Ringkasan Khutbah Jumaat

February 24, 2008 · Print This Article

Ringkasan Khutbah Jumaat Masjid Kirovsky

22 February 2008/15 Safar 1429

Kewajipan sebagai tetamu

Suatu ketika seorang kaum Ansar mengajak Rasulullah s.a.w. dan beberapa sahabatnya ke rumahnya. Dalam perjalanan ke sana, seorang sahabat Nabi telah bertemu dengan baginda, dan mengambil keputusan mengikuti mereka. Apabila tiba di destinasi,Rasulullah s.a.w. memberitahu tuan rumah tersebut bahawa adalah hak tuan rumah untuk mengajak sahabat yang mengikuti mereka tadi, atau tidak, dan mereka tak akan membantah.

Di sini hadrat Rustam menekankan bahawa adalah hak tuan rumah untuk mengajak sesiapa ke rumahnya, dan bilangannya sekali. Bukan hak kita untuk menambahkan bilangan tersebut tanpa persetujuan/permintaannya. Ini kerana kita mungkin akan menyusahkan orang yang mengajak tersebut, kerana mungkin dia tidak mampu melayan lebih dari yang diajak. Maka adalah salah jika kita melawan atau merungut jika tuan rumah tidak memberi rakan kita masuk, kerana bukan hak kita untuk mengajak mereka (ini ialah common sense).

Dinyatakan jugak bahawa salah satu dari hak seorang Muslim terhadap muslim yang lain adalah apabila mereka diajak mereka wajib menerima jemputan.

Adab Makan

Seterusnya Imam Rustam memfokuskan terhadap adab ketika makan di khalayak ramai. Anak Ummu Salamah, isteri kepada Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai tabiat makan yang tidak elok ketika kecil. Satu hari, ketika makan di satu majlis baginda menegur beliau. Antara tegurannya adalah makan dengan tangan kanan serta mengambil makanan yang berhampiran dengannya sahaja dan tidak menghulurkan tangannya mencapai makan yang jauh.

Berkat Makan Jemaah

Seterusnya Hadrat Rustam menceritakan tentang kelebihan makan beramai-ramai. Sekumpulan sahabat2 Nabi berbincang tentang masalah mereka. Mereka merasakan tidak kenyang selepas makan, walaupun kadangkala agak mencukupi. Masalah ini dirujuk kepada Rasulullah s.a.w. yang menyuruh mereka makan beramai-ramai . Ini kerana Allah memberkati mereka yang makan berjemaah, hikmahnya, walaupun makanan sedikit, mereka akan rasa mencukupi. Walaupun makanan untuk dua orang dikongsi 3 atau empat orang, kerana berkat makanan itu dkongsi, semua orang akan merasa kekenyangan (teringat saya kepada tahun pertama kami dengan 5 orang berkongsi periuk nasi kecil untuk 2 orang).

Adalah diriwayatkan juga, bahawa Saiyidina Ummar r.a., semenjak mendengar hadis ini, sehingga Nabi wafat, zaman menjadi Khalifah sehinggala beliau meninggal dunia, tidak pernah makan seorang kerana hadis ini. Beliau sering akan ke pasar mencari fakir miskin atau sesiapa saja untuk diajak makan bersama, walau banyak mana makanan yang ada.

Akhir sekali minta maaf jika ada terlepas, atau tersilap terjemahan khutbah Hadrat Rustam, kerana kelemahan diri saya.

Penulis :MuslimBro

img_1590.jpg

Hadrat Rustam membahagikan daging Qurban sebelum khutbah.

image_00201-1.jpg

Sedang menunggu khutbah

Comments

2 Responses to “Ringkasan Khutbah Jumaat”

  1. drmuthiah on March 9th, 2008 3:54 pm

    salam
    jzkk muslimbro i dont know who’s diz in particular
    anyway,its a nice post

    nati ley masukkan muslimah day celebration lak ye.hehe

  2. whitesabre on April 6th, 2008 6:46 pm

    ade orang janji nak bagi reportnya..tapi tak dapat2 lagi..aishh…

Got something to say?





*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture. Click on the picture to hear an audio file of the word.
Click to hear an audio file of the anti-spam word