah..
? Tidak ada balasan kebaikan melainkan kebaikan pula ? (SURAH AR RAHMAN : 60)
Salam sayang buat adik2ku semua…Maan najah..
Salam..
mohammad hazimi hamzah
Vmsu’08
1 Jul
27 Jun
December 1, 2008
20 Muharram 1423 AH
4 April 2002
Soalan: Apakah kita dibenarkan membeli barangan dari sumber Israel, sedangkan wang yang kita guna dalam jual-beli itu akan digunakan untuk membantu “jentera peperangan” Yahudi?
Jawapan oleh Sheikh Yusuf Al-Qaradawi:
Membebaskan tanah milik Islam daripada mereka yang menakluk atau menyerangnya adalah merupakan satu Jihad. Jihad ini merupakan suatu yang wajib dan mulia; pertamanya ke atas warga negara berkenaan. Sekiranya warga negara tersebut tidak mampu untuk melawan, maka Muslim dari negara jiran wajib membantu. Sekiranya ini masih tidak mampu juga untuk melawan, maka semua Muslim di dunia ini mesti membantu.
Palestin adalah bumi kepada Kiblat pertama umat Islam, bumi Isra’ dan Mi’raj, bumi kepada Masjid al-Aqsa dan daerah yang dimuliakan ALlah. Penakluk bumi ini merupakan musuh besar kepada umat Islam, dan mereka didokong oleh negara yang terkuat ketika ini – Amerika, juga komuniti Yahudi dari seluruh dunia.
Jihad wajib dilancarkan kepada mereka yang merampas tanah dan menghalau pemiliknya, menumpahkan darah, mengkhianati kehormatan, memusnahkan rumah-rumah, membakar ladang-ladang, dan memusnahkan bumi berkenaan. Jihad merupakan kewajipan yang paling terdahulu dari kewajipan-kewajipan yang lain, merupakan tugas paling utama umat Islam. Muslim mesti melaksanakan jihad, pertamanya kepada pemilik tanah berkenaan, kemudian jiran-jirannya, dan akhirnya seluruh umat Islam. Kita mesti bersatu menentang penjajah. Kita bersatu di dalam Islam, termasuklah kesatuan dalam iman kepada Shari’ah, kesatuan kepada Qiblat, dan kesatuan dalam kesengsaraan dan harapan. Seperti yang difirmankan oleh ALlah: “Sungguh, inilah agama kamu, agama yang satu.” (Qur’an, 21:92). Allah swt juga berfirman: “Sesungguhnya orang-orang yang mukmin itu bersaudara.” (Qur’an, 49:10). Dalam satu riwayat Hadith RasuluLlah saw menyatakan: “Orang Islam bersaudara orang Islam, tiada boleh ia menganiayainya, dan tiada boleh membiarkannya (dalam kehinaannya,) dan tiada boleh mendustainya dan tiada boleh menghinakannya.” [Riwayat Muslim].
Hari ini kita melihat saudara dan anak-anak kita di Al-Aqsa dan Palestin mengorbankan darah mereka, menyerahkan jiwa mereka di jalan ALlah. Seluruh umat Islam mesti membantu mereka dengan apa jua kuasa yang mereka ada. (Lihat al-Quran, 8:72).
Sekiranya seseorang meminta bantuan kerana agamanya, kita mesti membantu. Jentera bantuan kepada mereka adalah melalui boikot secara menyeluruh terhadap barangan musuh. Setiap riyal, dirham… dan sebagainya yang digunakan untuk membeli barangan mereka akan akhirnya menjadi peluru-peluru untuk menembak jantung saudara-saudara dan anak-anak di Palestin. Oleh kerana itu, adalah wajib bagi kita untuk tidak membantu mereka (musuh Islam) dengan membeli barangan mereka. Membeli barangan mereka beerti menyokong tirani, penindasan dan kekejaman. Membeli barangan mereka akan menguatkan mereka; tangungjawab kita adalah untuk melemahkan mereka semampu kita. Kewajipan kita juga adalah untuk memberi kekuatan kepada saudara-saudara kita yang berjuang di bumi barakah ini semaksima yang boleh. Jika kita tidak mampu memberi kekuatan kepada saudara kita, adalah menjadi tugas kita untuk melemahkan musuh. Sekiranya kelemahan musuh tidak tercapai kecuali dengan boikot, maka kita wajib memboikot mereka.
Barangan Amerika, sepertimana barangan “Israel” adalah haram. Adalah haram untuk mengiklankan barangan mereka. Hari ini, Amerika adalah Israel kedua. Mereka membantu sepenuhnya entiti Zionis. Israel tidak mampu merampas tanpa bantuan Amerika. Semua pemusnahan yang dilakukan “Israel” adalah dengan menggunakan duit Amerika, senjata Amerika, dan veto Amerika. Amerika telah berkurun-kurun melakukan semua ini tanpa menerima kesan hukuman atau protes terhadap tekanan dan kedudukan mereka yang mencurigakan daripada dunia Islam.
Kini tibalah masanya untuk umat Islam mengatakan “TIDAK” kepada Amerka, “TIDAK” kepada syarikat-syarikatnya, dan “TIDAK” kepada barangannya yang membanjiri pasaran kita. Kita makan, minum, pakai dan pandu apa sahaja hasil produk Amerika.
Kita semua mesti bersatu menentang penceroboh. Kita bersatu dalam Islam, termasuklah kesatuan iman kepada Sharia’ah, kesatuan kepada Qiblat, dan kesatuan dalam kesengsaraan dan harapan. Allah swt berfirman: Sungguh, inilah agama kamu, agama yang satu.” (Qur’an, 21:92).
‘Ali ra. pernah berkata: “Kamu ada tiga musuh; musuh kamu, kawan musuh kamu, dan musuh kawan kamu”. Amerika hari ini adalah lebih daripada kawan terhadap musuh kita; mereka sanggup mengorbankan diri mereka untuk Israel. Umat Islam seluruh dunia yang mencecah 1.3bilion, mampu memberi kesengsaraan kepada Amerika dan syarikat-syarikatnya dengan memboikot mereka. Ini adalah kewajipan agama kita, dan merupakan jalan ALlah. Setiap orang Islam yang membeli barangan “Israel” atau Amerika, bilamana terdapat pilihan barangan dari negara lain, adalah melakukan suatu yang haram. Mereka melakukan dosa secara jelas, merupakan satu jenayah kepada undang-undang ALlah, yang akan mengundang hukuman ALlah dan kebencian manusia.
Saudara-saudara kita di ”Israel” dan Amerika terpaksa berurusan dengan mereka dan membeli produk mereka. Allah tidak meminta sesuatu di luar kemampuan; hanya apa yang kita mampu.
Allah berfirman: “Maka bertaqwalah kamu kepada ALlah menurut kesanggupanmu” (Qur’an, 64:16).
RasuluLlah saw. pernah bersabda: “Sekiranya aku mengarahkan sesuatu, buatlah sebanyak yang kamu mampu.” Muslim di Amerika harus bekerja dengan syarikat-syarikat yang paling kurang permusuhan kepada Islam, paling kurang bersekutu dengan Zionis. Boikot syarikat-syarikat Zionist sebanyak yang mungkin.
Arab dan dunia Islam lain mesti memboikot semua syarikat-syarikat yang cenderung kepada Zionis dan menyokong Israel, tidak kira apa jua negara asal syarikat tersebut (contohnya Marks & Spencer,) dan mana-mana dari mereka yang menyokong Zionis membantu negara “Israel.” Boikot adalah merupakan senjata yang ampuh, telah digunakan di masa lalu dan kebelakangan ini. Ianya telah digunakan oleh jahiliah Mekah menentang Rasulullah saw. dan para sahabat. Ianya telah memudaratkan mereka; hinggakan mereka terpaksa memakan daun. Ia juga telah digunakan oleh para sahabat untuk melawan jahiliah di Madinah. Kebelakangan ini, kita dapat lihat negara-negara menggunakan boikot dalam perjuangan mereka memerdekakan diri dari penjajahan. Contoh yang terkenal adalah Gandhi yang telah mengarahkan masyarakat India memboikot barangan Inggeris, dan merupakan usaha yang berkesan. Boikot berada di tangan bangsa dan masyarakatnya. Kerajaan tidak dapat memaksa rakyat membeli barangan dari negara tertentu. Marilah kita menggunakan senjata ini untuk menentang musuh bangsa dan agama kita, supaya mereka sedar bahawa kita masih hidup, dan umat ini tidak akan lupus, InsyaALlah. Boikot akan membawa berbagai kesan; ianya mengajar semula umat Islam bagaimana untuk membebaskan diri mereka daripada perhambaan. Mereka menggalakkan kita untuk terikat kepada apa yang tidak berfaedah, malahan merosakkan kita. Boikot merupakan satu demonstrasi persaudaraan Islam and kesatuan Ummah. Adalah kewajipan kita untuk tidak mengkhianati saudara kita, yang berkorban setiap hari. Kita tidak akan memberi keuntungan kepada musuh kita. Boikot ini adalah merupakan tentangan kecil, yang akan membantu tentangan lebih besar yang dilakukan oleh saudara-saudara kita di bumi Anbiya’, dan menjadi kubu di perbatasan Jihad. Sekiranya setiap Yahudi di dunia ini menganggap dirinya sebagai seorang askar, mendokong Israel sedaya upaya, maka sudah tentu setiap orang Islam yang menggunakan jiwa dan hartanya adalah merupakan seorang askar yang memerdekakan Al-Aqsa. Usaha paling kecil seorang Muslim boleh lakukan adalah dengan memboikot barangan musuh. Allah berfirman: “Wahai orang yang beriman, kamu adalah pelindung antara kamu.” Sekiranya kita tidak melakukan ini, akan berlaku perpecahan dan kerosakan yang besar.
Ibu-ibu dan anak-anak perempuan kita, yang mengurus rumahtangga, mempunyai peranan yang mungkin lebih besar daripada peranan orang lelaki, kerana wanita mengawasi keperluan rumah, dan membeli apa yang diperlukan. Ibu-ibu boleh membimbing anak-anak. Dia menanam semangat Jihad dalam diri anak-anak, dan mendidik mereka apa yang perlu dilakukan demi Ummah, dan apa yang mereka perlu lakukan terhadap musuh Islam, terutama sekali berkenaan boikot. Apabila anak-anak faham perkara ini, mereka akan menjalankan boikot dengan penuh semangat, dan akhirnya akan mengepalai ibubapa mereka.
Sekiranya seorang pengguna membeli barangan Yahudi atau Amerika dikira melakukan satu dosa yang berat, sudah tentu pedagang yang membeli barangan tersebut dan menjadi ejen mereka dikira melakukan dosa yang lebih berat. Malahan sekiranya syarikat tersebut beroperasi dengan menggunakan nama yang berlainan, mereka sedar bahawa mereka hanya memperdayakan orang. Umat Islam seluruh dunia kini perlu membuktikan kewujudan mereka, dan harus menunjukkan keinginan untuk mempertahankan kesucian. Umat Islam harus tahu siapa sahabat mereka, dan siapa musuh mereka. Umat Islam dilarang memberi ruang kepada kelemahan, dan kesedihan, dan menerima perdamaian yang zalim yang ingin dikenakan oleh Zionis.
Allah berfirman: “Maka janganlah kamu lemah dan mengajak damai, kerana kamulah yang lebih unggul, dan ALlah bersama kamu.” [Qur'an, 47:35].
Saya menyeru semua yang beriman kepada ALlah, Kristian dan lainnya, dan semua manusia yang bebas dan mulia di dunia ini untuk bersama kami, dan menyokong kebenaran berbanding kebathilan, dan keadilan berbanding penindasan. Bantulah untuk memenangkan mereka yang lemah, yang setiap hari dibunuh di jalan ALlah, mempertahankan tempat yang suci.
Saya juga memohon pekerja-pekerja Arab dan negara-negara Islam dari seluruh dunia supaya menyokong rakyat Palestin, dan menunjukkan kemaharan mereka dengan melawan penzalim yang sangat gagah ini, dengan mengganggu perniagaan mereka sebanyak yang mungkin. Akhirnya, saya meminta mereka yang bijak, bertimbang rasa dan berpengalaman di setiap negara supaya bersatu membina boikot, mewujudkan pilihan alternatif dan mengelak daripada apa-apa yang tidak baik, dan teruskan mendidik masyarakat, sehinggalah kebenaran menang dan kepalsuan terhapus. Yakinlah, ianya akan musnah.
“Katakan ‘bekerjalah,’ sesungguhnya Allah akan melihat usaha kamu dan RasulNya dan orang-orang yang beriman, kamu akan dikembalikan ke dunia yang tidak pernah kamu lihat dan kamu akan tahu apa yang kamu telah kerjakan.”
“Pandangan ini adalah berdasarkan kepada hujah-hujah daripada al-Quran dan Sunnah dan Ijma’ umat Islam.” WaLlahu ‘alam.
9 Jun
Oleh Hasliza Hassan
2010/06/09
Tindakan biadab rejim Yahudi rampas kapal bantuan ke Gaza bakar semangat jihad
ISU Palestin yang tidak selesai hingga hari ini adalah isu besar dan umat Islam yang ingin membantu perlu memberi pertolongan berterusan, lebih penting lagi ialah pertolongan jujur, bukan sekadar retorik politik saja. Mufti Masjidilharam, Makkah, Sheikh Dr Sulaiman Al-Saloomi, berkata perkembangan terkini berlaku di Gaza membuktikan umat Islam masih hidup, bergerak dan ada penentangan iaitu semangat jihad di kalangan mereka.
Katanya, walaupun hasrat menyampaikan bantuan kepada penduduk di Palestin tidak kesampaian, insiden yang mendapat perhatian dunia itu menunjukkan isu Palestin bukan permasalahan rakyat Palestin atau orang Arab, sebaliknya permasalahan umat Islam sejagat.
“Insiden rampasan kapal dan pembunuhan sukarelawan antarabangsa membawa bantuan ke Gaza baru-baru ini adalah qada dan qadar Allah yang ada hikmahnya kerana kejadian itu berjaya menyatukan umat Islam seluruh dunia.
“Jika dulu ada sesetengah pihak, malah kalangan rakyat Palestin sendiri merasakan ini masalah rakyat Palestin atau orang Arab saja tetapi kini semua mengakui masalah Palestin adalah masalah umat Islam sejagat,” katanya pada pertemuan eksklusif dengan Berita Harian, baru-baru ini.
Beliau berkata, pengalaman menakutkan dilalui sukarelawan dan aktivis yang mengikuti misi penghantaran bantuan melalui jalan laut itu berjaya memecahkan penguasaan Yahudi terhadap media massa selama ini.
Katanya, sekurang-kurangnya peristiwa rampasan kapal Mavi Marmara dan Rachel Corrie membuka peluang dunia mendapat liputan berita sebenarnya, bukan lagi laporan media yang dikawal Yahudi.
Dr Sulaiman berkata, penguasaan Yahudi terhadap media massa terutama media barat seperti Amerika Syarikat sejak sekian lama menyebabkan dunia Islam mendapat gambaran salah mengenai apa sebenarnya berlaku.
Akibatnya, dunia menyangka dalam isu antara Israel dan Palestin, yang dikepung dan teraniaya adalah orang Israel. Peperangan berlaku tahun lalu dan terbaru, tindakan Israel menghalang kapal membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza membuka pemikiran umat Islam.
“Media massa memainkan peranan penting menyelewengkan kebenaran menyebabkan umat Islam tidak mengambil tindakan. Perkembangan terkini di Gaza adalah peringkat pertama memecahkan dominasi Israel itu.
“Perpecahan di kalangan rakyat Palestin juga menyebabkan timbul pemikiran bahawa ini masalah orang Arab tetapi apabila dua puak di Palestin dan umat Islam bersatu, ia mengangkat perkara ini jadi besar,” katanya.
Ditanya bagaimana Israel boleh terlepas daripada tindakan kejam dilakukan selama ini, beliau berkata, Israel membuat perancangan lebih 100 tahun menguasai mereka berada di posisi membuat keputusan.
Apabila menguasai peringkat pembuat keputusan dari negara besar, Israel berjaya mengelak dikenakan hukuman dan ini jelas daripada apa yang berlaku sekarang.
Menyentuh janji Allah bahawa Islam akan kuat, dan apakah yang berlaku di Gaza kini sebagai titik permulaan, Dr Sulaiman berkata, umat Islam perlu yakin Allah tidak akan memungkiri janji.
Beliau turut mengingatkan lafaz Allah yang bermaksud, jika kamu membantu Allah, Allah akan bantu kamu. Bagaimanapun katanya, tempoh cepat atau lama itu terpulang kepada Allah kerana ia termasuk dalam perkara ghaib.
Namun, tanda kemenangan sudah kelihatan dan untuk terus berada di landasan yang betul ini, umat Islam perlu mengambil tiga langkah iaitu, pertama hendaklah jujur menghadapi permasalahan ini.
Kedua, menghapuskan perbezaan pandangan yang membawa kepada perpecahan yang hanya akan melemahkan umat Islam. Ketiga, keluar daripada lingkungan yang dicipta musuh sebaliknya teguh dengan pendirian berdasarkan pandangan Islam.
“Umat Islam perlu ada pandangan tersendiri, tidak cenderung kepada barat atau timur. Ada pandangan dari Malaysia oleh Tun Mahathir (Mohamad) dalam bidang politik, sosial dan ekonomi yang keluar daripada pandangan biasa barat dan bersifat Islam. Ini bagus,” katanya.
Menghurai lanjut mengenai isu perpecahan di kalangan umat Islam, Dr Sulaiman yang juga Pengerusi Yayasan Dakwah dan Bimbingan Agama terbesar di Makkah berkata, perbezaan pandangan adalah sifat manusia dijadikan Allah.
Sebenarnya, perbezaan pandangan itu adalah cubaan Allah bagi menguji manusia yang berpecah akibat berbeza pendapat untuk kembali bersatu dan caranya perlu difikirkan pihak berkenaan.
Tetapi mengaitkan apa yang berlaku di Malaysia di mana perbezaan pandangan menyebabkan timbulnya perbalahan, beliau menekankan, perkara itu tidak sepatutnya terjadi kepada umat Islam di negara ini.
Katanya, sahabat Nabi Muhammad turut berbeza pandangan dalam perkara cabang tetapi mereka tetap menghormati semangat satu sama lain yang inginkan kebenaran seperti terjadi antara Saidina Ali dan Muawiyah.
Oleh itu, dalam perbezaan pandangan yang tidak membabitkan perkara usul, mesti ada dalam kurungan (adab untuk berbeza pandangan), supaya masing-masing boleh menghormati pandangan satu sama lain.
“Begitu juga dalam fahaman politik, walaupun berbeza fahaman, tidak mustahil untuk umat Islam bersatu dengan syarat dua-dua kembali kepada al-Quran dan sunnah. Yang penting niat perlu jujur dan ada kesungguhan untuk bersatu. Barulah terjadi penyatuan umat Islam,” katanya.
Beralih kepada isu pihak yang menggunakan agama untuk kepentingan politik atau mendapat sokongan peribadi, Dr Sulaiman berkata, tidak ada ubat untuk penyakit ini kecuali takut dan bertakwa kepada Allah.
“Hendaklah seseorang itu rasa ada malaikat yang mengawal dan Allah sentiasa melihat. Itulah ubatnya kerana apabila manusia dapat rasakan Allah tahu apa dia buat, cakap, malah niatkan dalam hati, manusia tidak akan menyalahgunakan agama,” katanya.
Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/IsuPalestinbukaruangsatukanumatIslamsedunia/Article
Recent Comments