Latar Belakang

VOLGOGRAD

Volgograd ialah sebuah bandar yang terletak di tebing Sungai Volga di tengah-tengah Volgograd Region. Diasaskan pada 1589 sebagai Tsaritsyn dan kemudiannya ditukar nama di kepada Stalingrad pada 1925 dan akhirnya pada 1961 nama bandar ini ditukar lagi kepada Volgograd dan kekal sehingga sekarang.

KOMUNITI MUSLIM DI VOLGOGRAD

Muslim asal Volgograd kebanyakannya adalah berketurunan etnik Tatar,Tajik,Chechen dan etnik-etnik lain. Majoriti mereka adalah Ahli Sunnah wal Jamaah dan mengikuti mazhab Hanafi.

Walaupun mengalami tekanan yang hebat pada zaman pemerintahan kerajaan komunis yang atheis, kebanyakan Muslim tetap dengan agama Islam dan mempelajarinya secara sembunyi.

Sekarang Islam adalah antara agama yang paling pesat berkembang di Volgograd,baik dari jumlah penganut baru ataupun warga muda berketurunan Islam asal yang berjinak-jinak kembali kepada Islam selepas dibasuh dengan atheism. Masjid yang sedia ada memang tidak mampu menampung perkembangan Islam di sini.

Selama beberapa tahun, perbagai usaha telah dilakukan oleh umat Islam di sini untuk mendapatkan sebuah masjid baru termasuklah dengan menandatangani petisyen. Akhirnya pembinaan masjid baru di bekas negara komunis ini berjaya diluluskan. Namun begitu, tiada jurutera yang sanggup mengambil projek ini dan beberapa daripada mereka telah menolak. Syukur kepada Allah akhirnya seorang jurutera telah sanggup merealisasikan pembinaan masjid ini dengan bersyarat - sumbangan modal dan bahan binaan sentiasa disalurkan dan tidak terputus. Setelah halangan demi halangan, akhirnya pada tahun 2005 kerja pembinaan telah pun dimulakan dan ia masih diteruskan sehingga sekarang. Kini secara amnya hanya wang yang menjadi masalah utama dalam menyiapkan masjid ini. » Pelan & Struktur