Assalamualaikum..

February 15, 2008 · Print This Article

VOLGOGRAD

volgomap

Volgograd ialah sebuah bandar yang terletak di tebing Sungai Volga di tengah-tengah Volgograd Region. Diasaskan pada 1589 sebagai dengan nama Tsaritsyn dan kemudiannya ditukar nama di kepada Stalingrad pada 1925 dan akhirnya pada 1961 nama bandar ini ditukar lagi kepada Volgograd dan kekal sehingga sekarang.

tugu

tugu “Mother Russia” di atas bukit Mamayev,pinggir bandar Volgograd

tugu2

muzium “Panorama” di tebing Sungai Volga.

KOMUNITI MUSLIM DI VOLGOGRAD

Muslim asal Volgograd kebanyakannya adalah berketurunan etnik Tatar,Tajik,Chechen dan etnik-etnik lain. Majoriti mereka adalah Ahli Sunnah wal Jamaah dan mengikuti mazhab Hanafi.

Walaupun mengalami tekanan yang hebat pada zaman pemerintahan kerajaan sosialis yang atheis, kebanyakan Muslim tetap dengan agama Islam dan mempelajarinya secara sembunyi.

Sekarang Islam adalah antara agama yang paling pesat berkembang di Volgograd,baik dari jumlah penganut baru ataupun warga muda berketurunan Islam asal yang berjinak-jinak kembali kepada Islam selepas dibasuh dengan atheism.Hasilnya, masjid yang digunakan sekarang(3 tingkat) amat sesak setiap kali solat Jumaat dan solat Hari Raya.

Oleh kerana itu,cadangan Mufti Volgograd sekarang,Hadrat Ilyas untuk membina masjid baru di Kirovsky District adalah relevan untuk menampung perkembangan umat Islam di sini dan juga kehadiran Muslim dari negara lain yang bekerja dan belajar di Volgograd.

Laman ini adalah hasil cetusan idea pelajar-pelajar Muslim Malaysia di Volgograd yang ingin memperkenalkan komuniti Islam di sini dan melancarkan lagi kutipan derma pembinaan masjid khasnya.

Semoga usaha ini diberkati Allah.

Wallahualam.

raya

Hari Raya di Volgograd

raya20

Comments

Got something to say?





*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture. Click on the picture to hear an audio file of the word.
Click to hear an audio file of the anti-spam word