Kita Menolak ‘al-hawa’
January 18, 2010 · Print This Article
“Jauhkanlah dirimu dari sebarang hawa yang bukan bernama Islam.”
Itulah teriakan amaran yang dilaungkan oleh Maimun bin Mahran
rahimahullah -seorang ahli hadis yang thiqah- ketika dia merasa takut kita
semua akan diperdaya oleh kilauan pelbagai nama-nama. Gema teriakan ini
masih terdengar melangkaui generasi demi generasi.
Beliau mengingatkan kita bahawa setiap perkara yang bukan Islam adalah
sememangnya nafsu semata-mata, biar apa jua bentuknya dan di zaman mana
jua ia lahir.
Itulah yang diwarisi dari para pemimpin Islam sejak dahulu. Bagi mereka,
hanya ada satu sahaja kebenaran iaitu wahyu. Selain dari wahyu adalah nafsu
yang tercela. Tiada satu pun nafsu yang terpuji dan nafsu tiada kaitan langsung
dengan al-haq. Seseorang muslim tidak dibolehkan langsung berhukum kepada
nafsu atau merasa senang hati dengan nafsu.
Wahyu atau Keinginan Hawa Nafsu
Imam Al-Syatibi telah menegaskan perkara ini dengan padat dan ringkas.
Kata beliau di dalam kitab “al-Muwafaqat”: “Sesungguhnya Allah telah
menjadikan mengikut hawa nafsu sebagai menentang kebenaran, sebagaimana
firman Allah S.W.T.:
“Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan engkau khalifah di muka bumi, maka
hukumlah di antara manusia dengan keadilan, dan janganlah engkau turut hawa
nafsu, nanti ia menyesatkan engkau dari jalan (agama) Allah.” (Shaad 38: 26)
Allah berfirman lagi yang bermaksud :
“Maka barangsiapa yang derhaka. Dan mengutamakan hidup di dunia, maka
sesungguhnya, nerakalah tempat diamnya.” (An-Nazi’at 79: 37-39)
Allah berfirman lagi pada tentang sifat yang berlawanan dengan hawa nafsu
selepas ayat tersebut:
“Adapun orang yang takut akan kebesaran Tuhannya, dan menahan dirinya daripada nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat diamnya” (An-Nazi’at 79: 40-41)
Firman Allah S.W.T. :
“Tiadalah ia berbicara menurut hawa nafsunya. Ia (Quran) tidak lain hanya wahyu
yang diwahyukan kepadanya” (An-Najm 53:3-4)
Ayat-ayat di atas menunjukkan bahawa di depan kita hanya ada dua pilihan:
Wahyu (syariat), atau hawa nafsu. Tiada pilihan ketiga. Jelaslah bahawa
kedua-duanya adalah dua sifat yang berlawanan. Apabila wahyu
mengatakan sesuatu itu hak, lawannya adalah nafsu dan apa jua yang
mengikut nafsu dengan sendirinya bertentangan dengan yang hak.
Firman Allah lagi :
“Adakah engkau lihat orang yang mengambil nafsunya menjadi Tuhannya dan Allah
menyesatkannya kerana mengetahui (kejahatan hatinya)/selepas didatangi ilmu
kepadanya.” (Al-Jatsiyah 45: 23)
Firman Allah S.W.T. :
“Kalau sekiranya kebenaran mengikut nafsu mereka, nescaya binasalah langit dan bumi dan siapa-siapa yang berada di dalamnya.” (Al-Mukminun 23: 71)
Firman Allah S.W.T. :
“Mereka itu telah ditutup Allah mata hati mereka dan mereka mengikut nafsu mereka.” (Muhammad 47: 16)
Firman Allah S.W.T. :
“Adakah orang yang di atas keterangan (dalil) dari Tuhannya sama dengan orang yang diperhiaskan kepadanya amalannya yang jahat, dan mereka mengikut nafsu mereka?” (Muhammad 47: 14)
Perhatikanlah ! Setiap ayat yang menyebut tentang nafsu, ia mesti dicela dan
pengikut nafsu akan dikutuk. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas bahawa beliau
berkata:
“Bila mana Allah menyebut perkataan nafsu ‘al-hawa’ di dalam al-Quran,
pasti Dia mencelanya. Dari sini jelaslah maksud kenapa diturunkan syariat
iaitu untuk mengeluarkan kita dari menjadi pengikut runtunan nafsu (Al-Muwafaqat, Juzu’ 6, m.s. 121)
Tiada Jalan Tengah Di Antara Syariat dan Keinginan
Itulah juga perintah Allah kepada Rasulullah s.a.w.. Allah S.W.T.
berfirman:
“Kemudian Kami jadikan engkau (Ya Muhammad) di atas syariat (peraturan)di antara urusan (agama), maka ikutlah syariat itu dan janganlah engkau menurut nafsu orang-orang yang tidak berilmu.” (Al-Jatsiyah 45 : 18)
Syed Qutb berkata di dalam tafsirnya “Fi Zilal al-Quran” :
”Pilihlah, sama ada mahu menerima syariat Allah ataupun mengikut keinginan
orang-orang yang jahil. Tiada andaian yang ketiga dan tidak ada jalan tengah di
antara syariat yang lurus dan nafsu yang berubah-ubah. Sesiapa sahaja yang
meninggalkan syariat Allah sebenarnya bertindak berhukumkan nafsunya.
Tiap-tiap sesuatu yang lain dari syariat Allah adalah nafsu yang terperosok ke dalamnya orang yang jahil.”( Fi Zilal Al-Quran, Juzu’ 25, m.s. 136)
Syariat hanyalah satu iaitu syariat Allah. Selain dari itu hanyalah nafsu yang
bersumberkan kejahilan. Pendokong dakwah wajib mengikuti syariat-syariat
Allah sahaja dan meninggalkan segala keinginan-keinginan nafsu. Mereka tidak
boleh menyeleweng dari syariat dan tidak boleh cenderung kepada nafsu walau
sedikitpun. (Ibid)
Demikianlah juga perintah Allah yang kepada orang-orang beriman dengan
firmanNya kepada mereka :
“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam seluruhnya, dan
janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan.” (Al-Baqarah 2: 208)
“Pilihlah di antara petunjuk Allah ataupun tipu daya syaitan. Penegasan
sebegini sepatutnya menjadikan seorang muslim tahu dan membuat
pendiriannya. Dia sepatutnya tidak berdolak-dalik, bimbang, ragu-ragu atau
termangu-mangu dalam memilih kepelbagaian jalan dan haluan yang ada
dihadapannya.
Tiada manhaj/sistem alternatif bagi orang yang beriman untuk dipilih. Tiada
jalan baginya untuk dicampur adukkan antara satu sama lain. Tidak sekali-kali.
Sesiapa yang tidak masuk Islam secara keseluruhannya, tidak menyerahkan
dirinya secara ikhlas kepada kepimpinan Allah dan syariatnya dan tidak
membebaskan diri dari sebarang tasawwur, konsep, manhaj dan syariat yang
lain, MAKA sesungguhnya dia telah mengikut jejak langkah dan melalui jalan
syaitan.”( Fi Zilal Al-Quran, Juzu’ 2, m.s. 142)
Fitnah dan Kewaspadaan
Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah telah menyatakan bahawa; penolakan
satu perkara sahaja dari sabda Rasulullah s.a.w adalah boleh dianggap sebagai
penyelewengan. Beliau berkata:
“Aku telah menyemak di dalam Al-Quran. Ku dapati ada 33 tempat yang
menyentuh tentang ketaatan kepada Rasulullah”.
Beliau membaca sepotong ayat iaitu firman Allah S.W.T. :
“Sebab itu hendaklah orang-orang yang melanggar perintahNya merasa takut bahawa mereka akan ditimpa fitnah.” (An-Nur 24: 63)
Imam Ahmad membacanya berulang-ulang kali kemudian berkata:
“Apakah dia fitnah? Fitnah adalah syirik. Apabila seseorang itu menolak sebahagian
dan sabda Rasulullah s.a.w. maka akan tercampaklah penyelewengan ke dalam hatinya dan penyelewengan itu akhirnya akan membinasakannya.”( Ibnu Taimiyah, Al-Sarim al-Maslul ‘ala Syatim al-Rasul, m.s. 56)
Menolak Sebahagian dari Syariat Allah Adalah Kufur
Tetapi penyelewengan dan kesesatan itu ada beberapa peringkat pula:
Antaranya ialah penyelewengan kesesatan kufur ‘pure’ yang membawa
pendokongnya ke luar dari Islam. Ini berlaku bila seseorang individu
mendakwa tidak yakin dengan kesesuaian hukum-hukum syarak untuk direalisasikan dan menyifatkannya sebagai hukum yang sudah tak sesuai dengan maslahah dan tidak relevan dengan perkembangan zaman dan sebagainya, walhal dia mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hokum syarak tersebut. Perkara ini boleh berlaku pada masalah berhubung soal akidah atau perundangan. Individu tersebut juga tahu bahawa hukum itu telah sabit berdasarkan mana-mana ayat al-Quran atau hadis Rasulullah s.a.w yang mutawatir.
Itulah orang yang dimaksudkan oleh al-Quran sebagai beriman dengan
sebahagian kitab Allah dan kufur dengan sebahagian yang lain. Tidak ada khilaf
lagi kafirnya orang begini.
Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah contohnya, terang-terangan mengkafirkan
orang yang beriman dengan sebahagian-sebahagian begini. Beliau membawa
dalil-dalil dari Al-Quran. Beliau menerangkan bahawa kafir itu tidak hanya
terbatas pada golongan atheis dan golongan yang mengengkari risalah Islam
secara keseluruhan sahaja, bahkan golongan yang yakin dengan sebahagian risalah, tetapi tidak yakin dengan sebahagian lagi juga adalah kafir.
Firman Allah S.W.T.:
“Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan Rasul-RasulNya dan hendak membezakan antara Allah dan para RasulNya, mereka berkata: Kami beriman kepada setengah (Rasul) dan kafir kepada yang lain dan mereka hendak mengambil jalan tengah antara demikian itu (neutral). Mereka itu ialah orang-orang yang benar-benar kafir; dan Kami sediakan untuk orang-orang kafir itu seksaan yang
rnenghinakan. Orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-RasulNya dan tiada membezakan seorangpun di antara Rasul-Rasul itu, nanti Allah akan memberikan pahala kepada mereka. Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.” (An-Nisa’ 4:150-152)
Allah berfirman kepada ahli kitab:
“Kemudian sebahagian kamu membunuh yang lain, dan kamu usir satu golongan di
antaramu dari kampungnya, kamu tolong-menolong dalam membuat dosa dan aniaya; kalau datang kepadamu orang-orang tawanan, tebus-menebus kamu dengan mereka, sedangkan telah diharamkan atas kamu mengusir mereka. Adakah kamu percaya kepada sebahagian kitab dan engkar akan sebahagiannya? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian di antaramu, melainkan kehinaan dalam kehidupan dunia; dan pada hari kiamat, mereka dimasukkan ke dalam seksaan yang keras. Allah tiada lalai dari apa-apa yang kamu kerjakan.” (Al-Baqarah 2:85)
Firman Allah S.W.T.:
“Tidakkah engkau ketahui bahawa orang-orang yang mendakwa mereka beriman kepada al-Quran yang diturunkan kepada engkau dan Kitab-kitab yang diturunkan sebelum engkau; mereka hendak minta hukum hepada taghut, sedang mereka disuruh supaya kafir terhadap taghut. Syaitan menghendaki supaya ia menyesatkan mereka dengan kesesatan yang jauh. Apabila dikatakan kepada mereka: Marilah kamu kepada apa yang diturunkan Allah dan kepada Rasul, maka engkau lihat orang-orang munafik berpaling dari engkau dengan sungguh-sungguh berpaling.”(An-Nisa’ 4:60-61)
Firman Allah S.W.T.:
Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kepada orang-orang yang telah diberikan sebahagian dari Kitab (Taurat)? Mereka percaya kepada benda-benda yang disembah yang lain dari Allah, dan kepada Taghut, dan mereka pula berkata kepada orang-orang kafir (kaum musyrik di Mekah) bahawa mereka
(kaum musyrik itu) lebih betul jalan agamanya daripada orang-orang yang
beriman (kepada nabi Muhammad s.a.w.). (Kaum Yahudi yang demikian sikapnya)
mereka itulah orang-orang yang dilaknat oleh Allah; dan sesiapa yang dilaknat oleh
Allah, maka engkau tidak sekali-kali akan mendapati sesiapa pun yang boleh
menolongnya.” (An-Nisa’ 4: 51-52)
Ibnu Taimiyah menerangkan perkara yang tersirat di sebalik ayat-ayat Allah
S.W.T. ini.”Allah mencela golongan yang telah menerima kitab, tapi masih lagi beriman kepada sesuatu perkara di luar risalah. Mereka lebih mengutamakan ‘orang
luar’ risalah berbanding orang-orang yang beriman. Samalah juga
keadaannya sebagaimana sebahagian manusia mengutamakan pendapat ahli
falsafah dan kerajaan jahiliyah (yang berbangsa Turki, Dailam, Arab, Iran
dan lain-lain) berbanding orang yang beriman kepada Allah, kitab Allah dan
RasulNya.
Begitu juga Allah mencela orang yang mengaku beriman dengan seluruh
kandungan kitab-kitab Allah tetapi mereka tidak menghukum dengan
menggunakan al-Quran dan al-Sunnah. Mereka rela berhukum menurut
taghut yang diagungkan selain dari Allah. Demikian jugalah yang terjadi
pada golongan yang mengaku Islam tetapi mereka menjalankan undangundang
mengikut pandangan ahli falsafah atau mereka memerintah menurut
sistem politik bukan syariat Allah. Apabila diseru kepada mereka: “Marilah
kembali kepada kitab Allah dan sunnah Rasulnya!”, mereka palingkan muka
mereka dengan bersungguh-sungguh.”( Ibnu Taimiyah, Majmu’ Fatawa, Juzu’ 12, m.s. 339)
Ibnu Taimiyah r.a -sepertimana yang kita dapat lihat- mentafsirkan ‘taghut’ yang terdapat di dalam ayat ini sebagai sesiapa saja yang mempunyai pendapat yang bertentangan dengan al-Quran dan Sunnah, tidak kira menamakan dirinya sebagai ahli cendekiawan, raja atau sebagainya.
Beriman kepada Allah tanpa beriman kepada segala perintah dan ajaran Rasul
(pemisahan tersebut) hanya membawa kepada kekufuran. Tidak boleh diakui
sekali-kali sesiapa yang mengambil jalan tengah dengan mencampur-adukkan
agama dengan jahiliyah yang ditempelkan. Mereka itulah orang yang digambarkan oleh al-Quran sebagai golongan yang hendak mengambil jalan tengah di antara Islam dan jahiliyyah. Mereka mencipta jalan ketiga di antara Islam dan ideologi ciptaan manusia dengan mencampurkan sedikit dari Islam dan sedikit dari jahiliyah lalu diadun untuk dijadikan satu undang-undang bagi mengatur kehidupan manusia.
Kebanyakan kerajaan-kerajaan negeri-negeri Ummat Islam dan kebanyakan
parti-parti politik dan persatuan sosial pada hari ini tidaklah terang-terang
menolak tuhan. Tetapi kebanyakan badan-badan ini menyeru manusia kepada
manhaj (cara hidup) dan sistem-sistem yang bertentangan dengan sebahagian
dari hukum-hukum Islam. Mereka kadangkala menghalalkan yang haram dan
mengharamkan yang halal sedangkan mereka mengetahui bahawa perkara itu
adalah bertentangan dengan syariat Allah.
Ulama’ Islam dan pemimpin gerakan Islam telah menerangkan kepada mereka
ini betapa silapnya perbuatan mencampur aduk, menampal-nampal,
mencantum-cantumkan dan iman yang separuh-separuh ini. Meskipun
demikian, golongan ini terus berdegil dan terus-menerus mengajak orang ramai
kepada nafsu.
Tidak syak lagi, itu adalah kufur. Wal ‘iya zubillah.
Sumber: al-Muntalaq ( Muhammad Ahmad ar-Rasyid)






Comments
Got something to say?