Sumbangan Terkini (27/10/08-11/11/08)
November 13, 2008
Alhamdulillah dalam tempoh 27 Oktober hingga 11 November 2008 sebanyak RM 1,450 lagi telah di sumbangkan melalui maybank2u.com dan dimaklumkan ke email kami, musliminvolgograd@gmail.com.
Jazakumullah.
Gotong-royong Masjid
November 4, 2008
Pada 2 November 2008 yang lepas, satu gotong-royong membina dan menyusun bahan-bahan binaan masjid telah diadakan di tapak projek Pusat Islam Kirovsky. Gotong-royong ini dihadiri oleh ramai tua dan muda muslimin Volgograd. Mufti Volgograd, Hazrat Ilyas turut turun padang bergotong-royong. Sayangnya, pelajar-pelajar Malaysia tidak dapat hadir untuk sama-sama membanting tulang. InsyaAllah, gotong-royong ini akan diadakan lagi pada masa akan datang, dan diharapkan kehadiran pelajar-pelajar Malaysia dapat membantu dalam pembinaan ini di lain masa. Lagi gambar di pautan ini : Gotong-royong Masjid 2/11/2008
Jumlah Derma Terkumpul 31/10/2008
November 2, 2008
Alhamdulillah, sumbangan yang diterima melalui Laman MuslimsInVolgograd sehingga 30/10/2008 telah mencecah lebih kurang RM 22,587.
Diharapkan saudara-saudara terus menderma. Semoga usaha kalian diberkati, inyaAllah.
[gambar : Saudara Afham menyerahkan derma kepada mufti, hadrat Ilyas]
Derma Terkini
October 20, 2008
Alhamdulillah pada 20/10/2008 sebanyak 56 570 rubles telah diserahkan. Jazakumullah khairan kathira.
p/s:Kepada penderma-penderma yang memerlukan resit rasmi,sila hubungi kami.Sebar-sebarkan.
Walluhu a’lam.
Derma Terkini
October 2, 2008
Sukacita dimaklumkan bahawa jumlah derma kirovsky yang diserahkan pada 2 Oktober 2008 adalah sebanyak 62,110 rubles, segala kerjasama yang diberikan didahului dengan jazakumullahhu khairan kathira.





Recent Comments