Malam Wasilah ke Syurga
October 2, 2008 · Print This Article
Pada hari Sabtu 27 September bersamaan 27 Ramadhan yang lalu telah diadakan satu program kerohanian yang bertempat di dewan utama Hostel Perubatan Hiroshima, Volgograd.
Program Malam Wasilah Ke Syurga ini telah dihadiri oleh hampir semua pelajar Malaysia beragama Islam di sini ini yang kini sudah mencecah seramai 198 orang.
Program ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran para pelajar tahun 1 yang baru sahaja menjejakkan kaki di bumi Allah Volgograd ini pada 23 September yang lalu.
Antara tentatif program yang telah diadakan adalah seperti berikut :
6.15 ptg – Bacaan Ma’thurat
6.50 ptg – Iftar
7.00 ptg – Solat maghrib
7.30 mlm – Khatam Al-Quran
8.00 mlm – Makan
9.00 mlm – Solat Isya’ dan Terawih
9.45 mlm – Tayangan Perdana
10.45 mlm – Bersurai
4.00 pg – Qiamullail
4.40 pg – Sahur Istimewa
5.13 pg – Solat Subuh
5.45 pg – Kuliyyah Subuh
6.30 pg – Majlis Bersurai
Alhamdulillah dengan izin Allah program ini telah berjalan dengan jayanya. Semoga program seumpama ini mendapat keberkatan dari-Nya.Amin..





Salam,
Sebagai syarikat yang menguruskan qurban dan aqiqah ke luarnegara, saya tertarik untuk meluaskan perkhidmatan kami ke tempat ini agar sumbangan rakyat Malaysia dapat diperluaskan dan dinikmati oleh saudara-saudara kita di Volgograd. Saya pernah berkhidmat sebagai Pembantu Khas Mufti Kemboja pada tahun 2003/2004. Sekiranya berpeluang, bagaimana untuk saya ke sana?
Taqabal’Lah minkum