Tapak Pembinaan

Tapak 1Tapak pembinaan Pusat Islam Kirovsky yang diwakafkan oleh seorang hamba Allah ini terletak di selatan bandar Volgograd, lebih kurang 15 kilometer daripada pusat bandar. Ia dianggap strategik kerana ramai warganegara Russia beragama Islam yang berbilang bangsa menetap di Kirovsky, salah satu dari 7 daerah di bandar Volgograd ini.

Jalan RayaLokasinya di pinggir Lebuh Raya Lajuran Kedua yang menhubungkan pusat bandar dengan Daerah Krasnoarmeysky di selatan dan Terusan Volga-Don di barat Volgograd bakal menjadikan masjid ini tempat persinggahan bagi mereka yang bermusafir.

Jalan raya terpanjang di Eropah iaitu European Route E40 yang menghubungkan Calais, Perancis dengan Ridder, Kazakhtan juga merentasi Volgograd bandar pahlawan ini.

Tapak 2Di samping itu juga, sejauh lebih kurang 500 meter dari masjid ini terdapat sebuah hospital penyakit berjangkit yang menempatkan pesakit-pesakit dari serata Volgograd Region yang luasnya hampir menyamai Semenanjung Malaysia.

Adalah amat mudah bagi penduduk bandar Volgograd untuk ke Masjid Lavrovaya kerana kedudukannya di laluan kenderaan awam seperti bas, bas troli, hampir semua mashrutka* bernombor ‘C’ (1c, 2c, 4c, 8c, 15c dll.) dan mashrutka-mashrutka lain yang menghala ke Daerah Kirovsky. » AJK & Pengurusan

*Sejenis van yang menjadi kenderaan awam utama di Russia