jam sudah menunjukkan pukul 9:55. lagi lima minit sebelum aku keluar dari tempat ni. nampaknya syif aku berjalan dengan lancar. tidak ada pula yang buat songeh hari ni. Alhamdulillah. baju putih aku, aku kemaskan, agar sentiasa segak. tudung ku, aku betulkan. Butang di lengan ku, ku rapikan elok-elok. Duta Islam, selalu kene kemas, bukan? tak sabar rasanya untuk pulang ke rumah.

TUTT! jam tangan ku berbunyi. dan aku tersenyum. aku sudah habis untuk hari ini. sambil keluar dari bilik pekerja, aku menggalas tas tangan ku, dan aku sangkutkan ke bahu.

Jam. Pin tudung. Kad nama. Dompet. Kunci kereta. Check!
setelah pastikan tiada apa yang tertinggal, aku meninggalkan bilik itu.

sambil berjalan merancang apa yang aku nak buat lepas ni, aku rasa tidak selesa, dan aku rasa aku diperhatikan. aku berhenti sekejap, dan aku menoleh kebelakang. ya. aku sedang diperhatikan oleh beberapa orang rakan sekerja ku, muslimah juga. tapi aku tidak lah berapa rapat sangat dengan mereka. bukan kerana sombong, tetapi, tidak sekufu hati mungkin. entah lah. aku tidak tahu.
mereka menuding-nuding jari kepada aku, sambil bercakap sesama sendiri. aku mula kehairanan. Hati mula berdebar-debar dan hati aku menjangkakan ada kesulitan rasa selepas ini. ah serah saja kepadaNya.
mereka mula menegur aku.

“Su, kau tak boleh pakai tudung macam ni. SALAH! syarikat kita ni, mane boleh pakai tudung macam ni. engkau, kene pakai tudung macam kami ni ha. macam saya”
Dia menunjukkan cara pemakaian tudungnya. tudungnya yang putih itu kemas di masukkan ke dalam baju. nampak kemas, tapi…

aku hanya berdiam diri. memang aku diajar oleh kehidupan, untuk membiarkan orang bercakap terlebih dahulu. tiba giliran aku, aku pula akan berkata-kata. aku diam. tunduk melihat kaki. dan mengangkat kepala melihat sekeliling. Agak gugup juga melihat seorang pekerja veteran mendekati aku. aku mulai berdebar. tangan ku memegang tali beg dan ku genggam. dalam hati aku, hanya Allah sahaja yang ada. tapi aku senyum sahaja. sungguh. itu sahaja yang aku mampu.
“Su, sebagai mak guard kan, engkau kene sentiasa kemas. tudung kene masuk dalam. baru nampak segak. tudung macam tu, nampak serabai. tak elok dipandang orang. nanti apa pula orang cakap dekat company kita ni”

semua orang terdiam. kelihatan mereka yang menegur aku tadi bersetuju. kelima mereka kelihatan diam. aku rasa, mereka sudah lama memerhatikan aku. Ya Allah. apa salah aku.

kiranya, sudah sampai giliran ku.
“Mak cik, saya buat semua ni, saya nak jaga aurat saya. saya nak tutup apa yang sepatutnya saya tutup. saya nak jaga kehormatan saya sebagai seorang wanita yang Islam. Yang muslimah”

“alah, engkau masukkan pun tak ape. nampak sikit aje ha. Macam si Kinah ni”

aku kegeraman, dan perasaan aku kacau bilau. Ya Allah tolong aku!
“saya buat semua ni, bukan atas tuntutan siapa siapa. saya buat ini, kerana Allah. Allah yang suruh saya jaga aurat saya. saya harus ikut perintah Dia. sebab perintah Dia lagi besar daripada tuntutan syarikat. lagipun, saya rasa En.Lim tidak kisah tentang pemakaian saya.”

mereka semua terdiam, dan memandang satu sama lain. ada yang kesal, ada yang tunjuk muka tidak puas hati. aku cuba mengawal kemarahan. dalam hati aku parah!

sambungnya lagi. “tapi, dah law kat tempat ni macam ni, nak buat macam mana”.
suasana terdiam sebentar dan aku rasa, tidak lah perlu aku lagi disini. Berdebat dengan orang yang berusaha menegakkan benang yang basah bukanlah bidang saya. membimbit rapi beg tangan dan aku mula melangkah.

“terima kasih lah semua kerana menegur saya”.

tanpa melihat wajah mereka, aku melangkah keluar dari syarikat itu. tiadalah baiknya lagi aku disini apabila rakan sekaumku, seagamaku sendiri, menegur aku sebegitu. cukup lah sampai disini. membuka pintu kereta, dan terus memandu kerumah. dalam perjalanan, hanya kesal di dalam hati. dan hanya padaMu, aku berserah. Terbayang kata-kata Sang Pencerah, “jangan bersedih”. Diikuti pula sabda seorang Rasul kepada umatnya, “La Taghdob (jangan marah)”. Aku tenang. Aku menangis.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Hari semalam, cukup meresahkan hati aku. aku cuba untuk tidak memikirkannya lagi. apa salah aku. salahkah aku menegakkan aktaNya? tidak. aku tidak salah. aku tahu apa yang aku buat. alhamdulillah, selagi apa yang kita buat itu betul, Allah akan bagi ketenangan hati. dan syukur, hari ku tenang sampai ke Maghrib.

sudah masuk waktu Maghrib bagi kawasan Kuala Lumpur dan kawasan yang sama waktu dengannya. syif aku, tamat lambat lagi. elok lah dulu aku beransur ke surau sebelum kerja lain pula yang mendatang. kerja dekat pasaraya ni, tidaklah rilek sangat, tetapi alhamdulillah, untuk cari rezeki halal dan membantu orang lain seikhlas hati memadailah dengan kerja ini. ah, senyum sendiri lagi.

aku melihat kad kerja aku (punch card) yang berwarna ungu gelap itu. sudah seminggu aku bekerja disini. pengalaman pertama bagi aku. biarpun hari semalam sangat berat bagi aku, peristiwa itu tidak memberatkan aku untuk terus bekerja disini. Allah kan ada. aku memegang kad itu didalam posisinya, untuk dimasukkan ke dalam mesin itu untuk dicetak, menandakan aku keluar sebentar. aku tidak mahu kemana pun. hanya surau depan tu je.

tiba-tiba, aku terdengar dari jauh seseorang menjerit kepada aku.
“kau tak boleh pakai tudung macam ni dekat sini!”

Aku tersentap. aku menoleh kebelakang. seorang pekerja atasan menyuarakannya kepada ku. dia berjalan perlahan mendekati aku. aku agak terpinga-pinga, tapi masih mampu mengawal keadaan. tenang Su, tenang!

“salah! cara kau pakai ni salah!”

aku hanya mampu senyum. jantung berdegup kencang seperti semalam. seperti ingin melarikan diri. tapi tidak tahu kemana! aku hanya senyum, dan cuba bertenang. dan aku cuba untuk jelaskan pendirian ku.

“kak, saya pakai macam ni, sebab saya nak tutup dada saya. saya nak tutup apa yang sepatut saya tutup. saya nak jaga aurat saya”. aku cuba untuk berlembut dengannya. orang ramai disekeliling hanya memandang. malu juga rasanya. aku cuba mengawal emosi daripada melantangkan suara. marah akibatnya parah!

“kau jangan. undang-undang sini memang macam ni. kau tak boleh lawan. dah kene buat tu kan, buat lah”

aku tahu, aku seorang sahaja di sebelah aku. aku harus pertahan pendirian aku!
“tapi kak, undang-undang Allah, akak nak lawan ke?”
pekerja itu kelihatan terkejut, makin berkerut mukanya. pekerja lain mula mengerumuni kami. drama hebat bagi mereka mungkin.
“akak, saya minta maaf kalau saya terkasar bahasa. saya minta maaf kalau akak terasa hati. tapi saya tidak boleh masukkan tudung saya kedalam baju ni. saya nak jaga apa yang perlu saya jaga.”. aku berkeras. Mataku berkaca.

kakak itu memandang tepat kedalam mata aku. dalam hati aku, terasa sangat berat. Ya Allah, apa dugaannya ini. aku memandang sekeliling. kumpulan perempuan muda semalam, pegawai atasan. semua berdiri melihat aku. seolah-olah aku sedang berperang dengan dunia. bantu aku Tuhan!

“kalau tu pun engkau tak boleh nak buat, yang lain lagi lah.” sambungnya lagi.

sakit. telinga seakan berdarah. aku bertahan. aku kena kuat. aku tidak boleh menangis di depan orang ramai. pendirian aku teguh! aku menghembus nafas panjang.

name tag aku sudah ditelapak tangan. ada gambar aku disitu, tersenyum kembali melihat aku. Nur Suriani bt Mohd Basri. nama penuh aku pun disitu juga. aku suka bekerja disini. bagi aku disinilah tempat untuk aku berbakti sesama manusia seikhlas hati. cukuplah dengan kudrat yang ada.

“takpelah kak. kalau macam tu, saya letak jawatan.”

aku letakkan name tag tu, di atas meja. betul-betul didepan semua orang. aku tidak mahu melihat mata-mata yang memandang aku. aku letakkan tanggungjawab aku bersama name tag itu. aku tunduk lama. dan aku dongak kembali. aku memerhati setiap pekerja wanita disitu. sedih melihat wajah mereka. setiap seorang aku perhatikan, sampailah kembali kepada wanita itu.

“akak, apa-apa lepas ni, letak agama di hadapan. rezeki saya, bukan akak yang bagi. tapi Allah yang bagi rezeki dekat saya. Dia yang bagi saya makan selama ni.”

semua kelihatan terdiam.

“akak, kalau besok kiamat la kan, saya harap akak tak cari saya, tak tuntut dengan saya di akhirat nanti. saya dah jalankan tanggungjawab saya.”
aku menahan nafas. memang itu yang terpendam. tangan kiri yang digenggam aku cuba leraikan perlahan-lahan. aku tidak mahu menunding jari. aku tidak mahu dianggap kurang ajar. Agama mengajar aku menjadi manusia beradab. mata aku berair. tapi aku tidak boleh menangis!

“tapi, kalau undang-undang sini kene masuk tudung kau kat dalam kan, kau kene ikut”.

aku hanya menunduk. aku tidak mampu berkata apa-apa. ramai sangat orang disitu mengelilingi kami. pekerja-pekerja lelaki. dua orang perempuan teman sekerja ku pun turut ada disitu. semua terdiam. hanya mampu melihat aku. selepas memberikan salam kepada semua orang, aku menuju ke surau untuk melaksanakan tanggungjawab aku yang tertangguh. Ya Allah, sungguh berat dugaanMu ini. aku tidak mampu menanggung ini seorang.

aku beransur pulang ke rumah. hati aku tiba-tiba tergerak untuk menuju ke satu pusat tuition pelajar UPSR. mana tahu, rezeki aku menunggu disitu. alhamdulillah, aku telah mendapat kerja baru, malah lebih bagus daripada kerja lamaku. Allah telah mendengar doa ku. Dia telah menggantikan sesuatu yang lebih baik untukku. Terima kasih Allah. Terima kasih.

terkadang, hidup memang berat..
membuat kita hampir menyerah..
tapi aku percaya Kaulah Pelindungku, Penciptaku, hidupku
sabarkan hatiku, kuatkan imanku
berkahi aku, keluarga ku dengan rahmatMU
Tuhan, Engkaulah cintaku.
(Nidji; Tuhan Maha Cinta)

oleh; mofar rahman (pemenang tempat pertama cerpen miggu kirovsky musim sejuk 2011)