Kirovsky Islamic Centre – Make it a Reality
18 Apr
assalamualaikum wrt
Perkembangan terkini Masjid Kirovsky
alhamdulillah
air, elektrik, gas hampir sempurna
dalam minggu ini master akan datang untuk pasang gas
untuk air dan elektrik perlukan sedikit lagi dana
cuma kondisi kirovsky masih sama iaitu tiada karpet lagi
tetapi alhamdulillah rohnya sentiasa hidup
wallhualam
p/s: sumber dari post biro kirovsky di facebook
10 Apr
Konsep Perubatan Islam mempunyai sebab musabab. Pencipta sebab kenapa sesuatu itu berlaku ialah Allah, al-Khaliq, yang berkuasa melakukan sesuatu.
“Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: ‘Jadilah!’ maka terjadilah ia” – Yaasin:82
Asas perubatan dalam Islam boleh dibahagikan kepada dua, iaitu penjagaan diri dan rawatan. Penjagaan diri lebih baik daripada merawatnya. Allah s.w.t. melarang orang yang beriman daripada membinasakan dirinya, tidak kira sama ada pembinasaan itu melibatkan pemakanan yang memberi mudarat, yang terlarang, berlebihan dan sebagainya.
“Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.” ?- Al-Baqarah:195
Allah s.w.t. juga menyuruh setiap orang itu makan dan minum, tetapi melarang daripada mengambilnya berlebihan.
“…dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan” ?- Al-An’am:141
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: “Perut itu ialah tempat penyakit”.
Keperluan pada makanan itu ada tiga tahap; iaitu semata-mata untuk keperluan, mencukupi dan berlebihan. Rasulullah s.w.t. memberitahu bahawa makanan itu mencukupi dengan suapan kecil yang menguatkan tulang belakang, ataupun makan memenuhi satu pertiga daripada ruang perut, satu pertiga lain untuk air manakala yang bakinya untuk bernafas. Inilah kaedah utama yang paling memberi manfaat pada penjagaan badan, kerana perut itu tumpuan penyakit.
Perut apabila penuh dengan makanan ruang minuman menjadi sempit. Apabila minuman itu berlebihan, ruang bagi bernafas menjadi sempit, menyebabkan seseorang itu sukar bernafas, penat dan terasa berat.
Semuanya ini menyebabkan berlakunya kerosakan hati, pergerakan tubuh menjadi lembab dan malas untuk melakukan ketaatan dan membangkitkan nafsu syahwat.?Kesihatan adalah nikmat yang besar yang sering terabai.
Sebuah hadis daripada Ibnu Abbas menyatakan tentang adanya seorang Arab yang bertanyakan Rasulullah s.a.w. apa yang perlu ia pohon setiap kali selepas sembahyang lima waktu. Baginda menjawab agar ia memohon kesihatan daripada AIlah. Lelaki tersebut merasa tidak puas hati dengan jawapan tadi. Setelah bertanya buat kali ketiga, baginda akhirnya menjawab agar ia memohon kesihatan di dunia dan akhirat.
6 Apr

Assalammualaikum wbt.
Alhamdullilah, selesai sudah satu lagi majlis anjuran UMNO Volgograd, yang berlangsung pada 27 Mac yang lalu. Malaysia Indoor and Recreational Carnival.. menarikkan bunyinya? memang menarik dan tertarik!! Semua game yang kita selalu main dekat Malaysia ada di sini, dari congkak hingga PES semua dianjurkan. Sejajar dengan majlis ini, pihak UMNO telah menawarkan peluang kepada kami untuk berniaga pada majlis MIRC tersebut. Kamsai Hamida kami ucapkan kepada pihak UMNO. INsyaalah Allah akan MEmbalas jasa kalian.
Pihak Kirovsky Volgograd telah membuka peluang kepada para pelajar Volgograd untuk menyertai jualan pada kali ini. 6 gerai telah dibuka pada hari MIRC. Antara menunya adalah Rojak Ayam, Nasi Paprik, Ayam Percik, Laksa Kelantan dan etc. Sambutan yang amat mengharukan dari warga Volgograd amatlah kami hargai. Sebanyak 40 % daripada keuntungan setiap gerai telah diberikan kepada pihak Kirosky dan PPIM Volgograd. Alhamdullilah dari jualan yang telah diadakan, kami telah berjaya mengumpul sebanyak 12193.20 Ruble. Insyaallah, kutipan ini akan disumbangkan kepada masjid Kirovsky. Terima kasih kepada semua yang terlibat dengan majlis ini, dan akhir sekali Allah swt berfirman dalam At-Tagabun, ayat 17. Mahfumnya:
“Jika kamu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya Dia melipatgandakan balasan untukmu dan mengampuni kamu. Dan Allah Maha Mensyukuri, Maha Penyantun.”
Waallahualam.
25 Mar
Bismillahirrahmirrahim..
Assalamualaikum wrt muslimin dan muslimat sekalian,
insyaAllah Aqsa Syarif, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia yang bermatlamat meningkatkan kesedaran umum tentang PALESTIN serta menjalankan beberapa usaha dalam membantu dan mengurangkan beban rakyat PALESTIN kini akan meluaskan layar bahteranya dengan mengadakan jelajah ke sekitar Eropah, dan RUSIA tidak terkecuali.Dengan diwakili oleh Pengerusinya, Ustaz Hasanuddin dan isteri, akan melawat ke beberapa buah bandar utama di Rusia.berikut merupakan jadual perjalanan Aqsa Syarif Le Tour d’Europe:
MOSCOW 11 APRIL 2011
NIZHNY NOVGOROD 12 APRIL 2011
VOLGOGRAD 13 APRIL 2011
PERANCIS 17 APRIL 2011
OLOMOUC 19 APRIL 2011
HRADEC KRALOVE 20 APRIL 2011
PRAGUE 21 APRIL 2011
POLAND 24-28 APRIL 2011
untuk maklumat lebih lanjut, pautan adalah di sini http://aqsasyarifeuropetour.blogspot.com
BERSAMAMU PALESTIN
PALESTIN KITA PUNYA
25 Mar
Abu al-Abbas Abdullah bin Abbas, radiyallahu anhuma, berkata:
Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah:
Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu.
Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah.
Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu.
Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu?perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu.
Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran lembaran
telah kering (dakwatnya).
Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi.
Dalam riwayat selain al-Tirmizi, hadis berbunyi:
Peliharalah Allah, nescaya engkau akan dapatiNya di hadapan engkau.
Kenalilah Allah ketika senang,nescaya Dia akan mengenalimu di ketika susah.
Ketahuilah bahawa apa-apa yang (ditakdirkan) tidak menimpamu, ia tidak akan menimpamu.
Dan apa-apa yang menimpamu bukannya ia tersilap menimpamu.
Ketahuilah bahawa?kemenangan itu ada bersama kesabaran, terlepas dari kesempitan itu ada bersama kesusahan dan?bersama kesusahan itu ada kesenangan
Perbincangan Hadis :
1) Menjaga Hak Allah, Allah akan menjaga kamu:
Subhanallah. Kalau kita laksanakan segala suruhan, meninggalkan semua larangan, Allah akan mnjaga kita dalam dua perkara:
2) Pertolongan & bantuan Allah kepada Orang yang bertaqwa:
Jaga hak Allah pada diri dan keluarganya – menepati Quran dan Sunnah. dalil bantuan/ Allah bersama (an-Nahl : 128),(at-Taubah : 40),(al-Mujadalah : 7 ).
3) Meminta pertolongan hanya pada Allah:
memohon pertolongan dalam melakukan ketaatan/ meninggalkan maksiat.
bersabar atas takdir/ tetapkan pendirian pada hari bertemu Allah.
4) Beriman kepada Qadho? dan Qadar :
- dalil (at-Taubah : 51) (Aali Imran : 154).
5) Mengingati Allah ketika senang, Allah akan mengingati kamu ketika susah .
6) Kemenangan bersama kesabaran: (a-Baqarah : 249) (al-Anfal:66).
7) Bersama Bala(karb) itu ada jalan keluar(farj) : (al-Baqarah:214).
8 ) Bersama kepayahan ada kesenangan (al-Asr) .
WALLAHUALAM..
Recent Comments