Lengkap Sudah
November 9, 2008 · Print This Article
Alhamdulillah, akhirnya setelah sekian lama lengkap sudah laman MuslimsInVolgograd.com ini.
Semoga dengan sempurnanya laman ini, ia dapat melancarkan lagi usaha mempromosikan kutipan derma untuk masjid Lavrovaya yang amat diperlukan oleh komuniti muslim di Volgograd ini. Diharapkan selepas ini laman ini dapat dipromosikan di blog-blog, forum-forum atau apa-apa sahaja oleh para pembaca sekalian.
Diharapkan juga dengan siapnya laman ini, ia dapat menjadi pendorong kepada para AJK MuslimsInVolgograd untuk lebih bersemangat mengembeleng tenaga dan masa untuk sama-sama menjadikan laman yang menjadi suara komuniti Islam di Volgograd ini tidak kosong dan lesu begitu sahaja. Semoga kita sentiasa konsisten dalam meneruskan usaha yang sekelumit ini agar ia tidak hanya menjadi sekadar melepaskan batuk di tangga atau pun sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja.
Kami juga mengharapkan kepada sesiapa sahaja yang ingin menyumbangkan artikel, idea, cadangan dan sebagainya dapat menghubungi mana-mana AJk dan penulis laman ini seperti yang terdapat di sini atau email kami di musliminvolgograd@gmail.com.
Semoga dengan penglibatan semua laman ini dapat meniti di setiap mulut, menjadi tempat persinggahan utama mereka yang melayari alam siber ini dan ini secara tidak langsung dapat menarik lebih ramai orang untuk sama-sama bersedekah dan memberi sumbangan untuk pembinaan Masjid Lavrovaya (Pusat Islam Kirovsky) ini. InsyaAllah.






Assalammualaikum wbt & Alhamdullilah semoga usaha saudara mendapat sokongan dari ramai pihak…insyallah.
Saya dah upload email “Tolongla Masyarakat Islam Volgograd, Russia” dalam blog saya url:- http://cahaya-keimanan.blogspot.com/
Saya tidak tahu cara lain untuk membantu…..saya harap dengan memaparkan kiriman email yg saya terima dari seseorang about Masyarakat Islam Volgograd, Russia dalam blog saya moga2 ianya dapat dipanjangkan kepada orang lain khasnya umat2 Islam keseluruhanya.
Sekian sahaja…apalagi dapat saya perkatakan selain saya mmg sayu melihat keadaan ini….
Sekia, salams dari saya pink shiba_sakura….
Jazakumullah pink shiba_sakura. Saya yakin muslimin dan muslimat di sini amat menghargai walau ape jenis pertolongan pun dari kita semua.