Peraturan Pertandingan Menghafaz Al-Quran

  • Setiap peserta akan diberi satu soalan
  • Setiap soalan mengandungi satu surah dari surah panjang,satu soalan dari surah sederhana dan satu dari surah pendek
  • Peserta akan diadila dari 3 kriteria

  1. Tajwid :  40 Markah
  2. Bacaan : 30 Markah
  3. Kelancaran : 30 Markah

Surah Panjang
1. Al Insyiqaq
2. Al Buruj
3. At Tariq
4. Al A’la
5. Al Ghasiyah
6. Al Fajr
7. Al Balad
8. Al Lail
9. Al Bayyinah
10. Al Alaq

Surah Sederhana
1. As Syams
2. Ad Duha
3. Al Qariah
4. Al A’diat
5. Al Zalzalah
6. At Takathur
7. At Tin
8. Al Insyirah

Surah Pendek
1. Al Nasr
2. Al Kauthar
3. Al Quraisy
4. Al Maun
5. Al Humazah
6. Al Fil
7. Al Qadr

Syarat-syarat Pertandingan Multimedia Islam

1.Terbuka kepada semua Muslimin dan Muslimat di Volgograd
2.Tema video adalah bebas tapi bercirikan Islam(contoh ; nasyid,sketsa,Drama,Dikir barat,dan lain-lain mengikut kreativiti peserta)
3.Masa bagi setiap video adalah minimum 5 minit
4.Bilangan Video yg dihantar bagi setiap peserta adalah tidak terhad.penyertaan boleh berbentuk perseorangan ataupun berkumpulan
5.watak-watak dan karektor yang terlibat dalam video hendaklah berpakaian sopan dan menutup aurat..Sebarang bentuk pergaulan bebas yang tidak sihat adalah ditegah(stroga zapresyena)

Tarikh tutup penyertaan adalah 29 MAc 2009.Penyertaan boleh diserahkan kepada

Wan Ezzrul Redza b Wan Shahidan(2nd year)
Id ym ; ezzrul89@yahoo.com.my

Video yang terpilih akan diupload kedalam Youtube ataupun mana-mana laman web atau blog Pihak pengelola

SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN MENGARANG SAJAK

  • Terbuka kepada SEMUA muslimin dan muslimat
  • Bilangan penyertaan TIDAK TERHAD.
  • Setiap penyertaan berharga hanya 10 RUBLES. Mari berkarya sambil menderma!!
  • Karya yang dihantar mestilah karya yang ASAL, SAHIH, dan ASLI dari jiwa pengarang yang sebenar.
  • Tema yang digarap meliputi:

i) Tema ‘PALESTIN’
ii) Tema ‘KIROVSKY’

  • Tarikh tutup penyertaan – 28 MAC 2009 .
  • Hantarkan karya anda kepada wakil setiap tahun pengajian.
  • Hadiah lumayan menanti setiap pemenang!! Sertailah beramai-ramai!!

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN MENULIS KHAT

  • 2 kategori yang dipertandingkan :

i.    lelaki
ii.    perempuan

  • Hanya 2 penyertaan dari setiap kategori dikira sebagai pemenang.
  • Kos pembiayaan setiap karya untuk pertandingan adalah tanggungan sendiri.
  • Hasil karya yang dihantar hendaklah disertakan bersama-sama (ditaip atau ditulis) pada belakang penyertaan dengan maklumat berikut :

i .  nama penuh
ii.  tahun pengajian

  • Semua hasil karya pertandingan yang dihantar untuk menyertai pertandingan ini adalah menjadi hak milik pihak penganjur. Pihak penganjur berhak menggunakannya untuk apa-apa tujuan seperti penerbitan, pameran dan sebagainya.
  • Penyertaan hendaklah dalam bentuk MENULIS khat. Penyertaan dalam bentuk MELUKIS khat dianggap tidak layak.
  • Pengunaan alatan untuk menulis adalah bebas.(pen atau pensel)..
  • Peserta hendaklah menulis semula ayat dibawah dengan mengunakan tulisan jenis NASAKH sahaja seperti contoh.
  • Pengiraan markah adalah seperti berikut  :

Format tulisan (khat nasakh) : 50 markah
Kekemasan                    : 25 markah
Hiasan                    : 25 markah

  • Tarikh tutup penyertaan ialah pada 28 MAC 2009