Muslims In Volgograd

Kirovsky Islamic Centre – Make it a Reality

Archive for the ‘5. Blog’ Category

KIROVSKY PUZZLE CONTEST KEMBALI!!!

LINK TO PUZZLE PIECES:

PUZZLE 1:

http://www.jigsawplanet.com/?rc=play&pid=03551f7a5ff6

PUZZLE 2:

http://www.jigsawplanet.com/?rc=play&pid=1c898c68cfbf

1) Penyertaan terbuka kepada semua yang berminat.

2) Peserta dikehendaki melengkapkan 2 buah puzzle yang akan mula disiarkan pada 2 Mei 2011.

3) Penyertaan boleh dihantar pada bila-bila masa sehinggalah tepat pada 12 tgh malam 6 Mei 2011 kepada private message fb kirovsky dengan tajuk:

PUZZLE KIROVSKY MEI 2011.

4) Pemenang akan dikira berdasarkan penyertaan yang lengkap (2 buah puzzle) dgn masa yang terpantas. Masa akan dikira secara purata, maksudnya masa untuk melengkapkan 2 buah puzzle tersebut akan dicampur dan dibahagi 2 untuk mendapatkan puratanya. Jadi pastikan anda siapkan puzzle dgn pantas bagi kedua-dua buah puzzle! ;)

GOODLUCK!

CARA UNTUK MENGHANTAR PENYERTAAN:

1) Lengkapkan puzzle anda.

  • Kali ini, puzzle anda bukan sahaja terpisah, malahan anda dikehendaki memusing keping-keping puzzle untuk membentuk gambar yang sebenar. Untuk rotate kepingan puzzle, click left hand mouse, kemudian click right hand mouse button pada masa yang sama. Kepingan puzzle akan rotate sehinggalah anda mendapat orientation puzzle pieces yang diingini.
  • Untuk bermain, anda perlu install java plug-in. Andaikata java plug-in anda out of date, satu pop up akan kemukakan 2 choices, sama ada anda ?update? atau ?RUN THIS TIME?. Pilih pilihan yang kedua iaitu RUN THIS TIME, dan kalau masih tidak boleh access puzzle, anda mungkin boleh mencuba untuk download yang baru.

2) Pastikan masa anda untuk melengkapkan puzzle masih dipaparkan di skrin computer. Jika anda sudahpun menutupnya, anda dikehendaki untuk membuat puzzle itu semula kerana kami hanya akan menerima bukti gambar bersama completion time tersebut.

3) Sebagai bukti bahawa anda sudah pun melengkapkan gambar tersebut dan untuk membuktikan completion time anda, anda perlu membuat satu screen shot. Untuk membuat screen shot:

  1. Cari butang ?PRTSC SYSRQ? di atas keyboard anda.
  2. Tekan butang tersebut.
  3. Buka application PAINT dan di bawah menu EDIT, tekan PASTE.
  4. Satu screen shot akan kini berada di atas canvas paint anda. SAVE screenshot tersebut.
  5. Ketika menghantar penyertaan, UPLOAD gambar screenshot bersama.
  6. Siap! ^__^

JZKK =)

MARI BERSAMA-SAMA KITA JADIKAN KIROVSKY SATU REALITI!

  • 0 Comments
  • Filed under: 5. Blog
  • Demi Masa

    Melihat-lihat gambar semasa kecil, meningkat remaja, dan remaja membuatkan saya rasa rawan. Saya sentiasa berkata kepada diri saya sendiri, bahawa kalau diberi pilihan, saya akan pulang ke masa dahulu untuk mengubah diri.

    Memang, manusia dalam meneruskan kehidupan, ada kalanya dia melakukan perkara-perkara bodoh.

    Bila teringatkan perkara bodoh yang dia lakukan, dia akan terasa ingin kembali untuk pada waktu sebelum dia melakukan kebodohan.

    Namun, manusia tidak mempunyai semalam. Juga manusia belum tentu menghadiri esok. Dan manusia belum tentu meghabisi hari ini. Yang manusia ada hanyalah sekarang.

    Sekarang untuk dia hargai, dan membuat peningkatan diri.

    Ramai tidak menghargai

    Kita menjalani hidup sehari-hari tanpa gusar. Seakan-akan semalam itu boleh kita kutip kembali bila-bila masa. Seakan-akan juga esok itu 100% pastinya ada. Sepertinya kita amat yakin, hari ini kita mampu kita tamatkan dengan baik.

    Ramai tidak menghargai kehidupan, lantas mengisinya dengan perkara yang sia-sia.

    Saya tidak mengira sia-sia itu dengan apa yang manusia lihat sia-sia. Tetapi saya mengira sia-sia itu dengan apa yang Allah SWT katakan sebagai sia-sia.

    Katakanlah (wahai Muhammad): “Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan”. Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.” Ayat 103-105 Surah Al-Kahfi.

    Saya tidak peduli kalau kita lakukan sesuatu, dan manusia tidak menilainya, atau manusia tidak memberikan perhatian terhadapnya. Sebagai contoh – ikhlas, niat yang bersih, amalan qiam di malam hari, berapa helai bacaan Al-Quran kita, berapa zikir kita wiridkan, berapa rapatnya hubungan kita dengan Allah SWT.

    Sebab saya hanya peduli, apa yang Allah kira pada kita. Apa yang Allah nilai.

    Dan saya sentiasa yakin, apa-apa sahaja yang Allah katakan baik untuk kita lakukan, itu semestinya baik untuk hubungan kita dengan manusia sekeliling. Allah tidak pernah menyuruh kita melakukan sesuatu yang membawa mudarat pada diri dan juga orang ramai.

    Cuba fikirkan.

    Namun. Ramai yang tidak menghargai. Waktu-waktu diberikan, dihabiskan untuk memenuhi kehendak manusia semata-mata. Untuk memenuhi tuntutan mereka sahaja. Sebab itu, hendak dapat banyak A, atau mendapat pointer yang tinggi, atau mendapat laba yang besar, atau hendak menyenangkan hati manusia lain, manusia sanggup berbohong, menipu dan melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.

    Nanti Allah akan tanya

    Adakah saya rasa rugi dengan masa belakang saya, rasa ingin kembali, hanya kerana kenangan-kenangan yang berharga? Hanya kerana rasa rindu dengan suasana-suasana yang ada pada waktu-waktu dahulu?

    Itu bukan masalahnya. Yang membuatkan saya rasa rawan, terkilan, dan kadangkala terasa hati, adalah kerana apabila saya melihat waktu-waktu belakang saya, maka saya akan terfikir, bagaimana Allah SWT akan bertanya pada saya akan hari-hari yang telah saya lalui itu.

    Dan saya sudah tidak boleh memperbaikinya.

    Adakah sesiapa yang dapat kembali kepada semalam?

    Jadi bagaimana? Bagaimana kalau Allah tanya?

    Sesungguhnya (dengan keterangan-keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa datangnya), – iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya; dan orang yang kafir akan berkata (pada hari itu): “Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)”. Surah An-naba’ ayat 40.

    Sebab itu, sekarang adalah amat berharga

    Manusia tidak nampak, bahawa dia akan pulang kepada Yang Maha Berkuasa. Yang Maha Bijaksana. Yang Maha Memerhatikan. Yang Maha Mengetahui.

    Sebab itu, waktu sekarang, mereka salah gunakan dengan hidup untuk perkara lain. Kebanyakan perkara, atau kesemua perkara yang dilakukan, tidak dihubungkan dengan Allah SWT. Kerja, tidak dihubungkan dengan Allah. Studi, tidak dihubungkan dengan Allah. Canda, tidak dihubungkan dengan Allah. Makan minum, riadhah, kehidupan seharian, langsung tidak dihubungkan kepada Allah SWT. Sebab itu, perkara-perkara tidak syara’ menembus masuk dan menyerang kehidupan manusia dari segenap arah.

    Sedangkan, sekarang adalah berharga. Sebelum ia bertukar menjadi masa lalu, semalam, minggu lepas, bulan lepas, setahun lepas, 10 tahun lepas.

    Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” Surah Al-‘Asr ayat 1-3.

    Tidakkah manusia benar-benar faham, bahawa mereka hanya mempunyai sekarang?

    Sekaranglah masa memohon ampun, sekaranglah masa memperbaiki diri, sekaranglah masa mengubati hati, sekaranglah masanya untuk menggerakkan diri ke arah Yang Kekal Abadi.

    Kita hanya ada sekarang.

    Tidakkah manusia memerhatikan?

    Penutup: Nanti bila Allah berpaling…

    Allah SWT adalah Yang Maha Penyayang, Maha Pengasih, Maha Mencintai, Maha Pengampun. Tiada yang mampu menandingi kasih-sayang-Nya. Tiada siapa yang mampu menandingi cinta-Nya. Tiada yang mampu menyaingi keampunan-Nya.

    Tetapi akan wujud satu hari, di mana Allah SWT tidak lagi membuka kasih sayang-Nya, melainkan kepada mereka yang telah mendapat kasih sayang-Nya. Akan tiba satu hari di mana Allah menutup ampunan-Nya melainkan untuk mereka yang telah diampunkan-Nya. Akan sampai satu hari di mana Allah menutup cinta-Nya melainkan untuk mereka yang telah dicintai-Nya.

    Itulah dia Hari Akhirat.

    Allah akan murka semurka-murkanya pada mereka yang telah diberi peluang tetapi mensia-siakannya. Allah akan marah semarah-marahnya, pada mereka yang telah diberi peringatan tetapi tidak mengendahkannya.

    Hari itu Allah akan berpaling.

    Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta”. Lalu berkatalah orang yang berdosa: “Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu melihat?” Allah berfirman: “Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan”.” Surah Toha 124-126

    Dan kita hanya punya kehancuran. Ketika itu kita tidak punya lagi ‘sekarang’ atau ‘hari esok’. Yang kita hanya ada adalah apa-apa yang telah kita lepaskan.

    Tergantung di neraka. Di tengah-tengah kematian dan kehidupan.

    Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya, Dia lah orang yang akan menderita bakaran neraka yang amat besar (azab seksanya), Selain dari itu, ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang.” Surah Al’A’laa ayat 11-13.

    ~dipetik dari langit ilahi.com

  • 0 Comments
  • Filed under: 5. Blog
  • PERKEMBANGAN TERBARU MASJID KIROVSKY

    assalamualaikum wrt

    Perkembangan terkini Masjid Kirovsky

    alhamdulillah
    air, elektrik, gas hampir sempurna
    dalam minggu ini master akan datang untuk pasang gas

    untuk air dan elektrik perlukan sedikit lagi dana
    cuma kondisi kirovsky masih sama iaitu tiada karpet lagi
    tetapi alhamdulillah rohnya sentiasa hidup

    wallhualam

    p/s: sumber dari post biro kirovsky di facebook

  • 0 Comments
  • Filed under: 5. Blog
  • Bismillahirrahmirrahim..

    Assalamualaikum wrt muslimin dan muslimat sekalian,

    insyaAllah Aqsa Syarif, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia yang bermatlamat meningkatkan kesedaran umum tentang PALESTIN serta menjalankan beberapa usaha dalam membantu dan mengurangkan beban rakyat PALESTIN kini akan meluaskan layar bahteranya dengan mengadakan jelajah ke sekitar Eropah, dan RUSIA tidak terkecuali.Dengan diwakili oleh Pengerusinya, Ustaz Hasanuddin dan isteri, akan melawat ke beberapa buah bandar utama di Rusia.berikut merupakan jadual perjalanan Aqsa Syarif Le Tour d’Europe:

    MOSCOW 11 APRIL 2011

    NIZHNY NOVGOROD 12 APRIL 2011

    VOLGOGRAD 13 APRIL 2011

    PERANCIS 17 APRIL 2011

    OLOMOUC 19 APRIL 2011

    HRADEC KRALOVE 20 APRIL 2011

    PRAGUE 21 APRIL 2011

    POLAND 24-28 APRIL 2011

    untuk maklumat lebih lanjut, pautan adalah di sini http://aqsasyarifeuropetour.blogspot.com

    BERSAMAMU PALESTIN

    PALESTIN KITA PUNYA

  • 0 Comments
  • Filed under: 5. Blog
  • JAGALAH ALLAH, ALLAH AKAN MENJAGAMU

    Abu al-Abbas Abdullah bin Abbas, radiyallahu anhuma, berkata:

    Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah:

    Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu.
    Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah.
    Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu.
    Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu?perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu.
    Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran lembaran
    telah kering (dakwatnya).

    Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi.

    Dalam riwayat selain al-Tirmizi, hadis berbunyi:

    Peliharalah Allah, nescaya engkau akan dapatiNya di hadapan engkau.
    Kenalilah Allah ketika senang,nescaya Dia akan mengenalimu di ketika susah.
    Ketahuilah bahawa apa-apa yang (ditakdirkan) tidak menimpamu, ia tidak akan menimpamu.
    Dan apa-apa yang menimpamu bukannya ia tersilap menimpamu.
    Ketahuilah bahawa?kemenangan itu ada bersama kesabaran, terlepas dari kesempitan itu ada bersama kesusahan dan?bersama kesusahan itu ada kesenangan

    Perbincangan Hadis :

    1) Menjaga Hak Allah, Allah akan menjaga kamu:

    Subhanallah. Kalau kita laksanakan segala suruhan, meninggalkan semua larangan, Allah akan mnjaga kita dalam dua perkara:

    • Allah swt akan menjaga hambaNya di dunia ini. Allah ar-Rahman memberi kita kesihatan yg baik, keluarga yg disayangi, harta n etc
    • Allah swt akan melindungi deen(agama) dan iman hambanya dari perkara2 yg syubhah, khurafat, syirik dan sebagainya


    2) Pertolongan & bantuan Allah kepada Orang yang bertaqwa:

    Jaga hak Allah pada diri dan keluarganya – menepati Quran dan Sunnah. dalil bantuan/ Allah bersama (an-Nahl : 128),(at-Taubah : 40),(al-Mujadalah : 7 ).


    3) Meminta pertolongan hanya pada Allah:

    memohon pertolongan dalam melakukan ketaatan/ meninggalkan maksiat.

    bersabar atas takdir/ tetapkan pendirian pada hari bertemu Allah.


    4) Beriman kepada Qadho? dan Qadar :

    - dalil (at-Taubah : 51) (Aali Imran : 154).


    5) Mengingati Allah ketika senang, Allah akan mengingati kamu ketika susah .


    6) Kemenangan bersama kesabaran: (a-Baqarah : 249) (al-Anfal:66).


    7) Bersama Bala(karb) itu ada jalan keluar(farj) : (al-Baqarah:214).


    8 ) Bersama kepayahan ada kesenangan (al-Asr) .

    WALLAHUALAM..

  • 2 Comments
  • Filed under: 5. Blog
  • Sumbangan boleh diwakilkan kepada:

    Badan Penggerak Khas Tabung Kirovsky

    MOHAMAD AIZZAT B. MAT GHANI Account No (MAYBANK): 162218469566
    Email : musliminvolgograd@gmail.com Alamat di Malaysia : W2/494 JALAN MERANTI 17000 PASIR MAS KELANTAN No telefon : 0199079217 (MALAYSIA), +79377230158 (RUSSIA)


    *Pelajar Volgograd boleh menyampaikan sumbangan anda kepada ketua kumpulan, naqib dan naqibah masing-masing

    2nd Kirovsky Week – Kirovsky A Reality

    Recent Comments

    • , matpih, October 6, 2011 : alhamdulillah
    • , admin, June 2, 2011 : tafadahhal..insyaAllah demi kebaikan bersama
    • , Nur Muhd Ammar, June 2, 2011 : minta izin share post ini, insya’Allah demi kebaikan...
    • , Zubair Ahmed Allapur, April 27, 2011 : Alhamdulillah it was a fine experince going through, by...