Kirovsky Islamic Centre – Make it a Reality
1 Mar
Alhamdulillah, tahun ini sebuah lagi baitul muslim telah dibina di Volgograd. Perkahwinan saudara Shafiq Rosli dan saudari Mazidah pada 22 Februari yang lalu merupakan majlis perkahwinan yang kedua diadakan di Volgograd, selepas pernikahan saudari Hasifah dan saudara Rajput pada Disember 2007.
Upacara akad nikah dimulakan seawal jam 10 pagi di Masjid Lingoranskaya, Daerah Voroshilovky. Upacara akad yang berlangsung kurang setengah jam ini disempurnakan oleh mufti Volgograd, hazrat Ilyas. Walimahnya diadakan di hostel Hiroshima pada keesokannya.
Semoga pasangan ini diberkati Allah.
P/s : Ulasan-ulasan pelajar Volgograd boleh didapati di bidayatul hidayah. Gambar-gambar majlis perkahwinan boleh didapati di sini.
Leave a reply