Laporan-Lebaran Aidilfitri 2008
October 19, 2008 · Print This Article
Suatu sambutan Hari Raya Aidilfitri telah dijayakan pada hari Ahad, 12 Oktober bersamaan 12 Syawal 1429 yang lalu,bertempat di dewan utama Hostel Hiroshima. Majlis yang dihadiri oleh semua warga Malaysia di Volgograd ini diadakan hampir 2 minggu lewat memandangkan pelbagai persiapan yang perlu diadakan dalam masa yang suntuk.
Majlis dimulakan tepat jam 10.30am dengan bacaan doa yang diketuai oleh Saudara Zhafri. Tugas sebagai pengacara pula dipertanggungjawabkan kepada Saudara Faiz Mohd Nasri dan Saudari Nurul Hidayah. Antara aktiviti yang telah diadakan pada sesi pagi adalah seperti berikut:
Ucapan alu-aluan oleh pengarah projek
Ucapan oleh pelajar-pelajar tahun akhir
Persembahan slaid hari raya
Kuiz dan permainan ‘Lebaran Aidilfitri’
Persembahan nasyid oleh kumpulan Al-Ibtisam yang mendendangkan lagu Lebaran dan ‘Nyanyian Serambi’.
Sesi pagi diakhiri dengan jamuan aidilfitri. Antara juadah yang dihidangkan ialah Nasi Minyak Hujan Panas, Ayam Masak Ros, Rendang Minang, Nasi himpit Kuah Kacang, dan sirap limau sebagai penyegar tekak. Pada jam 1.30 petang majlis berhenti rehat untuk menyahut seruan azan.
Sesi petang bermula pada jam 2.00petang dengan:
Ketibaan pelajar-pelajar bukan Islam
Persembahan dikir barat oleh pelajar-pelajar lelaki Tahun 1
Ulangan persembahan slaid hari raya
Sambutan hari jadi pelajar-pelajar yang lahir pada bulan Oktober
Anugerah busana terbaik, yang dimenangi oleh Khalid bin Othaman (tahun6) dan Aida Athirah bt Azmal (tahun2) bagi kategori pelajar Islam. Bagi kategori bukan muslim pula, anugerah disandang oleh Selvanaayagam (tahun5) dan Hui Qian (tahun6).
Sesi fotografi

Majlis yang gilang gemilang ini menutup tirainya pada jam 5.00petang. Setinggi penghargaan diucapkan kepada Saudara Mohd Husainy, selaku pengarah projek ‘Lebaran Aidilfitri 2008’. Saudari Nurul Huda Othman sebagai penolong pengarah, Saudara Muhammad Tarmizi Bin Muhammad Fauzi yang mengepalai pengurusan juadah, dan seterusnya semua warga Volgograd yang telah menjayakan majlis ini. Setinggi-tinggi kesyukuran dihadapkan kepada Rabbul Alamin, Alhamdulillah. Semoga majlis ini akan terus dijalankan hatta pada tahun-tahun seterusnya.
Laporan disediakan oleh,
Admin
MuslimInVolgograd.com







Comments
Got something to say?