Ahmad Imtihan bin Peperiksaan

June 15, 2008 · Print This Article

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt semua!

Apa khabar? Lama (seperti aniza) juga saya tidak menulis di sini. Cukuplah rasanya sahabat-sahabat penulis lain menulis dan mengupas topik-topik ’semasa’ around us saya kira.

Seperti biasa-saya mahu ajak sahabat-sahabat berfikir sejenak *mungkin untuk melepaskan tekanan seharian @ berhari-hari belajar dan mungkin juga untuk bermuhasabah diri kita yang sentiasa alpa ini.

Bagaimana kita memandang peperiksaan atau imtihan? Sudikah kita menerima imtihan sebagai kawan? Mari berkhayal bersama saya seketika. Bayangkan peperiksaan benar-benar menjelma sebagai seorang kawan. Luangkan masa anda sebentar untuk saya kongsikan cerita saya bersama kawan yang bernama ‘Ahmad Imtihan’ @ Imtihan.

Melihat saat-saat indah seseorang menggapai kejayaan (seniors 6th year da nak grad @ dapat markah 5 @ naik pentas pada Hari Kecemerlangan Universiti @ sanak saudara dapat PhD etc) membuatkan akal saya ligat meneka, tentu mereka ada hubungan yang istimewa dengan Imtihan. Saya semacam pasti mereka menanam impian untuk bertemu dengan Imtihan sejak dari hari pertama masuk ke kuliah. Saya yakin mereka mesra dan selesa melayan Imtihan. Maklumlah, Imtihan bersikap ‘jual mahal’ dan memilih kawan. Siapa yang lambat panas atau suka bertangguh tidak layak dijadikan kawan. hihi-terkena diri sendiri~

Setiap hujung tahun dan awal summer saya pasti menemui Imtihan. Tarikh keramat itu telahpun saya bulatkan sebesar-besarnya agar saya sentiasa tahu bahawa masa sedang berjalan. Persiapan saya harus selari dengan pergerakan masa. Kadang-kadang saya menyesal lalu memarahi masa kerana berjalan laju. Hakikatnya langkah saya yang lesu dan kaku.

Itulah masa, seronok diisi dengan rehat sehingga datang saat genting, rehat pun tidak seronok lagi. Usaha kita mestilah dari awal sehingga akhir!

Peliknya, banyak pula kawan yang ‘murah’ ingin menjadikan saya kawan. Mereka duduk di tengah-tengah laluan saya yang sedang bersemangat menuju ke arah Imtihan. Siapa yang tidak marah, puas saya berlari, semakin dekat saya diekori. Saat saya berenggang dengan Allah, saya juga pasti tunduk menyerah pada kawan-kawan murahan ini. “Tinggalkan dahulu ilmu, ayuh kita melayan nafsu”, itulah pujukan mereka. Kalaulah mereka tahu bahawa tiada istilah kenyang bagi nafsu tentu dijauhi nafsu itu beribu-ribu batu! (ah, sesungguhnya diri ini sangat lemah menahan pujuk rayu syaitan. Bukan salah kalian sebenarnya~)

Cukuplah catatan ringkas ini sahaja. Hajat kecil saya agar kalian mengubah persepsi terhadap Imtihan.

Kita yang sedang mencari mereka, bukan mereka yang mengejar dan menghambat kita.

Kita wajib bersemuka dengan Imtihan dan ketika itu serahkan diri secara total untuk diuji sejauh mana keikhlasan dan persediaan untuk memenangi hati Imtihan. Imtihan bukan bodoh untuk mengenal kita. Si pemalas, si penangguh dan si penidur semuanya boleh dikenalpasti oleh Imtihan. Saya malu jika dilabel sehina itu!

Seandainya saya mati dan tidak sempat bertemumu imtihan, ketahuilah bahawa saya sudah menjual seluruh hidup ini untuk menuju ke arahmu. Tanyalah Allah, tanyalah bebintang dan tanyalah beburung, mereka saksi segala lelah kita.

Malah saya pasti, redha Allah lebih tinggi daripada persahabatan sementara kita ini wahai Imtihan.

Syurganya menanti orang yang gigih dan ikhlas menuntut ilmu walaupun ditakdirkan gagal dalam PEPERIKSAAN. Semoga bertemu Imtihan dengan semangat baru!

*Dipetik dan diubahsuai daripada tulisan Idil di blog drkadir (www.drkadir.blogspot.com)

Comments

3 Responses to “Ahmad Imtihan bin Peperiksaan”

  1. admin on June 16th, 2008 6:51 pm

    Salam..diharap drmuthiah dapat memautkan ke entri yang asal (untuk memberi kredit kepada si penulis).Para author sila ambil perhatian ya..insyaAllah

  2. matpih on June 24th, 2008 3:44 pm

    takde entri terbaru ke?before balik ni?

  3. drmuthiah on June 28th, 2008 8:26 pm

    salam mr admin.hihi
    adakah ia satu order dari boss? hihi.gurau jer.
    insya allah..mari kita sama2 fikir.
    under politik boleh ke? =P

Got something to say?