Renungan Bersama…
November 3, 2008 · Print This Article
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t..
Sebagai renungan dan peringatan bersama, penulis ingin menceritakn mengenai satu hadis Nabi S.A.W mengenai kepentingan bersedekah..
Diriwayatkan bahawa selepas menyembelih seekor kambing, baginda memberitahu Aisyah supaya memasak daging itu dan memberinya kepada tetangga..selang beberapa ketika, baginda bertanya kepada Aisyah :
“Wahai Aisyah, adakah kamu telah memberikn daging tersebut kepada tetangga?”
Aisyah menjwab,”sudah ya Rasulullah, cuma yang tinggal hanyala pahanya sahaja.”
kemudian Rasullullah bersabda, “Sesungguhnya paha itulah yang habis, dan yang tinggal apa yang telah kamu berikan”
Pengajaran Hadis:
Harta yang kita miliki itu tidak kekal, sebagai contoh makann dn minuman kita akan habis,pakaian dan kenderaan kita akan lusuh dan rosak..namun yang kekal adalah sedekah yang kita lakukn yg mana pahalanya akan kekal disisi Allah.
Jadi sama2 kita renung, berapa banyak harta kita yang kekal disisi Allah?..berapa banyak harta kita dibelanjakan pada jalan Allah? tepuk dada tnya iman..
Wallahu a`lam…






Comments
Got something to say?