Pusat Islam Kirovsky

Bandar Volgograd sepanjang 120km ini cuma memiliki 2 buah masjid, sebuah terletak tidak jauh dari pusat bandar ada dan sebuah lagi di Kirovsky - salah satu daerah di Bandar Volgograd . Masjid di Kirovsky ini sebenarnya hanyalah sebuah masjid kecil yang diubahsuai daripada rumah persendirian. Masjid yang sedang dibina ini bakal menggantikan masjid tersebut.


Pembinaan masjid baru ini amat signifikan kepada penduduk Islam di Volgograd kerana pada hakikatnya kedua-dua buah masjid ini sememangnya tidak mampu menampung walau satu persepuluh sekalipun dari mereka yang menganut dan berminat kepada Islam di sini. Menjadi hajat semua penduduk Muslim di sini untuk membina masjid di setiap daerah di Volgograd. InsyaAllah Pusat Islam Kirovsky akan menjadi perintis kepada pembinaan masjid-masjid lain seterusnya.

Maklumat ringkas:

  • Pembinaan ini diluluskan oleh kerajaan Russia tetapi tidak mendapat apa-apa peruntukan yang tetap dari mana-mana pihak, termasuk kerajaan sendiri.
  • Anggaran kos pembinaan masjid ini ialah 15 juta rubel bersamaan hampir 2 juta ringgit Malaysia.
  • Kerja-kerja pembinaan masjid ini berkadar terus dengan wang yang dikutip. Sekiranya wang terkumpul pada sesuatu masa tidak dapat menampung progres pembinaan,kemungkinan besar projek ini akan dihentikan.» Latar belakang

About the Project

Muslims In Volgograd

Latar Belakang

Muslim asal Volgograd kebanyakannya adalah berketurunan etnik Tatar,Tajik, dan... Baca lagi

Muslims In Volgograd

Pelan & Struktur

Pusat Islam yang sedang dibina ini merupakan sebuah bangunan 3 tingkat yang ..... Baca lagi

Muslims In Volgograd

Tapak Pembinaan

Tapak pembinaan Pusat Islam Kirovsky yang diwakafkan oleh seorang hamba ..... Baca lagi

Muslims In Volgograd

AJK & Pengurusan

Pembinaan masjid Lavrovaya ini dikelolakan oleh mufti Volgograd, Hazrat Ilyas .... Baca lagi

Kirovsky Updates

Sumbangan Terkini (27/10/08-11/11/08)

Alhamdulillah dalam tempoh 27 Oktober hingga 11 November 2008 sebanyak RM 1,450 lagi telah di sumbangkan melalui... »

Gotong-royong Masjid

Pada 2 November 2008 yang lepas, satu gotong-royong membina dan menyusun bahan-bahan binaan masjid telah diadakan... »


Sumbangan boleh diwakilkan kepada:

Badan Penggerak Khas Tabung Kirovsky
Afham Naqiuddin Bin Osman
Account No: 153010170580 (MAYBANK)
Email: musliminvolgograd@gmail.com
*Pelajar Volgograd boleh menyampaikan sumbangan anda kepada ketua kumpulan, naqib dan naqibah masing-masing.