Muslims In Volgograd

Kirovsky Islamic Centre – Make it a Reality

Bergaya Sambil Beramal

assalamualaikum..setelah agak sekian lama tidak diupdate website ni..mohon jutaan maaf dari pihak kami..untuk makluman pembaca dan penderma sekalian, terdapat sedikit masalah dalam proses penyerahan sedekah kepada pihak masjid Kirovsky. Jika yang berada di Volgograd mungkin sudah sedia maklum mengenai kes pengeboman tempoh hari di Volgograd dan hal ini telah memberi kesan kepada kami. Serahan tidak dapat dilakukan secara terus kepada pihak masjid dan kami terpaksa berhubung sendiri dengan pihak pembina masjid tersebut. Jadi kami berpakat untuk berbincang sendiri dengan Imam Rustam (imam masjid Kirovsky) tentang pembinaan masjid tersebut. Apa yang diperlukan, berapa jumlah yang masih diperlukan. Dan pada masa sekarang, di masjid tersebut masih tiada sistem paip yang lengkap. Jemaah terpaksa keluar daripada masjid dan mengambil wuduk diluar masjid dan bagi muslimah agak susah sebab kawasan itu agak terbuka. Jadi  sekarang pihak masjid ingin fokus kepada sistem perpaipan terlebih dahulu memandangkan bulan Ramdhan makin hampir, dan diharapkan paip susah sedia terpasang menjelang Ramadhan nanti untuk memudahkan jemaah yang hadir untuk bersolat,iftar, terawih dan sebagainya.

Jadi saya sendiri telah berjumpa dengan dealer paip itu sendiri, Iqbal. Dan dia telah buat summarize untuk jumlah keseluruhan dana yang diperlukan untuk memasang segala jenis paip di masjid tersebut. Dianggarkan sebanyak 300,000 ruble diperlukan untuk tujuan tersebut. Dan 30, 000ruble telah diserahkan kepada beliau daripada kutipan sedekah yang di ‘bank-in’kan dalam akaun saya. Diharapkan masih ada ramai penderma2 diluar sana yang bermurah hati untuk menabur benih pahala untuk agama Allah, rumah Allah.

Untuk makluman semua, sekarang kami dari Biro Kirovksy sedang menjalankan jualan T-shirt amal. Jadi kepada sesiapa yang berminat tidak kira di Volgograd mahupun di Malaysia, anda boleh membeli sambil menderma dan bergaya. Kepada sesiapa yang berminat anda boleh layari facebook Kirovksy Volgograd ..

 

 

**untuk zoom anda boleh tekan pada image

ini adalah antara baju-baju untuk jualan amal tersebut..salah satu cara kami mengumpul dana untuk kami salurkan kepada masjid kirovsky..jadi kepada sesiapa yang berminat jangan tunggu lama2 hubungi kami!

Harga

Muslimat : 500 ruble (tukaran kepada RM mengikut currency semasa)

Muslimin : 450 ruble (tukaran kepada RM mengikut currency semasa)

 

Mudahan2 Allah bersama kita semua~ameen

 

 

 

Disediakan oleh: Mohamad Aizzat Mat Ghani, Pengerusi Biro Kirovsky PPIM

Qanaah

Qanaah ialah perasaan cukup dan puas hati dengan apa jua rezeki pemberian Allah. Qanaah mengawal dari sifat tamak, kerakusan dan haloba yang mudah menguasai diri manusia.

 

“Jadilah kamu seorang yang warak, nanti kamu akan menjadi sebaik-baik hamba Allah, jadilah kamu seorang qanaah, nanti kamu akan menjadi orang yang paling bersyukur kepada Allah, sedikitkanlah ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)

[Dipetik dari facebook tazkirah]

  • 0 Comments
  • Filed under: 4. Tazkirah
  • Assalamualaikum wrt.

    Dengan objektif untuk menanamkan lagi perasaan cinta akan masjid Kirovsky, program “Kirovsky Satu Realiti” telah dijalankan bertempat di Masjid Kirovsky sendiri pada 7 Mei lalu. Selain acara kemuncak- gotong-royong membersihkan masjid, terdapat pelbagai acara menarik yang dianjurkan sepanjang minggu. Antara pertandingan yang menjanjikan hadiah-hadiah menarik adalah Pertandingan Puzzle Kirovsky, Pertandingan Mencipta Video Islami, Pertandingan Seni Khat, serta Pertandingan Menulis Sajak yang berlangsung sepanjang minggu. Pertandingan Azan untuk mencari Mu’azzin Volgograd juga diadakan di Kirovsky itu sendiri. Pertandingan-pertandingan yang dianjurkan mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan pelajar.

    7 Mei 2011, Masjid Kirovsky dipenuhi jiwa-jiwa muda yang bersemangat untuk membantu proses pembinaan masjid ini. Semangat ini makin menyala mendengar tazkirah dan peringatan daripada Hazrat Rustam .  Program diteruskan dengan Pertandingan Azan. Mua’zzin-mu’azzin muda yang mengenakan baju Melayu ataupun jubah menyerikan lagi program ini dengan laungan Azan.

     

    Acara kemuncak- Gotong-royong. Diucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat, sama ada menyapu, mengutip sampah, lap tingkap, menyusun, mengemas masjid kita ini.

    Letih bekerja, tidak lengkap tanpa santapan. Jamuan bersama masyarakat muslim setempat, beramah mesra bersama mereka merupakan satu kenangan yang sangat sukar untuk dilupakan.

    Rasulullah SAW bersabda: : ” Tujuh orang yang akan dilindungi Allah dalam naungan-Nya yaitu, Imam  (pemimpin) yang adil, pemuda yang tumbuh dewasa dalam beribadah pada Allah, orang yang hatinya selalu terikat pada masjid, dua orang yang saling mencintai karena Allah, berkumpul karena Allah dan berpisah karena Allah pula, seorang lelaki yang dirayu oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi ia menolaknya seraya berkata ‘Aku takut kepada Allah’, orang yang bersedekah sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat oleh tangan kanannya, dan seorang yang berdzikir kepada Allah sendirian lalu menitikkan airmatanya.” (HR Bukhari dan Muslim)

     

  • 0 Comments
  • Filed under: 5. Blog
  • KIROVSKY PUZZLE CONTEST KEMBALI!!!

    LINK TO PUZZLE PIECES:

    PUZZLE 1:

    http://www.jigsawplanet.com/?rc=play&pid=03551f7a5ff6

    PUZZLE 2:

    http://www.jigsawplanet.com/?rc=play&pid=1c898c68cfbf

    1) Penyertaan terbuka kepada semua yang berminat.

    2) Peserta dikehendaki melengkapkan 2 buah puzzle yang akan mula disiarkan pada 2 Mei 2011.

    3) Penyertaan boleh dihantar pada bila-bila masa sehinggalah tepat pada 12 tgh malam 6 Mei 2011 kepada private message fb kirovsky dengan tajuk:

    PUZZLE KIROVSKY MEI 2011.

    4) Pemenang akan dikira berdasarkan penyertaan yang lengkap (2 buah puzzle) dgn masa yang terpantas. Masa akan dikira secara purata, maksudnya masa untuk melengkapkan 2 buah puzzle tersebut akan dicampur dan dibahagi 2 untuk mendapatkan puratanya. Jadi pastikan anda siapkan puzzle dgn pantas bagi kedua-dua buah puzzle! ;)

    GOODLUCK!

    CARA UNTUK MENGHANTAR PENYERTAAN:

    1) Lengkapkan puzzle anda.

    • Kali ini, puzzle anda bukan sahaja terpisah, malahan anda dikehendaki memusing keping-keping puzzle untuk membentuk gambar yang sebenar. Untuk rotate kepingan puzzle, click left hand mouse, kemudian click right hand mouse button pada masa yang sama. Kepingan puzzle akan rotate sehinggalah anda mendapat orientation puzzle pieces yang diingini.
    • Untuk bermain, anda perlu install java plug-in. Andaikata java plug-in anda out of date, satu pop up akan kemukakan 2 choices, sama ada anda ?update? atau ?RUN THIS TIME?. Pilih pilihan yang kedua iaitu RUN THIS TIME, dan kalau masih tidak boleh access puzzle, anda mungkin boleh mencuba untuk download yang baru.

    2) Pastikan masa anda untuk melengkapkan puzzle masih dipaparkan di skrin computer. Jika anda sudahpun menutupnya, anda dikehendaki untuk membuat puzzle itu semula kerana kami hanya akan menerima bukti gambar bersama completion time tersebut.

    3) Sebagai bukti bahawa anda sudah pun melengkapkan gambar tersebut dan untuk membuktikan completion time anda, anda perlu membuat satu screen shot. Untuk membuat screen shot:

    1. Cari butang ?PRTSC SYSRQ? di atas keyboard anda.
    2. Tekan butang tersebut.
    3. Buka application PAINT dan di bawah menu EDIT, tekan PASTE.
    4. Satu screen shot akan kini berada di atas canvas paint anda. SAVE screenshot tersebut.
    5. Ketika menghantar penyertaan, UPLOAD gambar screenshot bersama.
    6. Siap! ^__^

    JZKK =)

    MARI BERSAMA-SAMA KITA JADIKAN KIROVSKY SATU REALITI!

  • 0 Comments
  • Filed under: 5. Blog
  • Demi Masa

    Melihat-lihat gambar semasa kecil, meningkat remaja, dan remaja membuatkan saya rasa rawan. Saya sentiasa berkata kepada diri saya sendiri, bahawa kalau diberi pilihan, saya akan pulang ke masa dahulu untuk mengubah diri.

    Memang, manusia dalam meneruskan kehidupan, ada kalanya dia melakukan perkara-perkara bodoh.

    Bila teringatkan perkara bodoh yang dia lakukan, dia akan terasa ingin kembali untuk pada waktu sebelum dia melakukan kebodohan.

    Namun, manusia tidak mempunyai semalam. Juga manusia belum tentu menghadiri esok. Dan manusia belum tentu meghabisi hari ini. Yang manusia ada hanyalah sekarang.

    Sekarang untuk dia hargai, dan membuat peningkatan diri.

    Ramai tidak menghargai

    Kita menjalani hidup sehari-hari tanpa gusar. Seakan-akan semalam itu boleh kita kutip kembali bila-bila masa. Seakan-akan juga esok itu 100% pastinya ada. Sepertinya kita amat yakin, hari ini kita mampu kita tamatkan dengan baik.

    Ramai tidak menghargai kehidupan, lantas mengisinya dengan perkara yang sia-sia.

    Saya tidak mengira sia-sia itu dengan apa yang manusia lihat sia-sia. Tetapi saya mengira sia-sia itu dengan apa yang Allah SWT katakan sebagai sia-sia.

    Katakanlah (wahai Muhammad): “Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan”. Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.” Ayat 103-105 Surah Al-Kahfi.

    Saya tidak peduli kalau kita lakukan sesuatu, dan manusia tidak menilainya, atau manusia tidak memberikan perhatian terhadapnya. Sebagai contoh – ikhlas, niat yang bersih, amalan qiam di malam hari, berapa helai bacaan Al-Quran kita, berapa zikir kita wiridkan, berapa rapatnya hubungan kita dengan Allah SWT.

    Sebab saya hanya peduli, apa yang Allah kira pada kita. Apa yang Allah nilai.

    Dan saya sentiasa yakin, apa-apa sahaja yang Allah katakan baik untuk kita lakukan, itu semestinya baik untuk hubungan kita dengan manusia sekeliling. Allah tidak pernah menyuruh kita melakukan sesuatu yang membawa mudarat pada diri dan juga orang ramai.

    Cuba fikirkan.

    Namun. Ramai yang tidak menghargai. Waktu-waktu diberikan, dihabiskan untuk memenuhi kehendak manusia semata-mata. Untuk memenuhi tuntutan mereka sahaja. Sebab itu, hendak dapat banyak A, atau mendapat pointer yang tinggi, atau mendapat laba yang besar, atau hendak menyenangkan hati manusia lain, manusia sanggup berbohong, menipu dan melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.

    Nanti Allah akan tanya

    Adakah saya rasa rugi dengan masa belakang saya, rasa ingin kembali, hanya kerana kenangan-kenangan yang berharga? Hanya kerana rasa rindu dengan suasana-suasana yang ada pada waktu-waktu dahulu?

    Itu bukan masalahnya. Yang membuatkan saya rasa rawan, terkilan, dan kadangkala terasa hati, adalah kerana apabila saya melihat waktu-waktu belakang saya, maka saya akan terfikir, bagaimana Allah SWT akan bertanya pada saya akan hari-hari yang telah saya lalui itu.

    Dan saya sudah tidak boleh memperbaikinya.

    Adakah sesiapa yang dapat kembali kepada semalam?

    Jadi bagaimana? Bagaimana kalau Allah tanya?

    Sesungguhnya (dengan keterangan-keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa datangnya), – iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya; dan orang yang kafir akan berkata (pada hari itu): “Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)”. Surah An-naba’ ayat 40.

    Sebab itu, sekarang adalah amat berharga

    Manusia tidak nampak, bahawa dia akan pulang kepada Yang Maha Berkuasa. Yang Maha Bijaksana. Yang Maha Memerhatikan. Yang Maha Mengetahui.

    Sebab itu, waktu sekarang, mereka salah gunakan dengan hidup untuk perkara lain. Kebanyakan perkara, atau kesemua perkara yang dilakukan, tidak dihubungkan dengan Allah SWT. Kerja, tidak dihubungkan dengan Allah. Studi, tidak dihubungkan dengan Allah. Canda, tidak dihubungkan dengan Allah. Makan minum, riadhah, kehidupan seharian, langsung tidak dihubungkan kepada Allah SWT. Sebab itu, perkara-perkara tidak syara’ menembus masuk dan menyerang kehidupan manusia dari segenap arah.

    Sedangkan, sekarang adalah berharga. Sebelum ia bertukar menjadi masa lalu, semalam, minggu lepas, bulan lepas, setahun lepas, 10 tahun lepas.

    Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” Surah Al-‘Asr ayat 1-3.

    Tidakkah manusia benar-benar faham, bahawa mereka hanya mempunyai sekarang?

    Sekaranglah masa memohon ampun, sekaranglah masa memperbaiki diri, sekaranglah masa mengubati hati, sekaranglah masanya untuk menggerakkan diri ke arah Yang Kekal Abadi.

    Kita hanya ada sekarang.

    Tidakkah manusia memerhatikan?

    Penutup: Nanti bila Allah berpaling…

    Allah SWT adalah Yang Maha Penyayang, Maha Pengasih, Maha Mencintai, Maha Pengampun. Tiada yang mampu menandingi kasih-sayang-Nya. Tiada siapa yang mampu menandingi cinta-Nya. Tiada yang mampu menyaingi keampunan-Nya.

    Tetapi akan wujud satu hari, di mana Allah SWT tidak lagi membuka kasih sayang-Nya, melainkan kepada mereka yang telah mendapat kasih sayang-Nya. Akan tiba satu hari di mana Allah menutup ampunan-Nya melainkan untuk mereka yang telah diampunkan-Nya. Akan sampai satu hari di mana Allah menutup cinta-Nya melainkan untuk mereka yang telah dicintai-Nya.

    Itulah dia Hari Akhirat.

    Allah akan murka semurka-murkanya pada mereka yang telah diberi peluang tetapi mensia-siakannya. Allah akan marah semarah-marahnya, pada mereka yang telah diberi peringatan tetapi tidak mengendahkannya.

    Hari itu Allah akan berpaling.

    Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta”. Lalu berkatalah orang yang berdosa: “Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu melihat?” Allah berfirman: “Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan”.” Surah Toha 124-126

    Dan kita hanya punya kehancuran. Ketika itu kita tidak punya lagi ‘sekarang’ atau ‘hari esok’. Yang kita hanya ada adalah apa-apa yang telah kita lepaskan.

    Tergantung di neraka. Di tengah-tengah kematian dan kehidupan.

    Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya, Dia lah orang yang akan menderita bakaran neraka yang amat besar (azab seksanya), Selain dari itu, ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang.” Surah Al’A’laa ayat 11-13.

    ~dipetik dari langit ilahi.com

  • 0 Comments
  • Filed under: 5. Blog
  • Sumbangan boleh diwakilkan kepada:

    Badan Penggerak Khas Tabung Kirovsky

    MOHAMAD AIZZAT B. MAT GHANI Account No (MAYBANK): 162218469566
    Email : musliminvolgograd@gmail.com Alamat di Malaysia : W2/494 JALAN MERANTI 17000 PASIR MAS KELANTAN No telefon : 0199079217 (MALAYSIA), +79377230158 (RUSSIA)


    *Pelajar Volgograd boleh menyampaikan sumbangan anda kepada ketua kumpulan, naqib dan naqibah masing-masing

    2nd Kirovsky Week – Kirovsky A Reality

    Recent Comments

    • , matpih, October 6, 2011 : alhamdulillah
    • , admin, June 2, 2011 : tafadahhal..insyaAllah demi kebaikan bersama
    • , Nur Muhd Ammar, June 2, 2011 : minta izin share post ini, insya’Allah demi kebaikan...
    • , Zubair Ahmed Allapur, April 27, 2011 : Alhamdulillah it was a fine experince going through, by...