Kirovsky Islamic Centre – Make it a Reality
29 Dec
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.
Sebelum memanjangkan kalam,ingin saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selama menyambut tahun baru Hijriyyah 1430.
semoga tahun ini kita akan lebih diberkati dan dirahmati Allah dari tahun lepas,insyaallah.
Jazakumullah khairan kathira kepada para penderma,ajk gerak kerja laman web Kirovsky Islamic Centre,warga muslim Volgograd,seterusnya
muslimin dan muslimat yang memberi khidmat dalam usaha menjayakan penubuhan Kirovsky Islamic Centre.Hanya Allah sahaja yang dapat
membalas jasa baik lagi ikhlas yang dicurahkan.
Untuk maklumat muslimin muslimat sekalian,derma yang telah diterima,dikeluarkan,dihitung jumlahnya, dan diserahkan kepada Mufti atau wakil Kirovsky Islami Centre.
Pada November yang lalu,Mufti telah menyampaikan hasratnya untuk menggunakkan hasil pungutan derma yang disalurkan menerusi Maybank sebagai modal perniagaan.Hasil
keuntungan dari perniagaan ini akan disalurkan untuk pembinaan Kirovsky Islamic Centre.Hasil pungutan derma tersebut juga digunakan untuk pembeliaan alat-alatan serta bahan-bahan
pembinaan.
Saya,sebagai wakil rakyat Malaysia di Volgograd,dengan rendah dirinya merayu supaya para penderma sekalian menghalalkan dan meredhai jalan-jalan dan usaha-usaha yang dilakukan oleh Mufti dan rakyat Volgograd
untuk menjamin terbinanya Kirovsky Islamic Centre.Jasa baik muslimin muslimat sekalian didahului dengan jazakumullah khairan kathira dan terima kasih.
*jangan dilupakan juga kepada saudara-saudara yang sedang berusaha mempertahankan agama Allah di Palestin.Sejauh manakah usaha kita?
Recent Comments