Muslims In Volgograd

Kirovsky Islamic Centre – Make it a Reality

AKULAH MUSLIMAH ITU

Dan Fahri yang sendiri. Bertemankan bayang-bayang sepi. Di penjuru jalan itu langkahnya terhenti. Dia melihat ke langit biru. Mengambil hembusan nafas baru.

*******************************************************

‘Fahri!!!!!!!!!!!!!!!’.

Fahri yang terkejut sepantasnya menoleh ke belakang. Diletak semula buku-buku yang dipegang pada raknya.

Fahri, seorang anak muda berbadan tegap, berkulit cerah. Kini sedang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan Pendidikan. Indah akhlak peribadinya, seindah senyuman dan lesung pipitnya!

‘Azza! Buat apa kat sini?’ tanya Fahri.

’Bukan Azza lah. Julia’, tegas Julia.

Julia, seorang gadis muda yang cantik, seusia dengan Fahri. Nama sebenarnya Nur Azza Az Zahrah. Lebih mahu dikenali dengan nama Julia. Julia Wilson.

’I nak ajak you keluar dinner malam ni, boleh? tanya Julia.

’Keluar ke mana? Kita berdua je? tanya Fahri, kehairanan.

’I nak belanja you makan sebab you dah tolong I siapkan reference course minggu lepas, ingat tak?’ terang Julia dengan harapan untuk menawan hati Fahri.

’Ingat, tapi I tak pasti dapat keluar atau tak sebab malam ni…

’Malam ni you ada usrah?’ sampuk Julia segera.

Fahri mengangguk perlahan. Julia hanya tersenyum.

Mereka berdua kemudian berlalu meninggalkan Pusat Sumber itu dan pulang ke rumah masing-masing.

***********************************************

Setelah selesai solat Maghrib di Masjid Universiti, Fahri pun pulang dengan berjalan kaki menuju ke rumah Adam, murobbi usrahnya.

Sedang berjalan, wajah Fahri berkerut. Fikirannya kusut memikirkan sesuatu. Tentang Julia.

Setelah hampir 3 tahun mengenali Julia, Fahri tahu benar bahawa Julia ingin menawan hatinya. Julia mencintainya. Kerap kali mereka keluar bersama, makan bersama, belajar bersama. Tetapi dalam diri Fahri, dia merasakan sesuatu yang meresahkan dan tidak menyenangkan dalam hubungan itu.

Fahri disenangi rakan-rakan sekuliah dek kerana akhlaq dan peribadinya yang baik, namun pada dirinya itu seakan kepalsuan tatkala memikirkan keintiman hubungannya dengan Julia. Fahri menyedari bahawa tiada apa yang dia peroleh dengan belajar agama, solat berjemaah di masjid-masjid, meringankan kakinya melangkah ke setiap usrah.

’Kenapa aku buat semua ni kalau aku tak mahu ubah diri aku sendiri?’ monolog Fahri sendirian.

’Ya Allah, berikanlah aku petunjuk, pimpinlah aku ke jalanMu’, rintih Fahri.

**********************************************
’Alhamdulillah, sekarang ada sesiapa yang nak sharing sesuatu?’ tanya Adam sebaik sahaja selesai mengendalikan usrahnya.

Fahri terdiam di penjuru sudut itu. Dipandangnya ikhwah lain satu per satu dan wajah murobbinya.

’Fahri?’ tanya Adam.

Fahri memandang. Pada raut wajahnya ada sesuatu yang ingin dilontarkan.

Dari situ Fahri bermula. Ceritanya sejak pengenalan dengan Julia sebagai teman karibnya, sehingga Julia menaruh cinta daripada dirinya.

Hari-hari yang semakin mematangkan Fahri. Dia sendiri yang menyedari kekhilafan dirinya. Namun tidak sesekali untuk dia menyalahkan sesiapa, apatah lagi kehadiran Julia yang mencintainya.

Perkongsian Fahri malam itu berakhir tanpa tuntasi.

Setibanya di rumah, Fahri menerima mesej dalam kotak emelnya. Dia duduk dan membacanya.

Assalamualaikum.

Fahri, sesungguhnya ana menyayangi anta kerana Allah. Curahan hati anta malam tadi sangat menyentuh hati kecil ini sehingga tidak terkata sebutir lafaz pun untuk ana jawab dihadapan anta. Hidayah itu sungguh milik Allah. Dia sahaja yang mengaturkan hidayah kepada hamba-hamba yang Dia pilih untuk berada pada jalanNya. Fahri, akhlaq mulia itu boleh dimiliki sekelian manusia. Namun akhlaq mulia disisi Allah itu adalah akhlaq orang-orang beriman. Begitu juga untuk cinta. Semua manusia memiliki cinta, untuk mencintai dan dicintai pula. Namun, cinta yang hakiki, cinta yang abadi adalah cinta yang Allah berikan sebagai hidayah untuk lebih dekat kita mencintaiNya. Ana yakin, Fahri mampu membuat keputusan yang terbaik. Semoga Allah memeliharamu. Wassalam.

Adam

’Cinta itu hidayah, untuk kita lebih dekat kepada Allah…’,bisik Fahri sendirian. Renungannya jauh melambai, bicara hati hingga malam melabuh tirai.

*************************************************

Pagi itu dingin. Hujan kelmarin masih santai menyelimuti bumi dengan kabusnya.

Fahri berjalan menuju ke Pusat Sumber. Padanya dijinjing sebuah bungkusan, dibaluti kain berwarna jasmine.

’Assalamualaikum’, sapa Fahri.

’Fahri! Apa you buat kat sini?’ tanya Julia spontan.

’Saya datang nak beri sesuatu.’ kata Fahri sambil dihulurkan bungkusan di tangannya itu.

Fahri pun berlalu meninggalkan Julia yang masih disitu. Membawa langkah yang penuh tanda tanya.

Julia duduk pada tempatnya lalu membuka bungkusan itu. Sebuah buku tertulis pada muka depannya ’Akulah Muslimah Itu’. Padanya terselit sehelai nota.

Di kedalaman hati ini, aku menyembunyi harapan suci. Namun kini bukanlah saat untuk aku membalas cintamu. Namun jangan disalahkan juga penantian itu. Jika segalanya terpena sebagai kehendak Ilahi, maka akan ku nanti membawamu ke Syurga abadi. Namun bukan kita yang memiliki cinta. Yang ingin ditaruh gadai sebegitu sahaja. Sekiranya pada mu ada yang terbaik dari diriku, maka doaku sentiasa mengiringi dirimu. Bekalkanlah dirimu dengan taqwa. Hiasilah akhlaqmu dengan tiraian suci. Iman itu yang mengukuhkan dirimu. Taqwa itulah yang menjamin kedudukanmu.

Cinta itu kehidupan, dikala cinta dihidupkan iman. Nakhoda cinta adalah hati, yang dahagakan pelayaran berkekalan, meskipun laut ini memukul, seluas badai.

Fahri.

’Fahri…’, bisik Julia. Padanya tidak tertahan air mata itu. Mengalirnya jatuh menitisi hatinya.

*******************************************************
Empat tahun berlalu cukup pantas. Secelik mata sepejam tidurnya. Pusat Sumber itu menjadi saksi pertemuan dan perbualan terakhir Fahri dan Julia.

Di suatu petang yang damai, Fahri menerima sepucuk surat bersampul biru dan ungu cerah.

’Dari Mesir?’ kata Fahri sendirian yang mendapati stem kota Piramid itu tertampal pada sampulan.

Dibukanya lalu dibaca.

Jemputan ke Majlis Pernikahan
Al Athiq Marzuki & Nur Azza Az Zahrah

’Subhanallah, ya Allah..’, ungkap Fahri dengan kegembiraan pada raut wajahnya.

Fahri sungguh tidak menyangka, Julia yang telah empat tahun tidak mendengar khabarnya, akhirnya tiba dengan berita pernikahannya dengan Athiq, seorang ikhwah di Mesir yang amat Fahri kenali dan segani. Persoalan lalu juga terjawab pada akhirnya. Julia telah menyambung pelajarannya dalam Bahasa Arab dan Pengajian Al Quran di Universiti Mansoura, Mesir sebaik tamat menuntut bersama Fahri di UKM empat tahun lalu.

************************************************************

’Abang, jom balik? tanya Maisarah kepada suaminya, Fahri.

’Astaghfirullah al azim. Lama ke abang termenung kat sini?’ tanya Fahri, serba salah.

Maisarah tersenyum manis. Di penjuru jalan itu Fahri yang terhenti, memulakan langkah baru. Sempat menoleh ke langit biru, padanya awan tadi hilang sudah, berganti yang baru.

Fahri dan Maisarah melangkah pulang dari majlis perkahwinan Azza dan Athiq.

Segalanya berlaku sepantas bicara. Azza kini telah berubah, hanya kerana kuasa cinta yang diletakkan pada jalan yang sempurna, pada jalan harapan buat Pemilik cinta yang sebenarnya. Tiada lagi nama Julia yang harus diingati, melainkan kisah lalu yang menjadi titik pengajaran.

Penulis : Ahmad Ramdan Zainordin (pemenang tempat ke2 cerpen miggnu kirovsky musim sejuk 2011)

  • 0 Comments
  • Filed under: 5. Blog
  • Hijab Sang Mufrad

    jam sudah menunjukkan pukul 9:55. lagi lima minit sebelum aku keluar dari tempat ni. nampaknya syif aku berjalan dengan lancar. tidak ada pula yang buat songeh hari ni. Alhamdulillah. baju putih aku, aku kemaskan, agar sentiasa segak. tudung ku, aku betulkan. Butang di lengan ku, ku rapikan elok-elok. Duta Islam, selalu kene kemas, bukan? tak sabar rasanya untuk pulang ke rumah.

    TUTT! jam tangan ku berbunyi. dan aku tersenyum. aku sudah habis untuk hari ini. sambil keluar dari bilik pekerja, aku menggalas tas tangan ku, dan aku sangkutkan ke bahu.

    Jam. Pin tudung. Kad nama. Dompet. Kunci kereta. Check!
    setelah pastikan tiada apa yang tertinggal, aku meninggalkan bilik itu.

    sambil berjalan merancang apa yang aku nak buat lepas ni, aku rasa tidak selesa, dan aku rasa aku diperhatikan. aku berhenti sekejap, dan aku menoleh kebelakang. ya. aku sedang diperhatikan oleh beberapa orang rakan sekerja ku, muslimah juga. tapi aku tidak lah berapa rapat sangat dengan mereka. bukan kerana sombong, tetapi, tidak sekufu hati mungkin. entah lah. aku tidak tahu.
    mereka menuding-nuding jari kepada aku, sambil bercakap sesama sendiri. aku mula kehairanan. Hati mula berdebar-debar dan hati aku menjangkakan ada kesulitan rasa selepas ini. ah serah saja kepadaNya.
    mereka mula menegur aku.

    “Su, kau tak boleh pakai tudung macam ni. SALAH! syarikat kita ni, mane boleh pakai tudung macam ni. engkau, kene pakai tudung macam kami ni ha. macam saya”
    Dia menunjukkan cara pemakaian tudungnya. tudungnya yang putih itu kemas di masukkan ke dalam baju. nampak kemas, tapi…

    aku hanya berdiam diri. memang aku diajar oleh kehidupan, untuk membiarkan orang bercakap terlebih dahulu. tiba giliran aku, aku pula akan berkata-kata. aku diam. tunduk melihat kaki. dan mengangkat kepala melihat sekeliling. Agak gugup juga melihat seorang pekerja veteran mendekati aku. aku mulai berdebar. tangan ku memegang tali beg dan ku genggam. dalam hati aku, hanya Allah sahaja yang ada. tapi aku senyum sahaja. sungguh. itu sahaja yang aku mampu.
    “Su, sebagai mak guard kan, engkau kene sentiasa kemas. tudung kene masuk dalam. baru nampak segak. tudung macam tu, nampak serabai. tak elok dipandang orang. nanti apa pula orang cakap dekat company kita ni”

    semua orang terdiam. kelihatan mereka yang menegur aku tadi bersetuju. kelima mereka kelihatan diam. aku rasa, mereka sudah lama memerhatikan aku. Ya Allah. apa salah aku.

    kiranya, sudah sampai giliran ku.
    “Mak cik, saya buat semua ni, saya nak jaga aurat saya. saya nak tutup apa yang sepatutnya saya tutup. saya nak jaga kehormatan saya sebagai seorang wanita yang Islam. Yang muslimah”

    “alah, engkau masukkan pun tak ape. nampak sikit aje ha. Macam si Kinah ni”

    aku kegeraman, dan perasaan aku kacau bilau. Ya Allah tolong aku!
    “saya buat semua ni, bukan atas tuntutan siapa siapa. saya buat ini, kerana Allah. Allah yang suruh saya jaga aurat saya. saya harus ikut perintah Dia. sebab perintah Dia lagi besar daripada tuntutan syarikat. lagipun, saya rasa En.Lim tidak kisah tentang pemakaian saya.”

    mereka semua terdiam, dan memandang satu sama lain. ada yang kesal, ada yang tunjuk muka tidak puas hati. aku cuba mengawal kemarahan. dalam hati aku parah!

    sambungnya lagi. “tapi, dah law kat tempat ni macam ni, nak buat macam mana”.
    suasana terdiam sebentar dan aku rasa, tidak lah perlu aku lagi disini. Berdebat dengan orang yang berusaha menegakkan benang yang basah bukanlah bidang saya. membimbit rapi beg tangan dan aku mula melangkah.

    “terima kasih lah semua kerana menegur saya”.

    tanpa melihat wajah mereka, aku melangkah keluar dari syarikat itu. tiadalah baiknya lagi aku disini apabila rakan sekaumku, seagamaku sendiri, menegur aku sebegitu. cukup lah sampai disini. membuka pintu kereta, dan terus memandu kerumah. dalam perjalanan, hanya kesal di dalam hati. dan hanya padaMu, aku berserah. Terbayang kata-kata Sang Pencerah, “jangan bersedih”. Diikuti pula sabda seorang Rasul kepada umatnya, “La Taghdob (jangan marah)”. Aku tenang. Aku menangis.
    xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

    Hari semalam, cukup meresahkan hati aku. aku cuba untuk tidak memikirkannya lagi. apa salah aku. salahkah aku menegakkan aktaNya? tidak. aku tidak salah. aku tahu apa yang aku buat. alhamdulillah, selagi apa yang kita buat itu betul, Allah akan bagi ketenangan hati. dan syukur, hari ku tenang sampai ke Maghrib.

    sudah masuk waktu Maghrib bagi kawasan Kuala Lumpur dan kawasan yang sama waktu dengannya. syif aku, tamat lambat lagi. elok lah dulu aku beransur ke surau sebelum kerja lain pula yang mendatang. kerja dekat pasaraya ni, tidaklah rilek sangat, tetapi alhamdulillah, untuk cari rezeki halal dan membantu orang lain seikhlas hati memadailah dengan kerja ini. ah, senyum sendiri lagi.

    aku melihat kad kerja aku (punch card) yang berwarna ungu gelap itu. sudah seminggu aku bekerja disini. pengalaman pertama bagi aku. biarpun hari semalam sangat berat bagi aku, peristiwa itu tidak memberatkan aku untuk terus bekerja disini. Allah kan ada. aku memegang kad itu didalam posisinya, untuk dimasukkan ke dalam mesin itu untuk dicetak, menandakan aku keluar sebentar. aku tidak mahu kemana pun. hanya surau depan tu je.

    tiba-tiba, aku terdengar dari jauh seseorang menjerit kepada aku.
    “kau tak boleh pakai tudung macam ni dekat sini!”

    Aku tersentap. aku menoleh kebelakang. seorang pekerja atasan menyuarakannya kepada ku. dia berjalan perlahan mendekati aku. aku agak terpinga-pinga, tapi masih mampu mengawal keadaan. tenang Su, tenang!

    “salah! cara kau pakai ni salah!”

    aku hanya mampu senyum. jantung berdegup kencang seperti semalam. seperti ingin melarikan diri. tapi tidak tahu kemana! aku hanya senyum, dan cuba bertenang. dan aku cuba untuk jelaskan pendirian ku.

    “kak, saya pakai macam ni, sebab saya nak tutup dada saya. saya nak tutup apa yang sepatut saya tutup. saya nak jaga aurat saya”. aku cuba untuk berlembut dengannya. orang ramai disekeliling hanya memandang. malu juga rasanya. aku cuba mengawal emosi daripada melantangkan suara. marah akibatnya parah!

    “kau jangan. undang-undang sini memang macam ni. kau tak boleh lawan. dah kene buat tu kan, buat lah”

    aku tahu, aku seorang sahaja di sebelah aku. aku harus pertahan pendirian aku!
    “tapi kak, undang-undang Allah, akak nak lawan ke?”
    pekerja itu kelihatan terkejut, makin berkerut mukanya. pekerja lain mula mengerumuni kami. drama hebat bagi mereka mungkin.
    “akak, saya minta maaf kalau saya terkasar bahasa. saya minta maaf kalau akak terasa hati. tapi saya tidak boleh masukkan tudung saya kedalam baju ni. saya nak jaga apa yang perlu saya jaga.”. aku berkeras. Mataku berkaca.

    kakak itu memandang tepat kedalam mata aku. dalam hati aku, terasa sangat berat. Ya Allah, apa dugaannya ini. aku memandang sekeliling. kumpulan perempuan muda semalam, pegawai atasan. semua berdiri melihat aku. seolah-olah aku sedang berperang dengan dunia. bantu aku Tuhan!

    “kalau tu pun engkau tak boleh nak buat, yang lain lagi lah.” sambungnya lagi.

    sakit. telinga seakan berdarah. aku bertahan. aku kena kuat. aku tidak boleh menangis di depan orang ramai. pendirian aku teguh! aku menghembus nafas panjang.

    name tag aku sudah ditelapak tangan. ada gambar aku disitu, tersenyum kembali melihat aku. Nur Suriani bt Mohd Basri. nama penuh aku pun disitu juga. aku suka bekerja disini. bagi aku disinilah tempat untuk aku berbakti sesama manusia seikhlas hati. cukuplah dengan kudrat yang ada.

    “takpelah kak. kalau macam tu, saya letak jawatan.”

    aku letakkan name tag tu, di atas meja. betul-betul didepan semua orang. aku tidak mahu melihat mata-mata yang memandang aku. aku letakkan tanggungjawab aku bersama name tag itu. aku tunduk lama. dan aku dongak kembali. aku memerhati setiap pekerja wanita disitu. sedih melihat wajah mereka. setiap seorang aku perhatikan, sampailah kembali kepada wanita itu.

    “akak, apa-apa lepas ni, letak agama di hadapan. rezeki saya, bukan akak yang bagi. tapi Allah yang bagi rezeki dekat saya. Dia yang bagi saya makan selama ni.”

    semua kelihatan terdiam.

    “akak, kalau besok kiamat la kan, saya harap akak tak cari saya, tak tuntut dengan saya di akhirat nanti. saya dah jalankan tanggungjawab saya.”
    aku menahan nafas. memang itu yang terpendam. tangan kiri yang digenggam aku cuba leraikan perlahan-lahan. aku tidak mahu menunding jari. aku tidak mahu dianggap kurang ajar. Agama mengajar aku menjadi manusia beradab. mata aku berair. tapi aku tidak boleh menangis!

    “tapi, kalau undang-undang sini kene masuk tudung kau kat dalam kan, kau kene ikut”.

    aku hanya menunduk. aku tidak mampu berkata apa-apa. ramai sangat orang disitu mengelilingi kami. pekerja-pekerja lelaki. dua orang perempuan teman sekerja ku pun turut ada disitu. semua terdiam. hanya mampu melihat aku. selepas memberikan salam kepada semua orang, aku menuju ke surau untuk melaksanakan tanggungjawab aku yang tertangguh. Ya Allah, sungguh berat dugaanMu ini. aku tidak mampu menanggung ini seorang.

    aku beransur pulang ke rumah. hati aku tiba-tiba tergerak untuk menuju ke satu pusat tuition pelajar UPSR. mana tahu, rezeki aku menunggu disitu. alhamdulillah, aku telah mendapat kerja baru, malah lebih bagus daripada kerja lamaku. Allah telah mendengar doa ku. Dia telah menggantikan sesuatu yang lebih baik untukku. Terima kasih Allah. Terima kasih.

    terkadang, hidup memang berat..
    membuat kita hampir menyerah..
    tapi aku percaya Kaulah Pelindungku, Penciptaku, hidupku
    sabarkan hatiku, kuatkan imanku
    berkahi aku, keluarga ku dengan rahmatMU
    Tuhan, Engkaulah cintaku.
    (Nidji; Tuhan Maha Cinta)

    oleh; mofar rahman (pemenang tempat pertama cerpen miggu kirovsky musim sejuk 2011)

  • 0 Comments
  • Filed under: 5. Blog
  • Mengingati Mati

    Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu tetapi mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah.”(Riwayat At-Tirmidzi)
    Huraian Hadith:
    1. Kita wajib menghormati sesama manusia termasuk diri sendiri, ibu, bapa, isteri atau suami, anak-anak, saudara mara, sahabat serta jiran tetangga sama ada dengan berbuat baik, menjaga tutur kata (berbudi bahasa) dan baik hati atau berbaik sangka menurut kemampuan masing-masing.

    2. Kematian pasti dihadapi oleh setiap orang sebagaimana firman Allah yang bermaksud:”Setiap yang bernyawa pasti akan mati.” (Al-Anbia’: 34). Oleh itu petanda bagi orang yang sentiasa mengingati mati ia sentiasa memperbanyakkan amal perbuatan yang baik sepanjang hidupnya.

    3. Sebaik-baik usaha ialah bermujahadah melawan nafsu dan berusaha memperbaiki diri. Pengekangan nafsu akan menundukkan nafsu agar kita dapat mengawal tingkah laku mengikut syariat dan ketetapan Islam.

    4. Setiap amalan yang baik akan mempengaruhi doa yang dipohon atau dengan perkataan lain Allah S.W.T tidak akan mensia-siakan doa orang yang beriman dan selalu melakukan kebajikan. Begitulah hal yang sebaliknya.
    Larangan Meminta-minta Mati
    Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: ” Jangan sesekali seseorang daripada kamu bercita-cita hendak mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata : Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah daku apabila mati itu lebih baik bagiku.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
    i) Seorang mukmin dilarang keras meminta mati kerana bosan dan tidak tahan menanggung sesuatu bencana yang menimpanya; sebaliknya dia mestilah mensifatkan bala bencana yang menimpanya itu sebagai ujian dan menerimanya dengan redha.
    ii) Sesungguhnya segala dugaan itu adalah kaffarah (penghapus) dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana tersebut . Oleh itu Allah menyeru kita agar menghadapinya dengan sabar dan akan ditulis pahala amal baik sebagai ganjarannya.
    iii) Allah S.W.T adalah bersifat dengan Maha Pengasih dan Penyayang, Dia tidak akan membiarkan hamba-Nya berada di dalam kesusahan selagi hamba-Nya itu ingat dan berserah diri serta bertawakkal kepada-Nya dalam segala keadaan.

    “Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Dia menghidupkan kamu; setelah itu Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat kelak); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)”
    (Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 28)

    Sumber dari I luv Islam.com

  • 0 Comments
  • Filed under: 5. Blog
  • ahlan wa sahlan.

    assalamualaikum wbt

    rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat datang buat semua pendatang baru di bumi Volgograd, adik-adik tahun 1.sesungguhnya kita semua sepatutnya bersyukur atas ketentuan Allah yang telah memberi peluang kepada kita untuk merasa dan menjalani hidup sebagai muslim di bumi yang mungkin terlalu asing untuk kita semua. yakinlah, bahawa sesungguhnya ketentuan Allah lah yang terbaik buat kita. mana tidaknya, siapakah yang paling hebat mengetahui yang terbaik untuk kita kalau bukan Rabb kita, Allah s.w.t.

    “Hanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk”.(at taubah, 9:18)

    dalam ayat di atas, jelas Allah memberi satu perincian yang cukup teliti untuk menggambarkan bahawa tanggungjawab untuk memakmurkan masjid-masjid allah adalah di atas bahu seseorang yang bergelar muslim. ironinya, tidak mungkin seseorang yang tidak beriman pada Allah, tapi memakmurkan masjid Allah.

    jadi, kami di pihak biro kirovsky telah melaksanakan lawatan tahun 1 ke kirovsky islamic centre pada 2 minggu yang lepas, 16 okt 2011. hadaf utama program dijalankan adalah untuk membawa pelajar tahun 1 untuk mengenal dan mengimarahkan kirovsky islamic centre, dan yang paling penting kami berharap agar usaha pengumpulan dana untuk Kirovsky akan terus menerus agar ianya menjadi satu realiti.sungguh ,Rasulullah bersabda “Sesiapa yang membina sebuah masjid, Allah akan membuatkan untuknya sebuah rumah di dalam syurga”.


    ahlan wa sahlan buat pendatang2 baru bumi Volgograd =)

    majlis yang digabungkan dengan Majlis Pelantikan Organisasi Baru IMAM-VSC itu juga dihadiri oleh pelajar-pelajar tahun lain. Juga, selepas penutupan majlis, biro Kirovsky membuat jualan amal roti sosej dan mendapat sambutan. alhamdullilah, keseluruhan majlis berjalan dengan agak lancar.

    ~~

    27 Oktober 2011, atas jemputan Imam Rustam, beberapa org muslimin (pelajar malaysia) menghadiri majlis iftar yang sememangnya diadakan tiap-tiap isnin dan khamis. diharapkan, untuk masa hadapan, lebih ramai yang berminat untuk hadir pada majlis iftar tersebut.

    akhir kata, suka saya memetik kata-kata Imam Rustam dalam ucapannnya ketika majlis lawatan hari itu:

    “dulu, ketika kami semua merancang untuk membina masjid,ramai yang tertanya-tanya mana mungkin kami mahu mendapatkan kos untuk membina masjid, kami tidak memiliki wang sebanyak itu. tapi saya berkata, ‘jangan risau, sekiranya kita letak keyakinan kita pada Allah, i’allah Dia akan bantu usaha kita ini’. dan, sampai sekarang pun kami tidak memiliki wang sebanyak itu, tapi masjid sudah ada” -imam Rustam-

    jadi, teruskan melabur saham akhirat anda =)

  • 0 Comments
  • Filed under: 5. Blog
  • assalamualaikum wbt.

    pertama-tama sekali, sukalah saya untuk mengajak diri saya dan pembaca sekalian untuk memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran buat zat yang paling agung, Allah s.w.t atas segala nikmatNya yang langsung tidak terhitung dek kudrat kita sebagai manusia. Juga, selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, kerana atas berkat ketabahan Baginda, kita dapat merasa nikmat Islam.

     

    pada 28 September 2011, beberapa wakil biro kirovsky telah mengunjungi Masjid Kirovsky bagi menyerahkan duit infak kepada Imam Rustam dan untuk melihat perkembangan pembinaan masjid.

    alhamdulillah, boleh dikatakan secara kasar, pembinaan masjid boleh dikatakan 60% siap.antara perkembangan terbaru:

    1) pemanas sudah dipasang,

    2) saluran air sudah ada, cuma masih belum ada pemanas air.i’allah akan diusahakan sebelum musim sejuk.

    3) tempat wuduk sedang dibina (lelaki di tingkat bawah, dan perempuan di tingkat atas). mengikut kata imam rustam, mereka akan cuba menyiapkanya terlebih dahulu berbanding bahagian lain untuk kemudahan jemaah.

    4) tandas dan bilik air: lubang kumbahan dan batang paip sudah ada

    5) ruang solat sudah boleh digunakan (atas dan bawah).

    6) masjid menerima infak berbentuk barang: semua pintu masjid (kayu berkualiti), karpet solat

    7) sekarang, Imam Rustam dah tinggal di masjid (menjaga masjid), jadi boleh dikatakan masjid dibuka 24 jam.

    8 ) bahagian2 lain yang masih dalam pembinaan: ruang syura, dapur, kantin, dll.

    9) perancangan terdekat (mengikut kata Imam Rustam):

    a)akan diadakan kelas madrasah atau nursery,

    b) majlis iftar setiap isnin dan khamis (sudah dijalankan)

    c) majlis perayaan dalam islam ( aidil fitri dan aidil adha), bertujuan untuk mendedahkan kpd komuniti muslim sekeliling ttg perbezann perayaan dalam Islam dgn perayaan2 lain( tahun baru, vosmoe marta, dll).

     

    i’allah setakat itu saja perkembangan pembinaan masjid setakat ini. pembinaan masjid bergantung sepenuhnya kepada sumbangan infak, kalau ada maka pembinaan diteruskan, kalau tiada maka terbengkalai sekejap. wallahualam.

    ruang solat lelaki (tingkat bawah)

    pemanas sudah dipasang, i'allah kalau tiada halangan akan berfungsi untuk winter tahun ini.

    ruang solat perempuan (pandangan dari bawah)

    ruang ambil wuduk yang masih dalam pembinaan. ruang ini akan disiapkan dahulu berbanding dengan bahagian2 lain.

    masjid kirovsky yang kelihatan gah dari luar..

    Sumbangan boleh diwakilkan kepada:

    Badan Penggerak Khas Tabung Kirovsky

    MOHAMAD AIZZAT B. MAT GHANI Account No (MAYBANK): 162218469566
    Email : musliminvolgograd@gmail.com Alamat di Malaysia : W2/494 JALAN MERANTI 17000 PASIR MAS KELANTAN No telefon : 0199079217 (MALAYSIA), +79377230158 (RUSSIA)


    *Pelajar Volgograd boleh menyampaikan sumbangan anda kepada ketua kumpulan, naqib dan naqibah masing-masing

    2nd Kirovsky Week – Kirovsky A Reality

    Recent Comments

    • , matpih, October 6, 2011 : alhamdulillah
    • , admin, June 2, 2011 : tafadahhal..insyaAllah demi kebaikan bersama
    • , Nur Muhd Ammar, June 2, 2011 : minta izin share post ini, insya’Allah demi kebaikan...
    • , Zubair Ahmed Allapur, April 27, 2011 : Alhamdulillah it was a fine experince going through, by...