Kirovsky Islamic Centre – Make it a Reality
15 Apr
Oleh MEJAR BURHANUDDIN ABDUL JALAL
PERTAHANAN dan keamanan merupakan satu keperluan yang penting (maslahat dharuriyyat) bagi setiap manusia, masyarakat serta negara pada setiap masa dan tempat. Dengan adanya pertahanan, keamanan dan keselamatan manusia, masyarakat dan negara akan dapat melaksanakan tugas, peranan dan tanggungjawab yang dimiliki ke tahap yang maksimum.
Para ulama telah menyebut kepentingan dan kebajikan manusia ini sebagai satu maslahat atau kepentingan dan ia terbahagi kepada tiga iaitu:
* Masalahat dharuriyyat. Sesuatu yang diperlukan oleh manusia dalam kehidupan bagi memastikan kehidupan mereka berjalan dalam keadaan yang normal dan tidak terancam. Sekiranya perkara ini tidak dijaga maka kehidupan manusia akan pincang dan tidak sempurna.
* Maslahat hajaiyyat. Perkara yang diperlukan manusia untuk memudahkan perjalanan hidup. Sekiranya perkara ini tidak wujud, kehidupan mereka tidak akan pincang tetapi akan berhadapan dengan sedikit kesusahan.
* Maslahat tahsiniyyat. Perkara yang dinilai menepati kebiasaan manusia dan menjauhkan diri daripada perkara-perkara tersebut yang boleh mencacat dari segi penilaian dan adat kebiasaan (Yusuf al-Qaradawi, 1995).
Selain itu, al-Quran menyebut bahawa antara keperluan asasi manusia itu antara lain diistilahkan sebagai al-amn atau keamanan, iaitu kata bahasa Arab, yang bererti aman dan tenteram.
Keamanan berkait rapat dengan keimanan kerana iman sebagai benteng kekuatan dalam hati untuk mencipta dan membina rasa keamanan dan ketenteraman, khususnya aman dan tenteram daripada segala gangguan dan kegelisahan di dunia atau pun di akhirat.
Dalam al-Quran perkataan al-amn (keamanan) disebut sebanyak 45 kali dan istilah iman sebanyak 800 kali. Kedua-dua perkataan tersebut mempunyai hubungan yang rapat berkaitan dengan keamanan dan pertahanan yang pada asasnya mempunyai makna atau pengertian yang cukup luas iaitu, pertama: Saling percaya mempercayai serta tidak saling mencurigai dan kedua: Makna ketenangan dan perdamaian dan bukan permusuhan atau pertentangan.
Dalam konteks negara kita Malaysia, salah satu agensi yang diamanahkan untuk menjaga keamanan dan keselamatan negara adalah organisasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Tugas tersebut adalah amanah yang besar dan yang tentunya berkait rapat dengan aspek keagamaan. Ternyata amanah tersebut dipikul dengan jayanya oleh ATM sejak tahun 1933 hingga kini dan telah menjangkau 77 tahun.
Proses menyediakan angkatan tentera yang kuat, profesional dan berwibawa bukanlah sesuatu yang bersifat tabie semata-mata. Ertinya bukanlah disebabkan adanya musuh atau terdapatnya ancaman ke atas sesebuah negara menyebabkan sesebuah negara itu membentuk angkatan tentera yang mungkin dapat menangani persoalan keselamatan dan pertahanan.
Sebenarnya pembentukan angkatan tentera di sesebuah negara khususnya negara yang dikuasai oleh umat Islam, adalah sesuatu yang diperintahkan oleh Allah SWT. Ini jelas seperti firman Allah dalam ayat 60 surah al-Anfal.
Dalam usaha membentuk angkatan tentera yang mantap dan digeruni, tentunya terdapat kaedah yang benar-benar berupaya untuk melahirkan anggota yang cekap dan berwibawa.
Aspek-aspek latihan seperti mendisiplinkan anggota, melatih kecekapan menggunakan senjata, membentuk moral anggota supaya taat kepada arahan, tekun bekerja dan tidak melakukan penyelewengan adalah sesuatu yang perlu dititikberatkan.
Namun demikian, kejayaan aspek-aspek tersebut tidak boleh dicapai tanpa ada satu lagi elemen penting dalam pembentukan diri anggota tentera. Elemen tersebut adalah elemen kerohanian yang ada hubungannya dengan keimanan, ketakwaan, dan kepercayaan kepada agama.
Kepentingan pengukuhan nilai-nilai rohani ini perlu terus digerakkan bagi memastikan warga ATM dapat melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan.
Menurut Muhammad Ahmad Bashil (1989) dalam, bukunya, Politik dan ketenteraan – Perjanjian Hudaibiyyah, usaha-usaha untuk membentuk anggota tentera yang boleh memahami tugas mereka dengan berkesan dan dalam masa yang sama menjadi hamba Allah yang taat memerlukan usaha dakwah dan pendidikan yang berterusan.
Ternyata tugas dan tanggungjawab bagi membentuk kekuatan kerohanian anggota ATM keseluruhannya terletak kepada Kor Agama Angkatan Tentera atau Kagat yang kini genap 25 tahun pada 16 April 2010.
Kagat yang ditubuhkan pada tahun 16 April 1985 itu, tentunya sedikit sebanyak membina kekuasaan kerohanian ini atau disebut sebagai kekuatan tempur spiritual (spiritual combat power), yang bermaksud: “Elemen berkaitan roh dan kejiwaan atau kerohanian yang menjadi pendorong dalam perjuangan dan peperangan bagi mencapai matlamat yang dicita-citakan”.
Dalam erti kata yang lain ia juga boleh didefinisikan sebagai: “Semangat juang atau kekuatan spiritual yang tersembunyi serta wujud dalam diri anggota tentera yang mampu bertindak sebagai penggerak menjadikan mereka tabah dan berani mengharungi apa jua bentuk kesusahan, kepayahan dan bahaya meskipun tekanan peperangan yang sengit”.
Sesungguhnya penghayatan Islam di kalangan anggota ATM amat penting. Sejarah membuktikan bahawa anggota tentera di bawah pimpinan Panglima Perang Islam Tariq bin Ziyad telah berjaya membuka Andalusia dan anggota tentera di bawah pimpinan Salahuddin Al-Ayubi yang membebaskan Al-Quds dan anggota tentera di bawah pimpinan Sultan Muhammad Al-Fatih telah berjaya menawan Kota Konstantinopel.
Ini juga menepati apa yang pernah disabdakan oleh nabi dengan hadis yang bermaksud: “Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan baik-baik Islam. Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan tentera-tenteranya adalah sebaik-baik tentera”.
Sehubungan itu, setelah 25 tahun Kagat dalam ATM, usaha-usaha memantapkan aspek syiar dan penghayatan Islam di kalangan anggota ATM perlu diteruskan. Aspek kekuatan doa dan amal ibadah perlu diterapkan selaras dengan kecanggihan senjata.
Ini bermaksud kekuatan jiwa dan hati juga perlu seimbang dengan kekuatan fizikal dan mental. Ini sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). (al-Anfal: 45)
Menurut Ibn Kathir dalam tafsirnya, dalam ayat ini Allah memerintahkan lima perkara kepada para pejuang Islam termasuk anggota tentera yang berjuang demi mempertahankan agama, bangsa dan tanah airnya.
1. Tentang keteguhan hati ketika berjuang dan Allah akan memberikan sifat keberanian.
2. Banyak mengingati Allah dengan berzikir dan beribadat.
3. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya.
4. Bersatu dan saling tidak berpecah.
5. Keupayaan untuk mengekalkan keempat perkara yang telah disebutkan.
Jika ini dapat dilakukan oleh seluruh warga ATM sudah tentu Allah sentiasa memberikan kerahmatan dalam perjuangan dan tugas-tugas yang telah diamanahkan.
Menyorot kejayaan Kagat dalam tempoh 25 tahun ini ternyata telah membawa kesan positif terhadap kemajuan ATM serta memberi sumbangan terhadap peningkatan syiar Islam di Malaysia pada umumnya.
Buktinya, model Kagat diterima pakai oleh agensi lain untuk menubuhkan unit agama dalam perkhidmatan mereka seperti Polis Diraja Malaysia, Penjara Malaysia, dan juga JAMAAT dalam Angkatan Tentera Diraja Brunei.
Namun demikian usaha-usaha untuk meningkatkan tahap pengurusan organisasi, modul dan pendekatan dakwah juga perlu terus dilakukan.
Pendekatan ini termasuklah apa yang disebut oleh Franklin Covey, The 7 habits of highly effective people (2001) yang telah menyenaraikan aspek Seek First to Understand, then to be Understood. Aspek tersebut adalah prinsip penting yang perlu dihayati oleh para pendakwah.
Selain itu, pemantapan pengurusan dakwah juga merangkumi aspek ad-daie iaitu anggota dan pegawai Kagat. Membina kualiti manusia ad-daie amat penting khususnya dalam aspek ilmu, maklumat, kemahiran dan sikap.
Ciri-ciri utama yang disasarkan oleh ATM dalam era transformasi adalah kebersamaan, cegah rintang dan versatil yang diyakini akan membolehkannya menangani segala cabaran dalam sebarang situasi konflik masa hadapan dengan lebih mantap lagi berkesan.
Oleh yang demikian evolusi transformasi keupayaan ATM ini perlu diperkasa secara menyeluruh. Ia bukan sahaja tertumpu kepada aspek penstrukturan organisasi dan perolehan aset-aset tempur berteknologi canggih, malahan membudayakan nilai teras yang berwibawa, kepimpinan berintegriti dan pembangunan modal insan berkualiti.
Ini merangkumi aspek pembangunan modal insan. Membangun modal insan dalam erti kata sebenar amat berkait rapat dengan membangunkan potensi manusia secara menyeluruh sebagai khalifah Allah.
Untuk itu manusia hendaklah berilmu dan menghayati ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW secara menyeluruh dalam kehidupan.
Ternyata dalam suasana kegemilangan menyambut jubli perak atau ulang tahun ke 25 penubuhan Kagat ini, seluruh warga Kagat perlu menyedari bahawa perjuangan masih belum selesai.
Ini selari dengan apa yang disebutkan oleh tokoh dakwah Mustaffa Masyhur bahawa usaha memberi kefahaman dan penghayatan Islam kepada golongan sasaran dakwah perlu melepasi peringkat tertentu bermula daripada memahami Islam yang dianuti dengan fahaman yang benar, tepat dan menyeluruh sebagaimana yang dibawa oleh Rasulullah SAW, hinggalah kepada merealisasikan segala ajarannya dengan cara yang betul dan sempurna hingga mencapai tahap para amilin dan solihin.
Jika ini mampu dilakukan, ternyata Kagat telah menyumbang bagi mencapai matlamat menjaga kepentingan Islam atas dasar Maqasid as-syariyyah dan dalam tempoh 25 tahun ini juga memenuhi keperluan tersebut yang turut merupakan misi dan visi ATM secara amnya iaitu menjaga lima perkara yang selari dengan kehendak Islam iaitu ad-din, akal, jiwa, kehormatan dan menjaga harta.
10 Apr
Adapun barunya, kerana kefahaman itu asing bagi kebanyakan orang
termasuk putera-putera Islam sendiri, kerana kefahaman itu memandang Islam
sebagai agama dan negara, ibadah dan kepemimpinan, rohani dan amal, salat dan
jihad, Al Quran dan pedang, sebagai yang diumumkan oleh pendiri gerakan itu
pada prinsip pertama dari prinsip-prinsipnya yang dua puluh itu :
“Islam adalah peraturan yang lengkap, mencakup seluruh kenyataan hidup. la
adalah negara dan tanah air atau pemerintah dan bangsa, jihad dan dakwah
atau tentera dan pemikiran, bijak pandai dan undang-undang atau ilmu dan
peradilan, akhlak dan kekuatan atau kasih sayang dan keadilan, kebendaan
dan kekayaan atau usaha dan harta, begitu pula ia adalah akidah yang murni
dan ibadat yang benar.”
Pengertian Barat yang beragama Masehi terhadap agama dengan
menganggap agama adalah hubungan manusia dengan Tuhannya, bahawa
tempatnya di mesjid dan surau dan tidak ada hubungannya dengan negara dan
masyarakat. Kefahaman ini telah mempengaruhi banyak orang, sehingga di antara
kecaman terhadap Ikhwanul Muslimin adalah ia mencampur adukkan antara
agama dan politik.
Pemahaman Islam seperti ini adalah baru bagi kebanyakan orang, sehingga
Hasan Al-Banna menamakannya “Islam Ikhwanul Muslimin”. Tetapi sebenarnya
itu adalah pemahaman lama yang dikemukakan oleh Islam sendiri, kerana
demikianlah pemahaman sahabat dan tabi’in terhadap agamanya, iaitu Islam
menurut Al Quran dan As Sunnah.
Kekeliruan kaum muslimin memahami Islam adalah akibat dua perkara penting
Pertama : Sisa-sisa tinggalan zaman kemunduran dan apa yang masuk ke
dalam Islam pada masa itu berupa percampuradukan, bid’ah dan pengertian yang
salah disebabkan penyelewengan dari mereka yang ekstrim, usaha dari merekayang sengaja membuat kebatilan dan penafsiran orang-orang bodoh. Keadaan ini
membawa kepada pencemaran keindahan Islam, menghancurkan keutuhannya dan
merosak keseimbangan antara hukum-hukum dan ajaran-ajarannya. Lalu
didahulukan apa yang seharusnya ditangguhkan dan ditangguhkan apa yang
seharusnya didahulukan, di anggap penting apa yang sebenarnya remeh dan
diremehkan apa yang sebenarnya penting.
Dalam suasana seperti ini taklid dan fanatik mazhab berkembang dengan subur.
Kedua : Pengaruh-pengaruh pertarungan pemikiran atau pen-jajahan
kebudayaan yang menimpa negeri-negeri Islam pada masa penjajahan asing,
yang memasukkan pengertian-pengertian baru dan pemikiran-pemikiran asing
dalam kehidupan kaum muslimin. Semua ini dimajukan dan diperkuat melalui
lembaga-lembaga pendidikan dan pengajaran dan badan-badan ilmiah dan
pengarahan.
Usaha penjajahan yang berbahaya bahkan paling berbahaya ialah mendidik
sebahagian besar putera-putera Islam yang dinama “kaum terpelajar.” Pihak
penjajah mengawasi pembentukan mereka, memberikan kepada mereka
peradabannya, falsafah hidupnya dan cara pemikirannya. Akal dan hati mereka
diisi dengan rasa kagum akan peradabannya, rasa hormat kepada hukumhukumnya
dan rasa senang untuk menirunya. Kepada mereka tidaklah
diperkenalkan agama, peradaban dan warisan kebudayaan mereka sendiri kecuali
sedikit sekali. Itupun dengan cara yang tidak intensif, mengenai hal-hal yang
kurang bernilai, saling bertentangan lagi kelihatan buruk gambarannya.
Sebab itu tidaklah aneh kalau kita jumpai kaum muslimin hidup sebagai
orang asing di negerinya sendiri. Rupa mereka adalah rupa orang Arab muslim,
sedang akal mereka adalah akal Eropah atau Amerika.
Adalah kewajiban pendidikan Ikhwanul Muslimin untuk menghadapi kesankesan
dari kebodohan lama dan pembodohan baru: dan bekerja keras untuk
meletakkan sistem yang sempurna untuk mencerdaskan “seorang muslim”
berlandaskan pada sumber-sumber Islam yang murni, sebelum dikotori oleh
penambahan atau pengurangan dengan menjauhi istilah-istilah mutakallimin,
takalluf para sufi dan debat para fuqaha’.
Oleh kerana itu Al Quran dan tafsirnya adalah sumber budaya yang pertama
bagi Ikhwanul Muslimin, dengan ketentuan tafs i r ulama salaf di dahulukan atas
tafsir-tafsir lainnya. Sebab itu mereka bertumpu pada Tafsir Ibnu Katsir dan
menjadikannya sebagai sumber utama. As-Sunnah adalah sumber kedua, dengan
ketentuan mengenai ketulenannya dan syarahnya (penjelasannya) mereka harus
berpegang pada imam-imam Hadith yang terpercaya.
Imam Hasan Al-Banna pada prinsip kedua dari duapuluh prinsipnya: “Dan Al
Qur-anul Karim dan Sunnah yang suci, kedua duanya adalah tempat kembali
setiap muslimin untuk mengetahui hukum Islam. Al Qur-an difahami sesuai
dengan kaedah bahasa Arab, tanpa ditarik-tarik dan dipaksa-paksakan
pengertiannya; dan dalam pemahaman Sunnah dikembalikan kepada imam-imam
Hadith yang thiqah.”
Kerana itu Ikhwanul Muslimin mementingkan Ilmu Al Quran dan Ilmu
Hadith dan menunjukkan perhatian pada sebahagian kitab Hadith, seperti“Riyadus Shalihin, susunan Imam An-Nawawi. Begitu pula mereka
mementingkan Fiqh yang berdasarkan Hadith atau Sunnah (Fiqhus Sunnah)
seperti mereka memberi perhatian pada sejarah Nabi, memahaminya dan
menarik dari padanya pelajaran yang dapat dijadikan contoh terapan bagi Islam
dan tafsir praktis bagi Al Quran.
Ikhwanul Muslimin tidak mengabaikan Sejarah Islam dan riwayat para
pahlawan, pemimpin, ulama dan para penganjur.
Sistem pendidikan Ikhwanul Muslimin tidak melupakan garakan-gerakan
dan kekuatan-kekuatan yang bermusuhan, baik berupa agama, pemikiran
mahupun politik, Zionisme, Komunisme, Imperialisme, Zending, Marxisme,
Bahaisme, Qadyanisme dan sebagainya.
Tidaklah diragukan bahawa cabang-cabang dan pusat gerakan Ikhwanul
Muslimin mempunyai usaha yang terus menerus di bidang ilmu dan penyebaran
keislaman yang bersifat umum, sementara “keluarga-keluarga mereka”
mengadakan pertemuan-pertemuan yang teratur bagi pendidikan akal.
Pendidikan ini telah mendatang-kan hasil dalam lingkungan yang luas dari
putera-putera Mesir. Akal mereka bebas dari belenggu wahana dan khurafat,
mata mereka terbuka terhadap persoalan-persoalan yang dihadapi dunia Islam,
ke luar dari lingkungan tanah air yang sempit ke dunia Islam yang luas dan
melihat kebudayaan Islam yang kaya raya serta sumber-sumber pokoknya
dengan pandangan yang tajam dan akal yang terbuka.
Jelas warna kebangsaan adalah dominan pada kebanyakan Anggota Ikhwanul
Muslimin, demikian pula mementingkan perasaan dan berpidato secara umum,
semenjak masa Mustafa Kamil dan Sa’ad Zaglul. Manusia pada waktu itu
memerlukan kepekaan hati dan kesedaran jiwa, tidak ada golongan-golongan
keyakinan yang bertentangan dengan pemikiran Islam seperti komunisme
dan sebagainya, sibuknya perkumpulan itu menyiarkan dakwah dari satu segi
dan tuntutan pengamalan dari segi lain serta penentangan terhadap
pembatasan-pembatasan dan tekanan-tekanan yang dihadapkan kepadanya
sejak masa-masa pertama. Semua ini mempunyai pengaruh dalam pendalaman
aspek pemikiran menurut kadar yang diharapkan pada kebanyakan anggota
Ikhwanul Muslimin dan pada tertundanya kematangan kemampuan ilmiah sampai
akhir tahun empat puluhan dan awal lima puluhan, ketika yang kecil telah
menjadi pemuda, yang dewasa telah menjadi matang dan kemampuankemampuan
terpendam telah menampakkan diri.
Pada akhir hayatnya, Imam Hasan Al-Banna menyedari bahawa jama’ahnya
perlu memperdalam aspek pemikiran dan ilmiah pada anggota-anggotanya dari
satu segi dan menjelaskan aspek- aspek Islam dan tujuannya kepada selain
anggota dari segi lain.
Lalu beliau menerbitkan majalah bulanan Asy-Syihab untuk mengisi kekosongan
ini dan merealisikan tujuan tersebut. Majalah ini menggantikan majalah Al-
Manar yang telah terhenti penerbitannya setelah pemimpinnya Sayid Rasyid
Redha wafat. Tetapi kelahiran bayi yang diharapkan ini tidak sanggup terus
hidup lebih dari lima jilid. Kebanyakan isinya ditulis oleh Hasan Al-Banna
sendiri. Kemudian terjadi peristiwa Desember 1948 dan pada bulan Februari1949 pemimpin majalah Asy-Syihab dibunuh orang.
Dr. Yusuf al-Qardhawi (Pendidikan Islam dan Madrasah Hasan al-Banna)
8 Apr
Oleh HAMIZUL ABDUL HAMID dan MOHAMED SYAHRIL ZAINOL
TIADA siapa menduga, anak kecil yang sering mengunjungi gereja 20 tahun lalu akan menjadi seorang pendakwah Islam yang terkenal hari ini. Dibesarkan dalam lingkungan keluarga beragama Kristian, namun hidayah Allah tiada siapa mampu menghalang.
Itulah anugerah termahal daripada Allah SWT kepada kita semua, sehingga memungkinkan kita untuk dapat memesrai sosok lelaki yang ramah bernama Mohd. Farid Ravi Abdullah, 39, yang lebih popular dengan nama Ustaz Farid Ravi.
“Dahulu, saya dikenali sebagai Jasiah a/l Ravi. Saya dan keluarga adalah penganut Kristian. Saban minggu kami akan mengunjungi gereja. Namun, hakikatnya hati saya sedari awal sudah terpikat kepada Islam.
“Bahkan sewaktu di bangku sekolah rendah lagi, saya telah betah mengikuti kelas Pendidikan Islam bersama kawan-kawan yang beragama Islam.
“Antara punca saya minat kepada kelas Agama Islam ialah kerana ustazah yang mengajarnya bijak menyampaikan.
“Selain itu, sejak kecil saya begitu minat mendengar bacaan al-Quran, khususnya apabila adanya Majlis Tilawah al-Quran yang diadakan di negara kita saban tahun.
“Ibu memarahi saya kerana saya minat mendengar bacaan al-Quran,” jelas beliau. Namun alhamdulillah, ibunya juga sudah memeluk Islam sebelum dipanggil mengadap ilahi.
Sejauh manakah zakat berperanan membantu seorang saudara Muslim (mualaf) seperti Farid Ravi meneruskan tatih kehidupannya?
“Lembaga Zakat Selangor (LZS) bukanlah asing kepada saya. Sebenarnya secara peribadi, saya amat terhutang budi kepada LZS kerana banyak membantu.
“Khususnya sewaktu menamatkan pengajian di Jordan dalam bidang Usuluddin dahulu. LZS telah menyumbangkan dermasiswa penuh termasuk tambang tiket perjalanan dari mula sehingga tamat belajar,” kata beliau.
Menurut Farid Ravi, masih segar dalam memorinya, ketika membawa surat tawaran ke ibu pejabat JAIS untuk meminta bantuan kewangan bagi menyambung pelajaran, pegawai yang bertugas menjaga bahagian saudara baru ketika itu, Ustaz Yusof Ong segera menguruskan bantuan pelajaran.
Syukur alhamdulillah, katanya, apabila diberitahu akan menerima bantuan zakat RM5,000 selama dua tahun dan pada tiga tahun berikutnya pula, menerima RM8,000 setahun.
“Alhamdulillah, dengan wang zakat itulah, biar pun jumlahnya tidak sama dengan apa yang diperoleh oleh pelajar tajaan pembiaya lain tetapi cukup untuk keperluan yang ada. Itulah berkat namanya,” katanya sambil tersenyum.
Prinsip Farid Ravi, biar sedikit tapi cukup daripada banyak tetapi habis. Wang zakat ini adalah titik peluh orang Islam. Ia dibayar dengan penuh kesedaran atas kewajipan perintah Allah SWT.
“Zakat ditunaikan untuk menyucikan harta. Maka, janganlah wang zakat yang bersih itu disalahgunakan. Bertanggungjawablah atas amanah ini. Pasanglah niat bahawa setelah selesai belajar, apabila berkerja kelak, kita juga akan melaksanakan kewajipan zakat,” tegas beliau penuh kesedaran.
Di samping itu, beliau turut berpesan agar para pelajar yang mendapat bantuan zakat, jangan mudah terleka dan belajarlah dengan penuh iltizam.
Bantuan zakat yang diterima itu sewajarnya perlu dibalas dengan menjadi insan yang berjaya lagi bertanggungjawab.
Atas dasar itu, maka tidak hairanlah beliau juga mudah memberi kerjasama dengan LZS khususnya memenuhi undangan menyampaikan ceramah dan memberi penerangan zakat.
“Bagi saya, sudah terbukti penglibatan LZS dalam membantu golongan asnaf terutama mualaf memang tidak boleh disangkal. Ramai saudara baru yang telah dibantu bukan sahaja daripada aspek kewangan, bahkan kerohanian.
“Oleh itu saya menyeru kepada mana-mana orang Islam yang masih belum berzakat, agar segera mendapatkan maklumat dan tunaikanlah zakat, khususnya di Selangor,” katanya.
Menurut Farid Ravi, seruan itu dibuat kerana masih ramai umat Islam yang belum memenuhi kewajipan ini.
“Ingat dan yakinlah, jika ia dilunasi, maka hati kita menjadi tenang malah harta-harta kita pun dapat dibersihkan.
“Keberkatan juga pasti akan lahir apabila asnaf-asnaf yang dibantu dengan wang zakat itu, kemudiannya mendoakan kesejahteraan kepada pembayar zakat, termasuklah kita,” ulas bapa kepada lima cahaya mata ini.
Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat berteduh. Bagi Farid Ravi, beliau amat terhutang budi dengan keluarga angkatnya iaitu keluarga Hashim Talib (ketika itu seorang anggota polis yang berpangkat sarjan) dan Saunah Arifin dari Kg. Tanjung Sg. Choh, Selangor.
“Mereka telah mendorong saya untuk menuju ke arah yang benar. Dorongan dan motivasi yang diberikan oleh keluarga angkat saya ini tidak akan dapat saya lupakan sehingga ke akhir hayat. “Mereka juga telah memberikan layanan yang terbaik kepada saya. Saya dianggap seolah-olah anak mereka sendiri,” ceritanya menghimbau kembali detik-detik awal saat mula mengenali Islam.
Faktor kawan juga banyak membantu. Bahkan Farid Ravi mengakui, berkat bimbingan rakan, pada usia 11 tahun beliau sudah mampu membaca surah al-Fatihah dan menjawab azan.
Sehinggalah ketika usianya 18 tahun, hatinya sudah tidak mampu ditahan-tahan lagi dan akhirnya di hadapan ustaz Kadir Chong beliau melafazkan dua kalimah syahadah di ibu pejabat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Kuala Lumpur.
Kesimpulannya, inilah antara bukti betapa berkesannya wang zakat itu kepada pembangunan sesuatu asnaf penerima zakat.
Berkatlah kehidupan mereka yang membayar zakat, kerana dengan setiap sen wang itulah yang digunakan untuk membantu insan seperti Farid Ravi ini.
Inilah suatu sorotan kisah seorang Mualaf muda dalam mencapai cita-cita di samping suntikan bantuan wang zakat. Moga-moga, keberkatan wang zakat akan terus menyuburi beliau dan semua pembayar zakat, di dunia dan akhirat. Amin ya Rabb!
3 Apr
Disusun oleh
Abu Mushlih Al Jukjakarti
Sabar adalah pilar kebahagiaan seorang hamba. Dengan kesabaran itulah seorang hamba akan terjaga dari kemaksiatan, konsisten menjalankan ketaatan, dan tabah dalam menghadapi berbagai macam cobaan. Ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan,”Kedudukan sabar dalam iman laksana kepala bagi seluruh tubuh. Apabila kepala sudah terpotong maka tidak ada lagi kehidupan
di dalam tubuh.”1
Pengertian Sabar
Syaikh Muhammad bin Shalih Al ‘Utsaimin rahimahullah berkata,“Sabar adalah meneguhkan diri dalam menjalankan ketaatan kepada Allah, menahannya dari perbuatan maksiat kepada Allah, serta menjaganya dari perasaan dan sikap marah dalam menghadapi takdir Allah. …”2
Macam-macam Sabar
Syaikh Muhammad bin Shalih Al ‘Utsaimin rahimahullah berkata,“Sabar itu terbagi menjadi tiga macam :
1. Bersabar dalam menjalankan ketaatan kepada Allah
2. Bersabar untuk tidak melakukan hal-hal yang diharamkan Allah
3. Bersabar dalam menghadapi takdir-takdir Allah yang dialaminya, berupa berbagai hal yang
menyakitkan dan gangguan yang timbul di luar kekuasaan manusia ataupun yang berasal dari orang lain3
Sebab meraih kemuliaan
Di dalam Taisir Lathifil Mannaan Syaikh As Sa’di rahimahullah menyebutkan sebab-sebab untuk
menggapai berbagai cita-cita yang tinggi. Beliau menyebutkan bahwa sebab terbesar untuk bisa meraih itu semua adalah iman dan amal shalih.
Di samping itu, ada sebab-sebab lain yang merupakan bagian dari kedua perkara ini. Di antaranya adalah kesabaran. Sabar adalah sebab untuk bisa mendapatkan berbagai kebaikan dan menolak berbagai keburukan. Hal ini sebagaimana diisyaratkan oleh firman Allah ta’ala,“Dan mintalah pertolongan dengan sabar dan shalat”
(QS. Al Baqarah [2] : 45).
Yaitu mintalah pertolongan kepada Allah dengan bekal sabar dan shalat dalam menangani semua urusan kalian. Begitu pula sabar menjadi sebab hamba bisa meraih kenikmatan abadi yaitu surga. Allah ta’ala berfirman kepada penduduk surga,“Keselamatan atas kalian berkat kesabaran kalian” (QS. Ar Ra’d [13] : 24).
Allah juga berfirman,“Mereka itulah orang-orang yang dibalas dengan kedudukan-kedudukan tinggi (di surga) dengan sebab kesabaran mereka” (QS. Al Furqaan [25] :75). Selain itu Allah pun menjadikan sabar dan yakin sebagai sebab untuk mencapai kedudukan tertinggi yaitu kepemimpinan dalam hal agama. Dalilnya adalah firman Allah ta’ala,“Dan Kami menjadikan di antara mereka (Bani Isra’il) para pemimpin yang memberikan petunjuk dengan titah Kami, karena mereka mau bersabar dan meyakini ayat-ayat Kami” (QS. As Sajdah [32] : 24).4
SABAR DALAM KETAATAN
Sabar dalam menuntut ilmu
Syaikh Nu’man mengatakan,“Betapa banyak gangguan yang harus dihadapi oleh seseorang yang berusaha menuntut ilmu. Maka dia harus bersabar untuk menahan rasa lapar, kekurangan harta, jauh dari keluarga dan tanah airnya. Sehingga dia harus bersabar dalam upaya menimba ilmu dengan cara menghadiri pengajianpengajian,mencatat dan memperhatikan penjelasan serta mengulang-ulang pelajaran dan lain sebagainya.
Semoga Allah merahmati Yahya bin Abi Katsir yang pernah mengatakan,“Ilmu itu tidak akan didapatkan dengan banyak mengistirahatkan badan” sebagaimana tercantum dalam shahih Imam Muslim. Terkadang seseorang harus menerima gangguan dari orang-orang yang terdekat darinya, apalagi orang lain yang hubungannya jauh darinya, hanya karena kegiatannya menuntut ilmu. Tidak ada yang bisa bertahan kecuali orang-orang yang mendapatkan anugerah ketegaran dari Allah.”5
Sabar dalam mengamalkan ilmu
Syaikh Nu’man mengatakan,“Dan orang yang ingin beramal dengan ilmunya juga harus bersabar dalam menghadapi gangguan yang ada di hadapannya. Apabila dia melaksanakan ibadah kepada Allah menuruti syari’at yang diajarkan Rasulullah niscaya akan ada ahlul bida’ wal ahwaa’ yang menghalangi di hadapannya, demikian pula orang-orang bodoh yang tidak kenal agama kecuali
ajaran warisan nenek moyang mereka. Sehingga gangguan berupa ucapan harus diterimanya,
dan terkadang berbentuk gangguan fisik, bahkan terkadang dengan kedua-keduanya. Dan kita sekarang ini berada di zaman dimana orang yang berpegang teguh dengan agamanya seperti orang yang sedang menggenggam bara api, maka cukuplah Allah sebagai penolong bagi kita, Dia lah sebaik-baik penolong”6
Sabar di atas Islam
Ingatlah bagaimana kisah Bilal bin Rabah radhiyallahu ‘anhu yang tetap berpegang teguh dengan Islam meskipun harus merasakan siksaan ditindih batu besar oleh majikannya di atas padang pasir yang panas9. Ingatlah bagaimana siksaan tidak berperikemanusiaan yang dialami oleh Ammar bin Yasir dan keluarganya. Ibunya Sumayyah disiksa dengan cara yang sangat keji sehingga mati sebagai muslimah pertama yang syahid di jalan Allah10.
Lihatlah keteguhan Sa’ad bin Abi Waqqash radhiyallahu’anhu yang dipaksa oleh ibunya untuk meninggalkan Islam sampai-sampai ibunya bersumpah mogok makan dan minum bahkan tidak mau
mengajaknya bicara sampai mati. Namun dengan tegas Sa’ad bin Abi Waqqash mengatakan,“Wahai Ibu, demi Allah, andaikata ibu memiliki seratus nyawa kemudian satu persatu keluar, sedetikpun ananda tidak akan meninggalkan agama ini…” 11 Inilah akidah, inilah kekuatan iman, yang sanggup bertahan dan kokoh menjulang walaupun diterpa oleh berbagai badai dan topan kehidupan.
Saudaraku, ketahuilah sesungguhnya cobaan yang menimpa kita pada hari ini, baik yang berupa kehilangan harta, kehilangan jiwa dari saudara yang tercinta, kehilangan tempat tinggal atau kekurangan bahan makanan, itu semua jauh lebih ringan daripada cobaan yang dialami oleh salafush shalih dan para ulama pembela dakwah tauhid di masa silam.
Mereka disakiti, diperangi, didustakan, dituduh yang bukan-bukan, bahkan ada juga yang dikucilkan. Ada yang tertimpa kemiskinan harta, bahkan ada juga yang sampai meninggal di dalam penjara, namun sama sekali itu semua tidaklah menggoyahkan pilar keimanan mereka.
Ingatlah firman Allah ta’ala yang artinya,“Dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan sebagai seorang muslim.” (QS. Ali ‘Imran [3] : 102). Ingatlah juga janji Allah yang artinya,“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya akan Allah berikan jalan keluar dan Allah akan berikan rezki kepadanya dari jalan yang tidak disangka-sangka.” (QS. Ath Thalaq [65] : 2-3).
Disebutkan dalam sebuah riwayat bahwa Nabi shallallahu
‘alaihi wa sallam bersabda,“Ketahuilah, sesungguhnya datangnya kemenangan itu bersama dengan kesabaran.Bersama kesempitan pasti akan ada jalan keuar. Bersama kesusahan pasti akan ada kemudahan.” (HR. Abdu bin Humaid di dalam Musnadnya [636]12 dan Al Haakim
dalam Mustadrak ‘ala Shahihain, III/62413).
Hikmah di balik musibah
Dari Anas, beliau berkata : Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Apabila Allah menginginkan kebaikan bagi hamba-Nya, maka Allah segerakan hukuman atas dosanya di dunia. Dan apabila Allah menghendaki keburukan pada hamba-Nya maka Allah tahan hukuman atas dosanya itu sampai dibayarkan di saat hari kiamat” (Hadits riwayat At Tirmidzi dengan nomor 2396 di dalam Az Zuhud. Bab tentang kesabaran menghadapi musibah. Beliau mengatakan ; hadits ini
hasan gharib. Ia juga diriwayatkan oleh Al Haakim dalam Al Mustadrak (1/349, 4/376 dan 377). Ia tercantum dalam Ash Shahihah karya Al Albani dengan nomor 1220)
Syaikhul Islam mengatakan,“Datangnya musibahmusibah itu adalah nikmat. Karena ia menjadi sebab
dihapuskannya dosa-dosa. Ia juga menuntut kesabaran sehingga orang yang tertimpanya justru diberi pahala. Musibah itulah yang melahirkan sikap kembali taat dan merendahkan diri di hadapan Allah ta’ala serta memalingkan ketergantungan hatinya dari sesame makhluk, dan berbagai maslahat agung lainnya yang muncul karenanya. Musibah itu sendiri dijadikan oleh Allah sebagai sebab penghapus dosa dan kesalahan.
Bahkan ini termasuk nikmat yang paling agung. Maka seluruh musibah pada hakikatnya merupakan rahmat dan nikmat bagi keseluruhan makhluk, kecuali apabila musibah itu menyebabkan orang yang tertimpa musibah menjadi terjerumus dalam kemaksiatan yang lebih besar daripada maksiat yang dilakukannya sebelum tertimpa. Apabila itu yang terjadi maka ia menjadi keburukan
baginya, bila ditilik dari sudut pandang musibah yang menimpa agamanya.”
“Sesungguhnya ada diantara orang-orang yang apabila mendapat ujian dengan kemiskinan, sakit atau terluka justru menyebabkan munculnya sikap munafiq dan protes dalam dirinya, atau bahkan penyakit hati,kekufuran yang jelas, meninggalkan sebagian kewajiban yang dibebankan padanya dan malah berkubang dengan berbagai hal yang diharamkan sehingga berakibat semakin membahayakan agamanya. Maka bagi orang semacam ini kesehatan lebih baik baginya. Hal ini bila
ditilik dari sisi dampak yang timbul setelah dia mengalami musibah, bukan dari sisi musibahnya itu
sendiri. Sebagaimana halnya orang yang dengan musibahnya bisa melahirkan sikap sabar dan tunduk melaksanakan ketaatan, maka musibah yang menimpa orang semacam ini sebenarnya adalah nikmat diniyah.
Musibah itu sendiri terjadi dengan perbuatan Rabb ‘azza wa jalla sekaligus sebagai rahmat untuk manusia, dan Allah ta’ala maha terpuji karena perbuatan-Nya tersebut. Barangsiapa yang diuji dengan suatu musibah lantas diberikan karunia kesabaran oleh Allah maka sabar itulah
nikmat bagi agamanya. Setelah dosanya terhapus karenanya maka muncullah sesudahnya rahmat (kasih sayang dari Allah).
Dan apabila dia memuji Rabbnya atas musibah yang menimpanya niscaya dia juga akan memperoleh pujian-Nya. “Mereka itulah orang-orang yang diberikan pujian (shalawat) dari Rabb mereka dan memperoleh curahan rahmat” (QS. Al Baqarah [2] : 156) Ampunan dari Allah
atas dosa-dosanya juga akan didapatkan, begitu pula derajatnya pun akan terangkat. Barangsiapa yang merealisasikan sabar yang hukumnya wajib ini niscaya dia akan memperoleh balasan-balasan tersebut” Selesai perkataan Syaikhul Islam, dengan ringkas19
Do’a apabila tertimpa musibah
Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun, Allahumma’jurnii fii mushiibatii wa ahklif lii khairan minhaa
Artinya : Sesungguhnya kita adalah milik Allah. Dan kita pasti akan kembali kepada-Nya. Ya Allah, berikanlah ganjaran pahala atas musibah hamba. Dan gantikanlah ia dengan sesuatu yang lebih baik darinya. (HR. Muslim,2/632. lihat Hishnul Muslim, hal. 96-97)
BALASAN BAGII ORANG YANG SABAR
Allah ta’ala berfirman yang artinya,“Sungguh Kami akan menguji kalian dengan sedikit rasa takut, kelaparan serta kekurangan harta benda, jiwa, dan buah-buahan. Maka berikanlah kabar gembira bagi orang-orang yang sabar.Yaitu orang-orang yang apabila tertimpa musibah mereka mengatakan,“Sesungguhnya kami ini berasal dari Allah, dan kami juga akan kembali kepada-Nya”. Mereka itulah orang-orang yang akan mendapatkan ucapan shalawat (pujian) dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang memperoleh hidayah” (QS. Al Baqarah [2] : 155-157).
Syaikh Abdurrahman bin Nashir As Sa’di rahimahullah berkata di dalam kitab tafsirnya, “Ayat ini menunjukkan bahwa barangsiapa yang tidak bersabar maka dia berhak
menerima lawan darinya, berupa celaan dari Allah,siksaan, kesesatan serta kerugian. Betapa jauhnya perbedaan antara kedua golongan ini. Betapa kecilnya keletihan yang ditanggung oleh orang-orang yang sabar bila dibandingkan dengan besarnya penderitaan yang harus ditanggung oleh orang-orang yang protes dan tidak bersabar…”22
Allah ta’ala juga berfirman yang artinya,“Sesungguhnya balasan pahala bagi orang-orang yang sabar adalah tidak terbatas” (QS. Az Zumar [39] : 10). Syaikh Abdurrahman bin Nashir As Sa’di rahimahullah berkata di dalam kitab tafsirnya,“Ayat ini berlaku umum untuk semua jenis kesabaran. Sabar dalam menghadapi takdir Allah yang terasa menyakitkan, yaitu hamba tidak merasa marah karenanya. Sabar dari kemaksiatan kepada-Nya, yaitu dengan cara tidak berkubang
didalamnya. Bersabar dalam melaksanakan ketaatan kepada-Nya, sehingga diapun merasa lapang dalam melakukannya.
Allah menjanjikan kepada orang-orang yang sabar pahala untuk mereka yang tanpa hitungan, artinya tanpa batasan tertentu maupun angka tertentu ataupun ukuran tertentu. Dan hal itu tidaklah bisa diraih kecuali disebabkan karena begitu besarnya keutamaan sifat sabar dan agungnya kedudukan sabar di sisi Allah, dan menunjukkan pula bahwa Allahlah penolong segala urusan”23
Surga bagi orang yang sabar
Allah ta’ala berfirman yang artinya,“(yaitu) Syurga ‘Adn yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama dengan orang-orang yang saleh dari bapak-bapaknya, isteriisterinya dan anak cucunya, sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu;
(sambil mengucapkan) : “Salamun ‘alaikum bima shabartum” (Keselamatan atas kalian sebagai balasan atas kesabaran kalian). Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.” (QS. Ar Ra’d : 23-24).
Wa shallallahu ‘ala Nabiyyina Muhammadin wa ‘ala aalihi
wa shahbihi wa sallam.
Selesai disusun ulang, Kamis 8/1/1428
Abu Mushlih Al Jukjakarti
Semoga Allah mengampuninya
1 Apr
Oleh Nik Salida Nik Saleh
2010/04/01
Jangan cuba sekali-kali imbas perlakuan maksiat, sejarah buruk yang pernah dilakukan
INDIVIDU yang beriman kepada Allah dan Rasul sentiasa sabar menghadapi apa juga bentuk konflik sama ada rumah tangga, kerjaya mahupun apabila difitnah. Allah juga bertegas bahawa sifat sabar adalah perisai paling penting untuk setiap makhluk menghadapi ujian yang diberikan demi mengukur keimanan.
Sabar bermaksud hati yang teguh dan tidak melawan terhadap sesuatu dan lawannya ialah gelisah. Kerap kali kita diminta bersabar apabila ditimpa musibah, banyak kali pula kita yang meminta orang lain bersabar apabila mereka dilanda badai dalam kehidupan.
Menurut Dr Mohd Yusuf Al Qardhawi, sabar adalah sebesar-besar akhlak al-Quran. Menurut beliau kalimah sabar ini sering kali disebut di dalam kitab suci dan ia bukan saja merujuk kepada surah yang mengajar manusia mengenai iman malah juga surah yang menerangkan cara hidup mukmin.
Menurut Imam Al-Ghazali pula dalam kitabnya Ihya Ulum Ad-Din, ada 74 kalimah sabar dalam al-Quran. Walau berapa pun jumlahnya, sifat sabar tetap dianggap antara sifat mahmudah yang boleh mendorong seseorang menjadi insan yang bertakwa.
Dalam Surah An Nahl ayat 126-127 Allah berfirman yang bermaksud: “Dan jika kamu membalas kejahatan (mereka), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan sama seperti ditimpakan kepada kamu dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang yang sabar. Dan bersabarlah (Wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu) dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah, dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan.”
Banyak hadis Rasulullah SAW menceritakan kepada kita betapa ganjaran, kelebihan dan kebaikan yang Allah SWT anugerahkan kepada hambanya apabila sifat ini dapat ditakluki secara sempurna. Sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang menyatakan kebaikan sabar, mafhumnya: “Bersabar terhadap perkara yang dibenci itu terkandung di sana kebaikan yang banyak.”
Sememangnya sifat sabar dalam pelbagai situasi yang Allah SWT bekalkan kepada setiap hamba-Nya dan paling utama ialah sabar dalam melaksanakan ketaatan sewaktu beribadat kepada Allah SWT. Ia hendaklah disertai dengan sifat ikhlas dan usaha bersungguh-sungguh. Kadang-kala kita berasakan bahawa mudah untuk melakukan sesuatu ketaatan. Kita boleh menunaikan solat setiap hari, berpuasa pada bulan Ramadan, membayar zakat, menunaikan haji dan umrah, tetapi adakah semuanya itu dilakukan dengan ikhlas?
Jika tidak, maka belum tentu kita sanggup bersabar sekiranya wujud halangan untuk menunaikan ibadah berkenaan, seperti cuaca yang terlalu sejuk untuk mengambil wuduk, terlalu panas untuk berpuasa atau meninggalkan anak di tanah air untuk menunaikan rukun Islam yang kelima di tanah suci. Akhirnya, bila berada dalam keadaan sukar, kita melalaikan kewajipan.
Nabi SAW dan sahabat contohnya, mampu ke masjid Nabi walaupun mereka terpaksa menghadapi suasana sejuk serta panas namun mereka tetap tidak melepaskan peluang untuk merebut pahala solat tahajud dan qiamullail sehinggakan mereka rasa begitu sedih dan sunyi apabila waktu solat tahajud kian berakhir, sehingga ada di kalangan mereka menangis apabila waktu solat malam berakhir kerana takut tidak berkesempatan untuk beribadah keesokan harinya.
Kelazatan beribadat sudah sebati dalam jiwa mereka dan kesabaran dalam melaksanakan ibadat berada di kemuncak tertinggi di sisi Allah SWT. Seorang ahli tasawwuf yang terkenal iaitu Imam Zakaria Al-Ansori, yang sepanjang hidup beliau sentiasa beribadat, tidak mahu sembahyang dengan cara duduk walaupun umur beliau menjangkau ratusan tahun.
Sehinggakan ketika sembahyang badan beliau bergoyang ke sana ke mari namun beliau tetap tidak mahu duduk. Apabila ditanya, beliau mengatakan bahawa ingin terus berdiri kerana nikmat dan kelazatan qiyam ketika sembahyang itu adalah sesuatu yang sangat ternilai dan beliau sabar menghadapi kepayahan kerana nikmat yang mengatasi.
Sabar daripada melakukan perkara maksiat juga sukar kerana ia memerlukan usaha bersungguh-sungguh dan paksaan yang kuat untuk meninggalkannya. Al Imam Al Habib Ibnu Alwi Al Haddad dalam membicarakan masalah ini memberikan suatu peringatan dengan sekeras-kerasnya supaya jangan sekali-kali cuba untuk mengingati atau mengimbas kembali segala sejarah buruk dan segala perlakuan maksiat yang dilakukan dulu kerana dosa dan maksiat adalah sesuatu yang menyeronokkan dan boleh membuatkan kita rindu.
Jelas, perkara ini amat berbahaya kepada kita sekiranya tidak ada paksaan daripada kita untuk meninggalkan segala ingatan berkenaan. Orang yang sentiasa berada di bawah peliharaan Allah SWT tidak akan sekali-kali menyerah kalah terhadap ujian hidup yang bertimpa-timpa, malah mereka menganggap semua menjadi sebab untuk menjadikan diri mereka lebih baik daripada sebelumnya.
Justeru, orang yang sabar untuk menunaikan ibadat dan sabar meninggalkan maksiat adalah orang yang mempunyai akhlak luar biasa dan mereka inilah yang akhirnya sabar walau dihalang dan kuat walau ditentang.
Penulis ialah Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia, kini melanjutkan pengajian di United Kingdom
Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Menikmatikelazatanibadatdengansabar/Article
Recent Comments