Kirovsky Islamic Centre – Make it a Reality
29 Sep
assalamualaikum wbt.
pertama-tama sekali, sukalah saya untuk mengajak diri saya dan pembaca sekalian untuk memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran buat zat yang paling agung, Allah s.w.t atas segala nikmatNya yang langsung tidak terhitung dek kudrat kita sebagai manusia. Juga, selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, kerana atas berkat ketabahan Baginda, kita dapat merasa nikmat Islam.
pada 28 September 2011, beberapa wakil biro kirovsky telah mengunjungi Masjid Kirovsky bagi menyerahkan duit infak kepada Imam Rustam dan untuk melihat perkembangan pembinaan masjid.
alhamdulillah, boleh dikatakan secara kasar, pembinaan masjid boleh dikatakan 60% siap.antara perkembangan terbaru:
1) pemanas sudah dipasang,
2) saluran air sudah ada, cuma masih belum ada pemanas air.i’allah akan diusahakan sebelum musim sejuk.
3) tempat wuduk sedang dibina (lelaki di tingkat bawah, dan perempuan di tingkat atas). mengikut kata imam rustam, mereka akan cuba menyiapkanya terlebih dahulu berbanding bahagian lain untuk kemudahan jemaah.
4) tandas dan bilik air: lubang kumbahan dan batang paip sudah ada
5) ruang solat sudah boleh digunakan (atas dan bawah).
6) masjid menerima infak berbentuk barang: semua pintu masjid (kayu berkualiti), karpet solat
7) sekarang, Imam Rustam dah tinggal di masjid (menjaga masjid), jadi boleh dikatakan masjid dibuka 24 jam.
8 ) bahagian2 lain yang masih dalam pembinaan: ruang syura, dapur, kantin, dll.
9) perancangan terdekat (mengikut kata Imam Rustam):
a)akan diadakan kelas madrasah atau nursery,
b) majlis iftar setiap isnin dan khamis (sudah dijalankan)
c) majlis perayaan dalam islam ( aidil fitri dan aidil adha), bertujuan untuk mendedahkan kpd komuniti muslim sekeliling ttg perbezann perayaan dalam Islam dgn perayaan2 lain( tahun baru, vosmoe marta, dll).
i’allah setakat itu saja perkembangan pembinaan masjid setakat ini. pembinaan masjid bergantung sepenuhnya kepada sumbangan infak, kalau ada maka pembinaan diteruskan, kalau tiada maka terbengkalai sekejap. wallahualam.
5 Jul
assalamualaikum..setelah agak sekian lama tidak diupdate website ni..mohon jutaan maaf dari pihak kami..untuk makluman pembaca dan penderma sekalian, terdapat sedikit masalah dalam proses penyerahan sedekah kepada pihak masjid Kirovsky. Jika yang berada di Volgograd mungkin sudah sedia maklum mengenai kes pengeboman tempoh hari di Volgograd dan hal ini telah memberi kesan kepada kami. Serahan tidak dapat dilakukan secara terus kepada pihak masjid dan kami terpaksa berhubung sendiri dengan pihak pembina masjid tersebut. Jadi kami berpakat untuk berbincang sendiri dengan Imam Rustam (imam masjid Kirovsky) tentang pembinaan masjid tersebut. Apa yang diperlukan, berapa jumlah yang masih diperlukan. Dan pada masa sekarang, di masjid tersebut masih tiada sistem paip yang lengkap. Jemaah terpaksa keluar daripada masjid dan mengambil wuduk diluar masjid dan bagi muslimah agak susah sebab kawasan itu agak terbuka. Jadi sekarang pihak masjid ingin fokus kepada sistem perpaipan terlebih dahulu memandangkan bulan Ramdhan makin hampir, dan diharapkan paip susah sedia terpasang menjelang Ramadhan nanti untuk memudahkan jemaah yang hadir untuk bersolat,iftar, terawih dan sebagainya.
Jadi saya sendiri telah berjumpa dengan dealer paip itu sendiri, Iqbal. Dan dia telah buat summarize untuk jumlah keseluruhan dana yang diperlukan untuk memasang segala jenis paip di masjid tersebut. Dianggarkan sebanyak 300,000 ruble diperlukan untuk tujuan tersebut. Dan 30, 000ruble telah diserahkan kepada beliau daripada kutipan sedekah yang di ‘bank-in’kan dalam akaun saya. Diharapkan masih ada ramai penderma2 diluar sana yang bermurah hati untuk menabur benih pahala untuk agama Allah, rumah Allah.
Untuk makluman semua, sekarang kami dari Biro Kirovksy sedang menjalankan jualan T-shirt amal. Jadi kepada sesiapa yang berminat tidak kira di Volgograd mahupun di Malaysia, anda boleh membeli sambil menderma dan bergaya. Kepada sesiapa yang berminat anda boleh layari facebook Kirovksy Volgograd ..
**untuk zoom anda boleh tekan pada image
ini adalah antara baju-baju untuk jualan amal tersebut..salah satu cara kami mengumpul dana untuk kami salurkan kepada masjid kirovsky..jadi kepada sesiapa yang berminat jangan tunggu lama2 hubungi kami!
Harga
Muslimat : 500 ruble (tukaran kepada RM mengikut currency semasa)
Muslimin : 450 ruble (tukaran kepada RM mengikut currency semasa)
Mudahan2 Allah bersama kita semua~ameen
Disediakan oleh: Mohamad Aizzat Mat Ghani, Pengerusi Biro Kirovsky PPIM
6 Apr

Assalammualaikum wbt.
Alhamdullilah, selesai sudah satu lagi majlis anjuran UMNO Volgograd, yang berlangsung pada 27 Mac yang lalu. Malaysia Indoor and Recreational Carnival.. menarikkan bunyinya? memang menarik dan tertarik!! Semua game yang kita selalu main dekat Malaysia ada di sini, dari congkak hingga PES semua dianjurkan. Sejajar dengan majlis ini, pihak UMNO telah menawarkan peluang kepada kami untuk berniaga pada majlis MIRC tersebut. Kamsai Hamida kami ucapkan kepada pihak UMNO. INsyaalah Allah akan MEmbalas jasa kalian.
Pihak Kirovsky Volgograd telah membuka peluang kepada para pelajar Volgograd untuk menyertai jualan pada kali ini. 6 gerai telah dibuka pada hari MIRC. Antara menunya adalah Rojak Ayam, Nasi Paprik, Ayam Percik, Laksa Kelantan dan etc. Sambutan yang amat mengharukan dari warga Volgograd amatlah kami hargai. Sebanyak 40 % daripada keuntungan setiap gerai telah diberikan kepada pihak Kirosky dan PPIM Volgograd. Alhamdullilah dari jualan yang telah diadakan, kami telah berjaya mengumpul sebanyak 12193.20 Ruble. Insyaallah, kutipan ini akan disumbangkan kepada masjid Kirovsky. Terima kasih kepada semua yang terlibat dengan majlis ini, dan akhir sekali Allah swt berfirman dalam At-Tagabun, ayat 17. Mahfumnya:
“Jika kamu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya Dia melipatgandakan balasan untukmu dan mengampuni kamu. Dan Allah Maha Mensyukuri, Maha Penyantun.”
Waallahualam.
12 Mar
Sebanyak 14,400 rubles telah diserahkan. Jazakumullah khairan kathira.
Sumbangan boleh diwakilkan kepada:
Badan Penggerak Khas Tabung Kirovsky
MOHAMAD AIZZAT B. MAT GHANI
Account No: 162218469566 
Email : musliminvolgograd@gmail.com
Alamat di Malaysia : W2/494 JALAN MERANTI 17000 PASIR MAS KELANTAN
No telefon : 0199079217 (MALAYSIA), +79377230158 (RUSSIA)
*Pelajar Volgograd boleh menyampaikan sumbangan anda kepada ketua kumpulan, naqib dan naqibah masing-masing
25 Feb
Sebanyak 25 820 rubles telah diserahkan. Jazakumullah khairan kathira.
Sumbangan boleh diwakilkan kepada:
Badan Penggerak Khas Tabung Kirovsky
MOHAMAD AIZZAT B. MAT GHANI
Account No: 162218469566 
Email : musliminvolgograd@gmail.com
Alamat di Malaysia : W2/494 JALAN MERANTI 17000 PASIR MAS KELANTAN
No telefon : 0199079217 (MALAYSIA), +79377230158 (RUSSIA)
*Pelajar Volgograd boleh menyampaikan sumbangan anda kepada ketua kumpulan, naqib dan naqibah masing-masing
Recent Comments