Pandangan Qaradawi tentang boikot Israel

June 27, 2010

December 1, 2008

20 Muharram 1423 AH
4 April 2002

Soalan: Apakah kita dibenarkan membeli barangan dari sumber Israel, sedangkan wang yang kita guna dalam jual-beli itu akan digunakan untuk membantu “jentera peperangan” Yahudi?

Jawapan oleh Sheikh Yusuf Al-Qaradawi:

Membebaskan tanah milik Islam daripada mereka yang menakluk atau menyerangnya adalah merupakan satu Jihad. Jihad ini merupakan suatu yang wajib dan mulia; pertamanya ke atas warga negara berkenaan. Sekiranya warga negara tersebut tidak mampu untuk melawan, maka Muslim dari negara jiran wajib membantu. Sekiranya ini masih tidak mampu juga untuk melawan, maka semua Muslim di dunia ini mesti membantu.

Palestin adalah bumi kepada Kiblat pertama umat Islam, bumi Isra’ dan Mi’raj, bumi kepada Masjid al-Aqsa dan daerah yang dimuliakan ALlah. Penakluk bumi ini merupakan musuh besar kepada umat Islam, dan mereka didokong oleh negara yang terkuat ketika ini – Amerika, juga komuniti Yahudi dari seluruh dunia.

Jihad wajib dilancarkan kepada mereka yang merampas tanah dan menghalau pemiliknya, menumpahkan darah, mengkhianati kehormatan, memusnahkan rumah-rumah, membakar ladang-ladang, dan memusnahkan bumi berkenaan. Jihad merupakan kewajipan yang paling terdahulu dari kewajipan-kewajipan yang lain, merupakan tugas paling utama umat Islam. Muslim mesti melaksanakan jihad, pertamanya kepada pemilik tanah berkenaan, kemudian jiran-jirannya, dan akhirnya seluruh umat Islam. Kita mesti bersatu menentang penjajah. Kita bersatu di dalam Islam, termasuklah kesatuan dalam iman kepada Shari’ah, kesatuan kepada Qiblat, dan kesatuan dalam kesengsaraan dan harapan. Seperti yang difirmankan oleh ALlah: “Sungguh, inilah agama kamu, agama yang satu.” (Qur’an, 21:92).  Allah swt juga berfirman: “Sesungguhnya orang-orang yang mukmin itu bersaudara.” (Qur’an, 49:10).  Dalam satu riwayat Hadith RasuluLlah saw menyatakan: “Orang Islam bersaudara orang Islam, tiada boleh ia menganiayainya, dan tiada boleh membiarkannya (dalam kehinaannya,) dan tiada boleh mendustainya dan tiada boleh menghinakannya.” [Riwayat Muslim].

Hari ini kita melihat saudara dan anak-anak kita di Al-Aqsa dan Palestin mengorbankan darah mereka, menyerahkan jiwa mereka di jalan ALlah. Seluruh umat Islam mesti membantu mereka dengan apa jua kuasa yang mereka ada. (Lihat al-Quran, 8:72).

Sekiranya seseorang meminta bantuan kerana agamanya, kita mesti membantu. Jentera bantuan kepada mereka adalah melalui boikot secara menyeluruh terhadap barangan musuh. Setiap riyal, dirham… dan sebagainya yang digunakan untuk membeli barangan mereka akan akhirnya menjadi peluru-peluru untuk menembak jantung saudara-saudara dan anak-anak di Palestin. Oleh kerana itu, adalah wajib bagi kita untuk tidak membantu mereka (musuh Islam) dengan membeli barangan mereka. Membeli barangan mereka beerti menyokong tirani, penindasan dan kekejaman. Membeli barangan mereka akan menguatkan mereka; tangungjawab kita adalah untuk melemahkan mereka semampu kita. Kewajipan kita juga adalah untuk memberi kekuatan kepada saudara-saudara kita  yang berjuang di bumi barakah ini semaksima yang boleh. Jika kita tidak mampu memberi kekuatan kepada saudara kita, adalah menjadi tugas kita untuk melemahkan musuh. Sekiranya kelemahan musuh tidak tercapai kecuali dengan boikot, maka kita wajib memboikot mereka.

Barangan Amerika, sepertimana barangan “Israel” adalah haram. Adalah haram untuk mengiklankan barangan mereka. Hari ini, Amerika adalah Israel kedua. Mereka membantu sepenuhnya entiti Zionis. Israel tidak mampu merampas tanpa bantuan Amerika. Semua pemusnahan yang dilakukan “Israel” adalah dengan menggunakan duit Amerika, senjata Amerika, dan veto Amerika. Amerika telah berkurun-kurun melakukan semua ini tanpa menerima kesan hukuman atau protes terhadap tekanan dan kedudukan mereka yang mencurigakan daripada dunia Islam.

Kini tibalah masanya untuk umat Islam mengatakan “TIDAK” kepada Amerka, “TIDAK” kepada syarikat-syarikatnya, dan “TIDAK” kepada barangannya yang membanjiri pasaran kita. Kita makan, minum, pakai dan pandu apa sahaja hasil produk Amerika.

Kita semua mesti bersatu menentang penceroboh. Kita bersatu dalam Islam, termasuklah kesatuan iman kepada Sharia’ah, kesatuan kepada Qiblat, dan kesatuan dalam kesengsaraan dan harapan. Allah swt berfirman: Sungguh, inilah agama kamu, agama yang satu.” (Qur’an, 21:92).
 
‘Ali ra. pernah berkata: “Kamu ada tiga musuh; musuh kamu, kawan musuh kamu, dan musuh kawan kamu”. Amerika hari ini adalah lebih daripada kawan terhadap musuh kita; mereka sanggup mengorbankan diri mereka untuk Israel. Umat Islam seluruh dunia yang mencecah 1.3bilion, mampu memberi kesengsaraan kepada Amerika dan syarikat-syarikatnya dengan memboikot mereka. Ini adalah kewajipan agama kita, dan merupakan jalan ALlah. Setiap orang Islam yang membeli barangan “Israel” atau Amerika, bilamana terdapat pilihan barangan dari negara lain, adalah melakukan suatu yang haram. Mereka melakukan dosa secara jelas, merupakan satu jenayah kepada undang-undang ALlah, yang akan mengundang hukuman ALlah dan kebencian manusia.

Saudara-saudara kita di ”Israel” dan Amerika terpaksa berurusan dengan mereka dan membeli produk mereka. Allah tidak meminta sesuatu di luar kemampuan; hanya apa yang kita mampu.
 
Allah berfirman: “Maka bertaqwalah kamu kepada ALlah menurut kesanggupanmu” (Qur’an, 64:16).

RasuluLlah saw. pernah bersabda: “Sekiranya aku mengarahkan sesuatu, buatlah sebanyak yang kamu mampu.” Muslim di Amerika harus bekerja dengan syarikat-syarikat yang paling kurang permusuhan kepada Islam, paling kurang bersekutu dengan Zionis. Boikot syarikat-syarikat Zionist sebanyak yang mungkin.

Arab dan dunia Islam lain mesti memboikot semua syarikat-syarikat yang cenderung kepada Zionis dan menyokong Israel, tidak kira apa jua negara asal syarikat tersebut (contohnya Marks & Spencer,) dan mana-mana dari mereka yang menyokong Zionis membantu negara “Israel.” Boikot adalah merupakan senjata yang ampuh, telah digunakan di masa lalu dan kebelakangan ini. Ianya telah digunakan oleh jahiliah Mekah menentang Rasulullah saw. dan para sahabat. Ianya telah memudaratkan mereka; hinggakan mereka terpaksa memakan daun. Ia juga telah digunakan oleh para sahabat untuk melawan jahiliah di Madinah. Kebelakangan ini, kita dapat lihat negara-negara menggunakan boikot dalam perjuangan mereka memerdekakan diri dari penjajahan. Contoh yang terkenal adalah Gandhi yang telah mengarahkan masyarakat India memboikot barangan Inggeris, dan merupakan usaha yang berkesan. Boikot berada di tangan bangsa dan masyarakatnya. Kerajaan tidak dapat memaksa rakyat membeli barangan dari negara tertentu. Marilah kita menggunakan senjata ini untuk menentang musuh bangsa dan agama kita, supaya mereka sedar bahawa kita masih hidup, dan umat ini tidak akan lupus, InsyaALlah. Boikot akan membawa berbagai kesan; ianya mengajar semula umat Islam bagaimana untuk membebaskan diri mereka daripada perhambaan. Mereka menggalakkan kita untuk terikat kepada apa yang tidak berfaedah, malahan merosakkan kita. Boikot merupakan satu demonstrasi persaudaraan Islam and kesatuan Ummah. Adalah kewajipan kita untuk tidak mengkhianati saudara kita, yang berkorban setiap hari. Kita tidak akan memberi keuntungan kepada musuh kita. Boikot ini adalah merupakan tentangan kecil, yang akan membantu tentangan lebih besar yang dilakukan oleh saudara-saudara kita di bumi Anbiya’, dan menjadi kubu di perbatasan Jihad. Sekiranya setiap Yahudi di dunia ini menganggap dirinya sebagai seorang askar, mendokong Israel sedaya upaya, maka sudah tentu setiap orang Islam yang menggunakan jiwa dan hartanya adalah merupakan seorang askar yang memerdekakan Al-Aqsa. Usaha paling kecil seorang Muslim boleh lakukan adalah dengan memboikot barangan musuh. Allah berfirman: “Wahai orang yang beriman, kamu adalah pelindung antara kamu.” Sekiranya kita tidak melakukan ini, akan berlaku perpecahan dan kerosakan yang besar.

Ibu-ibu dan anak-anak perempuan kita, yang mengurus rumahtangga, mempunyai peranan yang mungkin lebih besar daripada peranan orang lelaki, kerana wanita mengawasi keperluan rumah, dan membeli apa yang diperlukan. Ibu-ibu boleh membimbing anak-anak. Dia menanam semangat Jihad dalam diri anak-anak, dan mendidik mereka apa yang perlu dilakukan demi Ummah, dan apa yang mereka perlu lakukan terhadap musuh Islam, terutama sekali berkenaan boikot. Apabila anak-anak faham perkara ini, mereka akan menjalankan boikot dengan penuh semangat, dan akhirnya akan mengepalai ibubapa mereka.

Sekiranya seorang pengguna membeli barangan Yahudi atau Amerika dikira melakukan satu dosa yang berat, sudah tentu pedagang yang membeli barangan tersebut  dan menjadi ejen mereka dikira melakukan dosa yang lebih berat. Malahan sekiranya syarikat tersebut beroperasi dengan menggunakan nama yang berlainan, mereka sedar bahawa mereka hanya memperdayakan orang. Umat Islam seluruh dunia kini perlu membuktikan kewujudan mereka, dan harus menunjukkan keinginan untuk mempertahankan kesucian. Umat Islam harus tahu siapa sahabat mereka, dan siapa musuh mereka. Umat Islam dilarang memberi ruang kepada kelemahan, dan kesedihan, dan menerima perdamaian yang zalim yang ingin dikenakan oleh Zionis.

Allah berfirman: “Maka janganlah kamu lemah dan mengajak damai, kerana kamulah yang lebih unggul, dan ALlah bersama kamu.” [Qur'an, 47:35].

Saya menyeru semua yang beriman kepada ALlah, Kristian dan lainnya, dan semua manusia yang bebas dan mulia di dunia ini untuk bersama kami, dan menyokong kebenaran berbanding kebathilan, dan keadilan berbanding penindasan. Bantulah untuk memenangkan mereka yang lemah, yang setiap hari dibunuh di jalan ALlah, mempertahankan tempat yang suci.

Saya juga memohon pekerja-pekerja Arab dan negara-negara Islam dari seluruh dunia supaya menyokong rakyat Palestin, dan menunjukkan kemaharan mereka dengan melawan penzalim yang sangat gagah ini, dengan mengganggu perniagaan mereka sebanyak yang mungkin. Akhirnya, saya meminta mereka yang bijak, bertimbang rasa dan berpengalaman di setiap negara supaya bersatu membina boikot, mewujudkan pilihan alternatif dan mengelak daripada apa-apa yang tidak baik, dan teruskan mendidik masyarakat, sehinggalah kebenaran menang dan kepalsuan terhapus. Yakinlah, ianya akan musnah.

“Katakan ‘bekerjalah,’ sesungguhnya Allah akan melihat usaha kamu dan RasulNya dan orang-orang yang beriman, kamu akan dikembalikan ke dunia yang tidak pernah kamu lihat dan kamu akan tahu apa yang kamu telah kerjakan.”

“Pandangan ini adalah berdasarkan kepada hujah-hujah daripada al-Quran dan Sunnah dan Ijma’ umat Islam.” WaLlahu ‘alam.

Sumber: http://haluanpalestin.haluan.org.my/?p=133

Talbis Iblis Terhadap Para Ulama’

June 26, 2010

Di antara manusia ada yang memiliki hasrat dan semangat yang tinggi, sehingga mereka bisa mendalami berbagai cabang ilmu syariat, berupa ilmu Al-Qur’an, hadits, fiqih dan sastra. Lalu Iblis mendatangi mereka dengan talbis-nya yang lembut, sambil membisikkan kesombongan kepada mereka, karena mereka bisa mendalami berbagai macam ilmu dan bisa mengulurkan manfaat kepada orang lain. Di antara mereka ada yang tidak pernah bosan menggali ilmu dan merasakan kenikmatan dalam penggalian ini, yang tentu saja karena bisikan Iblis. Iblis bertanya kepadanya, “Sampai kapan engkau merasa letih melakukan semua ini? Tenangkan badanmu dalam memikul beban ini dan lapangkan hatimu dalam menikmati ilmu. Karena jika engkau melakukan kesalahan, maka ilmu dapat membebaskan dirimu dari hukuman. ” Lalu Iblis membisikinya tentang kelebihan yang dimiliki para ulama. Jika seseorang terkecoh dan menerima bisikan serta talbis Iblis ini, maka dia akan celaka.
Jika setuju, maka dia dapat berkata, “Jawaban atas pernyataanmu dapat ditinjau dari tiga sisi:

l. Memang para ulama diutamakan karena ilmu. Namun andaikan tidak ada amal, maka ilmu itu tidak ada artinya apa-apa. Jika aku tidak mengamalkannya, berarti aku sama dengan orang yang tidak mengerti maksudnya, hingga keadaan diriku tak ubahnya orang yang mengumpulkan makanan dan memberikan makanan itu kepada orang-orang yang kelaparan, tapi dia sendiri tidak makan dan tidak mempergunakan makanan itu untuk menghilangkan rasa laparnya.

2. Dapat menyanggahnya dengan celaan yang ditujukan kepada orang yang tidak mengamalkan ilmu, seperti kisah Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam tentang seseorang yang dilemparkan ke dalam neraka, lalu ususnya terburai, seraya berkata, “Dulu aku menyuruh kepada yang ma’ruf namun aku justru tidak melaksanakannya, dan aku mencegah dari yang’ mungkar, namun justru aku melaksanakannya. ” (Diriwayatkan Al-Bukhary dan Muslim).

Abud-Darda’ Radhiyallahu Anhu berkata, “Celaka bagi orang yang tidak berilmu (sekali), dan kecelakaan bagi orang yang berilmu namun tidak beramal (tujuh kali). “

3. Menyebutkan hukuman bagi orang-orang yang berilmu, karena tidak mau mengamalkan ilmunya, seperti Iblis dan lain-lainnya. Celaan terhadap orang yang berilmu namun tidak beramal adalah dengan firman Allah,
“Seperti keledai yang membawa kitab-kitab yang tebal. ” (Al-Jumu’ah: 5).

Iblis memperdayai orang-orang yang mendalami ilmu dan juga beramal dari sisi lain. Iblis membaguskan di hadapan mereka sikap sombong karena ilmu, dengki terhadap saingan, riya’ dalam mencari kedudukan. Kadang-kadang Iblis menunjukkan kepada mereka, bahwa yang demikian itu termasuk hak yang wajib mereka lakukan. Jika tidak melakukannya, justru mereka melakukan suatu kesalahan.

Jalan keluar bagi siapa yang enggan melihat dosa takabur, dengki dan riya’, bahwa iimu tidak bisa menghalangi akibat dari hal-hal itu, bahkan hukumannya berlipat karena kelipatan hujjah hukuman itu. Siapa yang melihat sirah para ulama salaf yang juga aktif beramal, tentu akan memandang hina dirinya sendiri dan tidak berani takabur. Siapa yang mengetahui Allah, tentu tidak akan berbuat riya’, dan siapa yang memperhatikan takdir Allah yang ditetapkan menurut kehendak-Nya, maka dia tidak akan berani mendengki.

Iblis menyusup ke dalam diri mereka sambil membawa syubhat dengan cara yang pintar, seraya berkata, “Yang kalian cari adalah ketinggian kedudukan dan bukan takabur, karena kalian adalah para pembawa syariat. Yang kalian cari adalah kemuliaan agama dan memberantas ahli bid’ah. Jika kalian membicarakan orang-orang yang dengki, akan menimbulkan kemarahan terhadap syariat. Sebab para pendengki itu suka mencela siapa pun yang menghadapi mereka. Jadi apa yang kalian kira sebagai riya’, sama sekali bukan riya’. Sebab siapa pun di antara kalian akan menjadi panutan, sekalipun dia hanya berpura-pura khusyu’ dan pura-pura menangis, sebagaimana dokter yang menjadi panutan orang yang sakit.”

Talbis Iblis ini baru terungkap, jika ada seseorang di antara mereka yang bersikap sombong kepada yang lain atau menampakkan kedengkian kepadanya, maka ulama itu tidak marah kepadanya seperti kemarahannya jika kesombongan atau kedengkian itu tertuju kepada dirinya, sekalipun mereka semua termasuk dalam jajaran ulama.

Iblis juga memperdayai orang-orang yang menekuni ilmu, sehingga mereka senantiasa berjaga pada malam hari dan tekun pada siang hari dalam menyusun kitab. Iblis membisikkan kepada mereka bahwa maksud perbuatan ini ialah menyebarkan agama. Padahal maksud mereka yang sesungguhnya adalah agar namanya terkenal dan statusnya sebagai penulis menjadi tenar. Talbis Iblis ini tersingkap, tatkala orang-orang memanfaatkan karangannya dan membacanya, sementara karangan orang lain tidak dibaca, maka dia merasa senang, sekalipun memang tujuannya untuk menyebarkan ilmu. Di antara orang salaf ada yang berkata, “Apa pun ilmu yang kumiliki, lalu ada yang memanfaatkannya, sekalipun tanpa menisbatkannya kepada diriku, maka aku merasa senang. “

Di antaranya ada yang merasa senang karena banyak pengikutnya. Iblis menciptakan talbis, bahwa kesenangan ini karena banyaknya orang yang mencari ilmu. Padahal dia senang karena banyak yang menyebut nama dirinya. Dia merasa ujub karena perkataan dan i1mu mereka yang ditimba darinya. Talbis Iblis ini tersingkap, ketika ada di antara mereka yang memisahkan diri darinya lalu bergabung dengan ulama lain yang lebih tenar darinya, maka dia merasa berat hati. Yang demikian ini bukan merupakan sifat orang-orang yang tulus dalam mengajarkan ilmu. Perumpamaan orang yang tulus dalam mengajar ialah seperti para dokter yang mengobati beberapa pasien karena Allah. Jika sebagian pasien itu ada yang sembuh, maka yang lain merasa senang.

Ada para ulama yang selamat dari talbis Iblis yang nyata. Tapi Iblis tetap mendatangi mereka dengan talbis-nya yang tersembunyi, seraya berkata kepadanya, “Aku tidak pernah bertemu seseorang seperti dirimu.” Jika ulama itu senang dengan ucapan semacam ini, maka dia telah melakukan kesalahan karena ujub. Jika tidak, berarti dia telah selamat.

As-Sary As-Sagathy berkata, “Andaikan seseorang memasuki sebuah kebun yang di dalamnya ada semua pepohonan yang diciptakan Allah, ada semua burung yang diciptakan Allah, lalu makhluk-makhluk itu berkata kepadanya dengan bahasanya masing-masing, “Wahai wali Allah’, lalu dia merasa senang mendengarnya, maka dia menjadi tawanan di tangan makhluk-makhluk itu. “

Dikutip dari Talbis Iblis karya Ibnul Jauzy, Edisi terjemahan “Perangkan Syetan” Penerbit Pustaka Al-Kautsar.

Kontributor Puji Hartono dari http://perpustakaan-islam.com pada 21 Oktober 2005

http://fitrahfitri.wordpress.com/2009/04/30/talbis-iblis-terhadap-para-ulama/

Pendidikan akhlak penting bagi melahir generasi berkualiti

June 24, 2010

Oleh Prof Madya Dr Engku Zaki Engku Alwi

2010/06/24

PEMBABITAN remaja dengan masalah yang merunsingkan kebelakangan ini tidak boleh dipandang ringan dan usaha keras perlu dilakukan bagi mengelak golongan itu terus melakukan kesilapan demi kesilapan.

Remaja adalah generasi yang serius, kritikal, lambang kepada kekuatan, kecergasan, kecerdasan akal dan kemantapan fizikal serta spiritual. Semua sifat dan kriteria remaja itu dijelaskan Allah dalam al-Quran.

Firman-Nya yang bermaksud: “Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah (bayi dan kanak-kanak), selepas berkeadaan lemah itu Dia menjadikan kamu kuat (remaja dan belia). Selepas itu Dia menjadikan kamu lemah pula (tua) serta tua beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya dan Dialah juga yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.” (Surah al-Rum, ayat 54)

Zaman remaja juga penuh dengan pelbagai godaan dan cabaran yang menguji kewarasan berfikir serta kematangan bertindak. Paling penting sekali, zaman remaja saat mula belajar mengenal erti dan matlamat hidup yang sebenarnya.

Pada saat inilah mereka mula menerima tanggungjawab melaksanakan kewajipan diperintahkan Allah kepada mereka. Mereka bertanggungjawab sepenuhnya terhadap segala perbuatan sama ada dosa atau pahala sesuai dengan amalan yang dilakukan.

Dari perspektif Islam, zaman remaja adalah zaman menuntut pengisian terbaik supaya mereka lahir sebagai generasi berkualiti dan bermanfaat kepada agama, bangsa serta negara, bukan menjadi generasi yang rosak binasa serta menimbulkan masalah.

Oleh itu, Islam menitikberatkan pendidikan muda-mudi supaya mereka muncul sebagai generasi terbaik yang taatkan Allah dan Rasul-Nya serta berkhidmat untuk Islam.
Pengisian yang baik sewaktu zaman remaja juga melayakkan seseorang Mukmin mendapat perlindungan Allah semasa perhimpunan di Padang Mahsyar pada hari akhirat nanti. Pendek kata, zaman remaja adalah kesempatan keemasan yang hanya datang sekali sepanjang hayat manusia.

Kajian menunjukkan pengisian yang salah ketika remaja, kecetekan ilmu agama, kekurangan perhatian ibu bapa dan pengaruh budaya luar yang mendominasi kehidupan masa kini antara punca masalah muda-mudi dalam masyarakat Malaysia.

Faktor itu menyebabkan muda- mudi kekosongan jiwa yang akhirnya mendorong mereka mencari keseronokan di luar seperti melepak, berpeleseran di stesen bas dan kompleks membeli-belah, bergaul bebas dengan pasangan, melakukan perbuatan bertentangan budaya dan nilai Islam.

Islam dari awal sudah menggariskan corak pendidikan yang sesuai kepada muda mudi supaya lahir sebagai generasi berkualiti. Islam mengajar remaja supaya memiliki pendirian hidup yang jelas, menghiaskan diri dengan identiti dan sahsiah Islam.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu suka menjadi pak turut yang bersikap, “Aku bersama-sama orang ramai, kalau mereka baik maka baiklah aku dan kalau mereka tak baik, aku pun tak baik.” Sebaliknya hendaklah kamu cekalkan diri kamu dengan bersikap, “Jika orang ramai baik, aku akan menurut jejak langkah mereka dan jika mereka berlaku tak baik, aku akan menjauhi kejahatan mereka.” (Hadis riwayat Tirmizi)

Pendidikan akhlak penting membentuk peribadi dan sahsiah muda-mudi supaya dapat membezakan akhlak terpuji dan akhlak yang keji. Pada masa sama, remaja juga perlu dibimbing menguruskan masa dengan baik.

Rasulullah SAW memberi panduan menguruskan masa dalam sabda yang bermaksud: “Seorang Muslim mestilah membahagikan masanya selama hayatnya untuk empat perkara, iaitu masa bermunajat kepada Allah, masa melakukan muhasabah dirinya sendiri, masa berfikir kejadian Allah, masa untuk tujuan kehidupan seharian seperti makan minum, bekerja mencari rezeki halal,” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Selain itu, kekuatan dan ketrampilan adalah lambang generasi remaja berkualiti. Islam inginkan umatnya terutama remaja memiliki kekuatan dan ketrampilan yang menjadi prasyarat ke arah kejayaan cemerlang.

Kekuatan dikehendaki Islam bukan hanya kekuatan fizikal, termasuk kekuatan akal dan rohani yang menjadi benteng kukuh mendepani cabaran mendatang. Ibu bapa, kerajaan serta masyarakat berperanan membangunkan remaja sebagai generasi yang berkualiti.

Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pendidikanakhlakpentingbagimelahirgenerasiberkualiti/Article

Isu Palestin buka ruang satukan umat Islam sedunia

June 9, 2010

Oleh Hasliza Hassan
2010/06/09

Tindakan biadab rejim Yahudi rampas kapal bantuan ke Gaza bakar semangat jihad

ISU Palestin yang tidak selesai hingga hari ini adalah isu besar dan umat Islam yang ingin membantu perlu memberi pertolongan berterusan, lebih penting lagi ialah pertolongan jujur, bukan sekadar retorik politik saja. Mufti Masjidilharam, Makkah, Sheikh Dr Sulaiman Al-Saloomi, berkata perkembangan terkini berlaku di Gaza membuktikan umat Islam masih hidup, bergerak dan ada penentangan iaitu semangat jihad di kalangan mereka.

Katanya, walaupun hasrat menyampaikan bantuan kepada penduduk di Palestin tidak kesampaian, insiden yang mendapat perhatian dunia itu menunjukkan isu Palestin bukan permasalahan rakyat Palestin atau orang Arab, sebaliknya permasalahan umat Islam sejagat.

“Insiden rampasan kapal dan pembunuhan sukarelawan antarabangsa membawa bantuan ke Gaza baru-baru ini adalah qada dan qadar Allah yang ada hikmahnya kerana kejadian itu berjaya menyatukan umat Islam seluruh dunia.

“Jika dulu ada sesetengah pihak, malah kalangan rakyat Palestin sendiri merasakan ini masalah rakyat Palestin atau orang Arab saja tetapi kini semua mengakui masalah Palestin adalah masalah umat Islam sejagat,” katanya pada pertemuan eksklusif dengan Berita Harian, baru-baru ini.

Beliau berkata, pengalaman menakutkan dilalui sukarelawan dan aktivis yang mengikuti misi penghantaran bantuan melalui jalan laut itu berjaya memecahkan penguasaan Yahudi terhadap media massa selama ini.
Katanya, sekurang-kurangnya peristiwa rampasan kapal Mavi Marmara dan Rachel Corrie membuka peluang dunia mendapat liputan berita sebenarnya, bukan lagi laporan media yang dikawal Yahudi.

Dr Sulaiman berkata, penguasaan Yahudi terhadap media massa terutama media barat seperti Amerika Syarikat sejak sekian lama menyebabkan dunia Islam mendapat gambaran salah mengenai apa sebenarnya berlaku.

Akibatnya, dunia menyangka dalam isu antara Israel dan Palestin, yang dikepung dan teraniaya adalah orang Israel. Peperangan berlaku tahun lalu dan terbaru, tindakan Israel menghalang kapal membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza membuka pemikiran umat Islam.

“Media massa memainkan peranan penting menyelewengkan kebenaran menyebabkan umat Islam tidak mengambil tindakan. Perkembangan terkini di Gaza adalah peringkat pertama memecahkan dominasi Israel itu.

“Perpecahan di kalangan rakyat Palestin juga menyebabkan timbul pemikiran bahawa ini masalah orang Arab tetapi apabila dua puak di Palestin dan umat Islam bersatu, ia mengangkat perkara ini jadi besar,” katanya.

Ditanya bagaimana Israel boleh terlepas daripada tindakan kejam dilakukan selama ini, beliau berkata, Israel membuat perancangan lebih 100 tahun menguasai mereka berada di posisi membuat keputusan.

Apabila menguasai peringkat pembuat keputusan dari negara besar, Israel berjaya mengelak dikenakan hukuman dan ini jelas daripada apa yang berlaku sekarang.

Menyentuh janji Allah bahawa Islam akan kuat, dan apakah yang berlaku di Gaza kini sebagai titik permulaan, Dr Sulaiman berkata, umat Islam perlu yakin Allah tidak akan memungkiri janji.

Beliau turut mengingatkan lafaz Allah yang bermaksud, jika kamu membantu Allah, Allah akan bantu kamu. Bagaimanapun katanya, tempoh cepat atau lama itu terpulang kepada Allah kerana ia termasuk dalam perkara ghaib.

Namun, tanda kemenangan sudah kelihatan dan untuk terus berada di landasan yang betul ini, umat Islam perlu mengambil tiga langkah iaitu, pertama hendaklah jujur menghadapi permasalahan ini.

Kedua, menghapuskan perbezaan pandangan yang membawa kepada perpecahan yang hanya akan melemahkan umat Islam. Ketiga, keluar daripada lingkungan yang dicipta musuh sebaliknya teguh dengan pendirian berdasarkan pandangan Islam.

“Umat Islam perlu ada pandangan tersendiri, tidak cenderung kepada barat atau timur. Ada pandangan dari Malaysia oleh Tun Mahathir (Mohamad) dalam bidang politik, sosial dan ekonomi yang keluar daripada pandangan biasa barat dan bersifat Islam. Ini bagus,” katanya.

Menghurai lanjut mengenai isu perpecahan di kalangan umat Islam, Dr Sulaiman yang juga Pengerusi Yayasan Dakwah dan Bimbingan Agama terbesar di Makkah berkata, perbezaan pandangan adalah sifat manusia dijadikan Allah.

Sebenarnya, perbezaan pandangan itu adalah cubaan Allah bagi menguji manusia yang berpecah akibat berbeza pendapat untuk kembali bersatu dan caranya perlu difikirkan pihak berkenaan.

Tetapi mengaitkan apa yang berlaku di Malaysia di mana perbezaan pandangan menyebabkan timbulnya perbalahan, beliau menekankan, perkara itu tidak sepatutnya terjadi kepada umat Islam di negara ini.

Katanya, sahabat Nabi Muhammad turut berbeza pandangan dalam perkara cabang tetapi mereka tetap menghormati semangat satu sama lain yang inginkan kebenaran seperti terjadi antara Saidina Ali dan Muawiyah.

Oleh itu, dalam perbezaan pandangan yang tidak membabitkan perkara usul, mesti ada dalam kurungan (adab untuk berbeza pandangan), supaya masing-masing boleh menghormati pandangan satu sama lain.

“Begitu juga dalam fahaman politik, walaupun berbeza fahaman, tidak mustahil untuk umat Islam bersatu dengan syarat dua-dua kembali kepada al-Quran dan sunnah. Yang penting niat perlu jujur dan ada kesungguhan untuk bersatu. Barulah terjadi penyatuan umat Islam,” katanya.

Beralih kepada isu pihak yang menggunakan agama untuk kepentingan politik atau mendapat sokongan peribadi, Dr Sulaiman berkata, tidak ada ubat untuk penyakit ini kecuali takut dan bertakwa kepada Allah.

“Hendaklah seseorang itu rasa ada malaikat yang mengawal dan Allah sentiasa melihat. Itulah ubatnya kerana apabila manusia dapat rasakan Allah tahu apa dia buat, cakap, malah niatkan dalam hati, manusia tidak akan menyalahgunakan agama,” katanya.

Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/IsuPalestinbukaruangsatukanumatIslamsedunia/Article

Tangani kelemahan untuk jana kekuatan ummah

June 8, 2010

Oleh Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

2010/06/08

Umat Islam perlu kuasai ekonomi, ibadah dan sosial bagi bentuk integriti Muslim unggulISU kelemahan umat Islam adalah antara isu hangat diperdebat dan dibahaskan dewasa ini di kalangan umat Islam. Pengertian kelemahan yang melanda umat Islam kini meliputi kemunduran, ketinggalan dalam pelbagai lapangan hidup, kemiskinan, kedaifan, perpecahan, pertelagahan sesama sendiri dan pelbagai kemelut serta krisis yang menghimpit umat Islam kini.

 

Keadaan yang berlaku amat jauh bezanya dengan jaminan Allah Taala kepada umat Islam sebagai umat terbaik dan menjadi contoh kepada ummah sejagat dalam pelbagai aspek kehidupan. Justeru, di mana silapnya dan siapa yang bersalah dalam hal ini sehingga umat Islam terpaksa menelan kepahitan hidup dan bergelumang dengan pelbagai kemelut yang memilukan.

Sehubungan itu, sabda Rasulullah yang bermaksud: Apabila umatku sudah mengagung-agungkan kehidupan dunia (dengan menjadikan kekayaan harta benda, kekuasaan dan pangkat kedudukan sebagai matlamat kehidupannya), maka akan dicabut keagungan dan kemuliaan ajaran Islam. Dan apabila umatku sudah meninggalkan kegiatan amar makruf nahi mungkar, maka umatku akan terhalang memperoleh keberkatan dari Allah SWT. (Hadis riwayat Tirmizi)

Untuk menjawab persoalan ini, maka sudah tiba masanya umat Islam bermuhasabah diri dan merencana perancangan sistematik bagi menjana kembali kekuatan. Sekurang-kurangnya di sana, ada tiga jenis kekuatan yang perlu diberi perhatian dan dijana umat Islam sekiranya mereka ingin membebaskan diri daripada belenggu kemunduran serta cengkaman krisis yang melanda.

Pertama, kekuatan akidah dan ibadah dengan cara membangun dan mengimarahkan masjid. Masjid pada zaman Rasulullah SAW bukan saja dibina pembangunan fizikalnya yang bersih, suci dan menyejukkan mata memandang, malah ditekankan juga pembangunan rohani orang yang memakmurkan masjid.

Justeru, masjid berfungsi sebagai pusat pembangunan umat Islam yang memiliki kekuatan akidah, ibadah, akhlak, berjemaah, berukhuwah dan sedia berkorban demi menegakkan nilai kejujuran, kebenaran dan keadilan di luar masjid dan kehidupan masyarakat.

Ini bertepatan dengan firman Allah bermaksud: Sesungguhnya masjid (Quba yang engkau bina wahai Muhammad), yang didirikan di atas dasar takwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau solat padanya. Di dalam masjid itu ada orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (menyucikan) dirinya; dan Allah mengasihi orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin). (Surah al-Taubah, ayat 108).
Pada zaman Rasulullah SAW, masjid berperanan sebagai kekuatan yang mengikat hubungan manusia dengan Allah SWT dan juga sesama manusia. Masjid juga menjadi tempat yang sangat dicintai dan dirindui kehadirannya oleh masyarakat pada masa itu. Suasana seumpama inilah perlu diwujudkan dalam konteks zaman semasa ini.

Kedua, kekuatan ekonomi iaitu melahirkan generasi usahawan Muslim yang berupaya mengeluar dan membekalkan keperluan makanan halal sendiri. Apabila hal ini menjadi kenyataan, umat Islam tidak perlu lagi menjadi pengguna makanan halal yang diusahakan oleh orang bukan Islam. Berdasarkan perkembangan pesat mutakhir ini, umat Islam sewajarnya berlumba-lumba mengambil kesempatan mengeluarkan produk makanan halal sendiri seperti yang dituntut oleh Islam.

Ini bukan saja meningkatkan produktiviti dan mengukuhkan kedudukan ekonomi, malah ia akan mengembalikan kegemilangan serta kejayaan umat Islam dalam pelbagai aspek kehidupan sejagat. Untuk mencapai matlamat ini, umat Islam perlu berusaha dan mengorak langkah menjadi pengeluar dan pembekal utama makanan halal dunia di samping memiliki integriti keperibadian Muslim yang unggul berdasarkan nilai Islam.

Ini kerana kekuatan ekonomi tidak dapat dipisahkan daripada kemajuan dan tamadun sesebuah negara. Islam amat menggalakkan umatnya supaya menerokai dan menguasai sumber kekayaan sedia ada bagi membangunkan ekonomi mereka. Islam pada dasarnya tidak melarang umatnya menjadi kaya, tetapi Islam melarang seseorang itu memperoleh harta terbabit dengan menghalalkan segala cara seperti berjudi, merompak, merampas dan sebagainya.

Oleh kerana itu, sudah sampai masanya umat Islam berusaha sedaya upaya membina kekuatan ekonomi dengan cara memperbanyakkan institusi perbankan Islam, melestarikan institusi wakaf dan baitulmal demi maslahah umat Islam di samping berusaha menjadi pusat pengeluar produk halal sedunia.

Dalam hal ini, Allah SWT amat memuji orang yang hatinya terpaut pada masjid, tetapi sangat tekun dan bersungguh-sungguh dalam melakukan kegiatan ekonominya. Allah SWT berfirman maksudnya: (Ibadat itu dikerjakan oleh) orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau jual beli daripada menyebut serta mengingati Allah, mendirikan solat, memberi zakat dan mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan. (Surah al-Nur, ayat 37).

Ketiga, kekuatan sosial yang dipamerkan melalui proses persaudaraan Islam antara sahabat Muhajirin yang berhijrah bersama Rasulullah SAW dengan penuh ikhlas dan reda meninggalkan tanah air, keluarga dan harta benda demi mempertahankan akidah dengan sahabat Ansar yang memiliki kesediaan tinggi untuk membuat pengorbanan jiwa dan raganya demi kepentingan sahabat Muhajirin.

Oleh itu, kewajipan utama umat Islam sekarang ini ialah membina persaudaraan dianjurkan Islam atas dasar takwa, saling menghormati, menghargai dan bersaing secara sihat demi keredaan Allah.

Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tanganikelemahanuntukjanakekuatanummah/Article

Next Page »