Kirovsky Islamic Centre – Make it a Reality
7 Jun
” Kenapa mesti belajar bersungguh-sungguh? ”
” Kerana Kita orang Islam! ”
” Quran cakap begitukah? ”
” Ya! ”
Manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya. Dan usahanya itu akan diperlihatkan kepadanya kelak. Kemudian, akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna An Najm 53 : 39-41
” Al- hadith pula bagaimana? ”
Orang mu’min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada orang mu’min yang lemah (Namun keduanya itupun sama memperoleh kebaikan) Berlumba-lumbalah untuk memperoleh apa saja yang memberikan kemanfaatan padamu dan mohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah merasa lemah. Jikalau engkau terkena sesuatu mushibah, maka janganlah engkau berkata: “Andaikata saya mengerjakan begini, tentu akan menjadi begini dan begitu.” Tetapi berkatalah: “Ini adalah takdir Allah dan apa saja yang dikehendaki olehNya tentu Dia melaksanakannya,” sebab sesungguhnya ucapan “andaikata” itu membuka pintu godaan syaitan (Riwayat Muslim)
” Tapi.. bukan ke Qada dan Qadar Allah dah tentukan? Kira nanti aku study sungguh-sungguh pun.. kalau dah memang aku takde luck still aku tak leh perform! ”
” Iyelah, betul tue memang betul. Tapi, as a matter of fact kita memang tidak pernah tahu apa yang Allah dah tetapkan untuk kita kan? Maka, berusahalah bersungguh-sungguh! ”
” Erm, betul gak.. ”
” Husnu Zhon dengan Allah, jangan lupa k! ”
p/s : GOOD LUCK TO ALL VOLGORIANS. Semoga memperoleh yang terbaik dalam peperiksaan kali ini.
” Erm, jap! Cop Cop!!! Camne kalau aku tak dapat apa yang aku harapkan? ”
” Hehe, tak mengapalah. Yang paling penting, kau dah dapat something yang lebih berharga – PAHALA atas usaha keras kau tue ”
” Apakah manusia akan mendapat segala yang dicita-citakannya? ”
” Tidak! Maka, milik Allahlah kehidupan di dunia dan akhirat.. ” An Najm 53:24-25
4 Jun
” Mahu menjadikan institusi usrah di Volgograd semakin mantap ” -Saudara Afiq Fikri bin Azmi, 3rd year student.
Saya baru lepas membelek-belek kembali sebuah booklet lama bertajuk “Panduan untuk Mengundi” keluaran SPR (Suruhanjaya Khas Pilihanraya) sempena Pilihanraya Kecil-kecilan di bandar Volgograd untuk Kelab UMNO di sini @KUV bagi sesi 2007/2009.
Terdetik di hati saya, Alhamdulillah, syukur ke hadratNya kerana dalam kesibukan kita mengejar kejayaan dalam dunia perubatan, masih ada jiwa-jiwa yang suci berkehendakkan Islam dan paling penting, mahu melihat syariat itu tertegak di tengah-tengah komuniti ini (yang rata-ratanya masih Atheis atau menganut ajaran Kristian Orthodoks)
Menjadi persoalan di sini – Apakah natijah sebenar (hasil) yang menjadi AIM kepada titik tolak usaha dakwah* kita?
*saya kecilkan skop kepada usaha kecil-kecilan individu seperti berusrah, beri tazkirah kepada member atau usaha besar-besaran pelbagai persatuan kita di sini seperti MSA, UMNO, SPR dan PPIM.
Apakah yang menjadi ukuran sebenar kita dalam menentukan efektif atau tidak usaha kita?
1. Adakah apabila hasil harakah (anak buah) kita diundang menjadi penceramah dalam occasion tertentu?
2. Mungkinkah dia semakin hebat menulis artikel@blog penuh idea bernas atau mungkin provakatif?
3. Berjayanya mereka menduduki tempat teratas dalam sebarang pilihanraya yang diadakan atau dengan kata lainnya menjadi seorang yang berpengaruh di kalangan kita?
bla..bla
Itulah ukuran manusiawi, bukan tarbawi semestinya.
Pelbagai telahan dan kayu ukur boleh kita kemukakan, namun hakikatnya kejayaan sebenar sebuah usaha dakwah Islamiyyah bukan begitu.
Natijah daripada sebuah tarbiah Islamiah ialah untuk melahirkan seorang muslim yang sebenar yang berjaya di sisi Allah dalam hidupnya di dunia dan juga akhirat.
Ia proses mujahadah diri dan peningkatan dalam meninggalkan sifat-sifat mazmumah dan menghayati sifat-sifat mahmudah.
Kita mesti mahu sehingga mereka sampai kepada maqam takwa!
Ketahuilah, meskipun mereka memegang jawatan tinggi dalam persatuan, dipandang sebagai orang yang hebat lagi mantap, popular di kalangan kita etc itu bukan ultimate goal kita, BUKAN!
Oleh itu kita tidak mahu dan tidak boleh ukur kejayaan tarbiah Islamiah ini dengan ukuran tertentu.
Namun tidak dinafikan, kita tetap menerima pelbagai bentuk natijah yang kita anggap sebagai kejayaan sesuai dengan kondisi, kebolehan dan kemampuan anak buah.
Perlu kita faham -
“Seseorang itu kita anggap berjaya jika ia mencapai maqam takwa walaupun ia seorang tidak popular dan cuma mampu buat kerja yang tidak glamor pada pandangan manusia kini”
Ini cuma telahan seorang penulis ‘kodi’. Terpulanglah. Yang penting, usaha kita perlu berpanjangan.
Ayuh! Terus bekerja. Anda pula bagaimana?
“Katakanlah sekiranya kamu mencintai Allah maka ikutilah perjuangan aku (Muhammad), Allah akan mencintai kamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu” Ali Imran, 3:31
1 Jun
Menerima sesuatu tentu lebih mudah dibandingkan memberi. Seperti itu pula sebuah pepatah mengatakan “tangan diatas lebih baik dari pada tangan dibawah”. Berada di posisi “diatas” berkonotasi kepada yang lebih mulia. Maka mulialah orang-orang yang senantiasa membiasakan diri untuk memberi. Memberi sesuatu kepada orang lain adalah sesuatu yang berat. Sementara dalam keseharian kita senantiasa dituntut untuk memberi. Baik dari sudut tuntunan agama, maupun pertimbangan tuntutan hidup sosial.
Memberi sesuatu kepada orang lain boleh berupa apa saja. Harta benda, jasa, atau sekedar senyuman tulus ikhlas. Islam merupakan agama yang senantiasa menganjurkan penganutnya untuk memberi kerana ia merupakan salah satu bentuk ibadah. Memberi sesuatu kepada orang lain juga merupakan salah satu cara membangunkan jaringan hablun minal annas dan menciptakan silaturrahim. Memberi menjadi suatu penyeimbang dalam kehidupan sosial secara moral maupun material.
Bersedekah, berinfaq, berzakat, memberi hadiah dan bantuan jasa adalah cabang-cabang yang wujud dari konsep memberi. Sukarela, tulus, ridho, ikhlas adalah sesuatu yang harus disertakan dalam konsep “memberi” agar ia bernilai, baik secara sosial maupun spritual. Sehingga sebahagian orang menganggap percuma suatu pemberian jika tidak dilandasi dengan hati ikhlas.
Sebenarnya bagaimanakah ikhlas itu? Jika melihat pengemis di pinggir jalan, lalu memberinya sejumlah wang atau apa saja yang ada pada kita atas dasar rasa belas dan kasihan misalnya,itu adalah satu tindakan yang sangat berperikemanusiaan, namun belum tentu pemberiaan kita termasuk dalam kategori ikhlas. Memang terkadang kita mengenal ‘ikhlas’ atau kerelaan hati wujud akibat reflection dari rasa belas atau kasihan. Pernahkah kita memberi sesuatu kepada seseorang tanpa harus tahu kita kasihan atau tidak? May be yes..,may be not!
Seorang ilmuan mengatakan bahawa memberi sesuatu lantaran adanya sebab, seperti kasihan, prihatin, hiba dsb, itu belum tentu dikategorikan sebagai ikhlas.Ia tidak lebih hanya sebagai suatu bentuk kerelaan atau ketulusan hati saja yang dapat menjadi sebagai pemuasan hawa nafsu, ego kasihan atau ego hiba kita sahaja.
Berlaku ikhlas memang berat. Jika dalam memberi sesuatu,masih mudah dan ringan, bererti kita belum masuk dalam kategori ikhlas, tapi baru sekadar rela atau tulus. Dalam memberi sesuatu kepada orang lain terkadang muncul rasa berat dalam hati kita karena berbagai faktor dan alasan. Alasan itu mungkin disebabkan kurangnya biaya hidup, Tanggal tua, Lagi membutuhkan. Namun tetap saja mencuba menyisihkan untuk memberi meskipun sedikit, karena dilandasi semata-mata atas nama Tuhan. Dan rasa berat itu kita ikhlas-kan meskipun masih terkesan disabar-sabarkan. Inilah yang lebih dimaksudkan sebagai ikhlas. Sekali lagi karena dia berat.
Ada perbedaan antara ikhlas dan tulus. Ikhlas itu, merelakan sesuatu yang terasa berat. Tulus itu adalah kerelaan hati karena faktor adanya rasa senang atau tidak ada beban. Ikhlas memiliki kedudukan atau derajat yang tinggi di mata Tuhan. Sehingga salah-lah orang yang mengatakan: percuma saja melakukan ini-itu jika tidak ikhlas. Persepsi orang selama ini terbalik, jika orang terlihat berat membantu atau memberi sesuatu disebut ‘tidak ikhlas’ dan begitu pula sebaliknya.
Berbuat ikhlas meskipun berat, seorang mukhlis senantiasa dilandasi dengan nama Sang Maha Pencipta.Ikhlas merupakan solusi positif menghadapi kondisi bangsa yang seringkali ditimpa oleh berbagai bencana, yang diakibatkan oleh campur tangan manusia sendiri. Melalui bencana ini pun kita masih digebleng oleh Tuhan untuk menjadi orang yang ikhlas dalam menerima segalanya. Termasuk di dalamnya ikhlas memberi bantuan kepada korban banjir misalnya. Bencana pada bangsa ini telah membuka lebar bagi penduduknya untuk berlaku ikhlas. Semoga kita termasuk orang-orang yang ikhlas.
p/s: Assalamualaikum..ini artikel fevret saya dalam milestone edisi3 yang lepas, selain artikel Masjid Itu Hidupku =). iAllah..walaupun kita rasa berat menghulurkan wang, berat tugas membina Islamic Centre ni.. namun itulah ikhlas sebenarnye- sebetulnya ia disertakan dengan redha..wallahualam
Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan. (2;265)
iAllah software milestone vol3 akan di’upload’kan ke website ni secepat yang mungkin. Oh ya, anda boleh buka surat2 mufti Volgograd berkenaan islamic centre ni dalam ‘tab’ download di menu utama blog. Mungkin boleh digunakan bagi tujuan menderma, atau untuk mencari penderma2 ikhlas=)
24 Feb
Ringkasan Khutbah Jumaat Masjid Kirovsky
22 February 2008/15 Safar 1429
Kewajipan sebagai tetamu
Suatu ketika seorang kaum Ansar mengajak Rasulullah s.a.w. dan beberapa sahabatnya ke rumahnya. Dalam perjalanan ke sana, seorang sahabat Nabi telah bertemu dengan baginda, dan mengambil keputusan mengikuti mereka. Apabila tiba di destinasi,Rasulullah s.a.w. memberitahu tuan rumah tersebut bahawa adalah hak tuan rumah untuk mengajak sahabat yang mengikuti mereka tadi, atau tidak, dan mereka tak akan membantah.
Di sini hadrat Rustam menekankan bahawa adalah hak tuan rumah untuk mengajak sesiapa ke rumahnya, dan bilangannya sekali. Bukan hak kita untuk menambahkan bilangan tersebut tanpa persetujuan/permintaannya. Ini kerana kita mungkin akan menyusahkan orang yang mengajak tersebut, kerana mungkin dia tidak mampu melayan lebih dari yang diajak. Maka adalah salah jika kita melawan atau merungut jika tuan rumah tidak memberi rakan kita masuk, kerana bukan hak kita untuk mengajak mereka (ini ialah common sense).
Dinyatakan jugak bahawa salah satu dari hak seorang Muslim terhadap muslim yang lain adalah apabila mereka diajak mereka wajib menerima jemputan.
Adab Makan
Seterusnya Imam Rustam memfokuskan terhadap adab ketika makan di khalayak ramai. Anak Ummu Salamah, isteri kepada Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai tabiat makan yang tidak elok ketika kecil. Satu hari, ketika makan di satu majlis baginda menegur beliau. Antara tegurannya adalah makan dengan tangan kanan serta mengambil makanan yang berhampiran dengannya sahaja dan tidak menghulurkan tangannya mencapai makan yang jauh.
Berkat Makan Jemaah
Seterusnya Hadrat Rustam menceritakan tentang kelebihan makan beramai-ramai. Sekumpulan sahabat2 Nabi berbincang tentang masalah mereka. Mereka merasakan tidak kenyang selepas makan, walaupun kadangkala agak mencukupi. Masalah ini dirujuk kepada Rasulullah s.a.w. yang menyuruh mereka makan beramai-ramai . Ini kerana Allah memberkati mereka yang makan berjemaah, hikmahnya, walaupun makanan sedikit, mereka akan rasa mencukupi. Walaupun makanan untuk dua orang dikongsi 3 atau empat orang, kerana berkat makanan itu dkongsi, semua orang akan merasa kekenyangan (teringat saya kepada tahun pertama kami dengan 5 orang berkongsi periuk nasi kecil untuk 2 orang).
Adalah diriwayatkan juga, bahawa Saiyidina Ummar r.a., semenjak mendengar hadis ini, sehingga Nabi wafat, zaman menjadi Khalifah sehinggala beliau meninggal dunia, tidak pernah makan seorang kerana hadis ini. Beliau sering akan ke pasar mencari fakir miskin atau sesiapa saja untuk diajak makan bersama, walau banyak mana makanan yang ada.
Akhir sekali minta maaf jika ada terlepas, atau tersilap terjemahan khutbah Hadrat Rustam, kerana kelemahan diri saya.
Penulis :MuslimBro
Hadrat Rustam membahagikan daging Qurban sebelum khutbah.
Sedang menunggu khutbah
Recent Comments