Assalamualaikum sahabat2 pembaca budiman..alhamdulillah..saya baru habis 2 paper dan ada lagi tiga. Entah kenapa malam ni saya rasa perlu menulis, sebelum bermulanya fasa ketiga musim imtihan ni..di mana selalunya saya mengelakkan sebaik boleh dari menatap komputer..hu3..

Alhamdulillah kepada rabbul alamin.. selalu saya rasa dipermudahkan bila menjawab exam. Kadang2 rasa malu sebab apa yang dikurniakan tidak setimpal dengan usaha kecil saya yang sangat suka study last minute. MasyaAllah..kurniaan Dia sangat banyak dan melimpah pada kita, tidak habis-habis. Justeru perlu kita selalu berdoa agar apa yang dipelajari menjadi satu ibadah buat Dia..supaya tidak sekali kita hilang perhatian pada Dia atau hilang perhatianNya pada kita.

Disebabkan nikmatNya yang banyak itulah, tidak adil untuk saya meminta apa2 lagi dari sahabat2 sekalian. Tidak layak bagi diri saya yang dhaif mengharapkan sirna dunia yang telah pun memancar terang. (kenapa pendahuluan panjang dan jiwang sangat ni? Aish, takmaula..hee)

Sebenarnya ada sesuatu yang ingin saya bincangkan. Kita semua tentu sedar dan peka dengan kehadiran risalah2 yang wujud di sekeliling kita. Biar saya kecilkan skop, kita ambil contoh di Volgograd sendiri.. ada dua bahan bacaan yang diterbitkan secara constant yakni Milestone dan Bidayatul Hidayah (BH). Artikel2nya, ada yang menarik mungkin juga ada yang tidak.. ada yang menghiburkan dan ada yang serius.. ada yang menyentuh hati kita,ada yang menyentuh hati orang lain tetapi tidak kita.

Sahabat2..

Dalam dunia dakwah, tarbiyah, islam..walaupun maksiat dan kelalaian,jahiliyah dan taghut yang menjadi musuh islam masih terus menerus berlaku, namun sudah ramai pemuda Islam yang terdidik dan bangkit sedar tentang menangani serangan2 itu. Sudah ramai dikalangan kita yang nampak keindahan menerima islam secara seluruhnya, tidak sedikit juga yang peka terhadap luka-luka yang memeritkan dunia islam dulu dan kini.

Atas sebab itulah, saya merasakan sekecil-kecil usaha dakwah perlu dihargai. Saya merasakan setiap bait kata atau tulisan yang menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran tidak patut diperkecilkan orang yang menulis atau memperkatakannya. Bukankah Allah banyak kali berfirman- “kamu (umat islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia..ta’muruuna bil makruf watanhauna anil’munkar..”. kerana kamu menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah dari yang mungkar.

Perlu juga saya utarakan disini, method dan cara berdakwah itu pelbagai. Ada yang menggunakan kelembutan dan ada yang menggunakan sindiran. Ada yang mengajak pada usrah dan tarbiyah, ada juga melalui politik,daulah dan sebagainya. Seringkali ideologi2 ini disebarkan dalam bentuk tulisan atau mungkin juga kata2.

Sebetulnya saya juga setuju dengan dakwah yang lemah lembut. Teringat satu hadis..Dari Abu Musa r.a. ia berkata :”Rasulullah saw, setiap kali mengutus seorang dari sahabatnya untuk suatu urusan, beliau bersabda, “ berilah kabar gembira dan jangan membuat orang lari, permudah dan jangan mempersulit”. Hadis ini membuktikan bahawa dakwah yang lemah lembut sejalan dengan kaidah yang ditetapkan oleh Rasulullah saw.

Karena pada hakikatnya sahabat2.. umat yang menjadi objek dakwah bukanlah umat yang kafir ( ummatun kafirahi ) melainkan umat yang muslim ( ummatun muslimah ) atau – menurut istilah para ulama’ aqidah-Ahlul qiblah. Oleh karena itu dalam mendakwahi ahlul qiblah, haruslah lemah lembut; jangan main vonis (menghukum), jangan membuat orang lari atau bahkan membenci islam atau memusuhi dakwah.

Tetapi saya juga tidak merasakan yang sindiran dalam islam itu tidak dibolehkan. Tidak perlulah kita melenting atau melatah jika diri kita sendiri ditegur atau disindir secara direct atau indirect. Kita semuakan ahlul qiblah, berpaksikan pada Allah yang satu maka kalau didakwah baik secara lemah lembut mahupun secara ‘sedikit kasar’.. sepatutnya ia bisa masuk ke hati,bukan?

Mungkin perlu saya pergi secara spesifik.Mesti sahabat2 semua sedar dengan kehadiran Bidayatul Hidayah yang pada saya berwajah dan method baru. Penulis baru, maka bahasanya juga baru…kadang2 mungkin terlalu ‘panas’ untuk diterima oleh kelompok kita. Tetapi dakwah dan misinya bagi saya tidak baru dan tidak berubah. Tidak tahu angin dari kutub mana datang memberitahu, tapi saya dapat menangkap bunyi2 yang tidak berpuas hati dengan hasil tulisan beliau yang dikatakan ‘suka memperli dan tidak masuk ke hati’. Ironinya, saya sebenarnya bersyukur kerana apa yang diusahakan hakikatnya mendapat perhatian, malah ada hubungan dua-hala antara penulis dan pembaca! =)

Saya tidak mahu bersikap terlalu defensif pada beliau, tetapi suka saya berkongsi hasil bacaan saya dalam Al-munthalaq karangan Muhammad Ahmad al-Rasyid tentang topiknya ‘Bergerak dalam pelbagai pendekatan’. Di dalam buku tersebut, dinyatakan 4 pendekatan berbeza yang boleh digunakan oleh para da’ei.

Yang pertama, teguran dan kasih sayang i.e dakwah lemah lembut- kaedah ini sesuai bagi individu yang telah menyempurnakan perkara2 fardhu, beriltizam dengan hukum2 islam dan sering menyuruh manusia berbuat baik sesuai dengan inisiatif sendiri. Menurut pemahaman saya, mereka ini memang sudah beriltizam dengan islam tetapi masih belum bersedia atau tidak tahu bagaimana untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja dakwah. Kelompok ini membentuk majority dalam komuniti kita, bagi sesiapa yang rasanya sudah lengkap kerja dakwahnya, maka tak perlulah terasa!

Yang kedua, intonasi lembut dan penuh kasih sayang disulami GERTAKAN DAN KRITIKAN terhadap orang2 yang sudah beriltizam dengan islam TETAPI berdiam diri dari amar makruf nahi mungkar. Hrm..sahabat2 pernah dengar ungkapan ‘baik sendiri-sendiri’? atau ‘jaga tepi kain sendiri’… ‘dia soleh sebab dia diam dan jurus’??.. Saya percaya kelompok begini juga sangat ramai dalam komuniti kita. Ramai antara kita malah saya sendiri takut untuk berubah dan mengubah.. kerana tidak mahu digelar ‘perasan baik’ atau sebagainya. Maka tidak syak lagi..fiil macam inilah yang sebenarnya perlu di ubah dengan sedikit sindiran halus..agar kijang2 dakwah yang berpotensi, dan tidak mandul dapat dilahirkan.

Yang ketiga, bahasa lemah lembut disulami rasa kasih dan simpati- terhadap mereka yang mengerjakan amal fardhu tetapi karam dalam maksiat dan kemungkaran. Sahabat2 tentu perasan..untuk golongan yang ketiga ini, kita gunakan semula method lemah lembut cuma ditambah dengan simpati ..kerana mereka ini sedar diri yang bertuhan tetapi tidak sedar mereka diperhati. Mereka solat dan puasa.. tetapi tetap membuka aurat dan berpacaran..tidak berbeza pun dengan orang2 kafir russian yang berpeleseran di pinggir Volga. Tetapi mereka inikan golongan minoriti ? malah saya sendiri tidak pasti betul kewujudan golongan seperti ini dalam masyarakat kita kerana belum dihidangkan di depan mata sendiri. Nauzubillah..

Yang keempat, bahasa marah dan peringatan yang keras terhadap mereka yang membuat dosa besar, zalim,mabuk dalam kejahatan etc.

Sahabat2..semua cara di atas boleh digunakan di dalam masa yang sama, di dalam masyarakat yang sama. Secara jujurnya saya merasakan.. dalam waqi’ kita sekarang di mana ramai yang sudah celik dengan islam.. majoriti masyarakat kita terdiri dari golongan pertama dan kedua. Malah golongan sasaran yang membaca artikel2 Bidayatul Hidayah,Milestone dsb juga adalah dari golongan tersebut, bukan dari yang ketiga dan keempat yang mungkin sebenarnya memerlukan sentuhan peribadi. Bukankah kalau dapat dikejutkan golongan pertama dan kedua maka insyaAllah lebih ramai lagi yang merasa tanggungjawab terhadap golongan yang ketiga dan keempat ?

Arakian..tidak salahlah jika method yang digunakan mengandungi unsur2 sindiran, kerana saya yakin penulis mempunyai rasa kasih sayang yang begitu mendalam terhadap komuniti kita. Lagipun..bukankah banyak lagi artikel lain yang berunsur lemah lembut.. yang dapat mengimbangkan pendekatan2 yang digunakan supaya sampai ke segenap lapisan. Kalau kelembutan Shatilova dapat membuatkan kawan saya rajin,apa salahnya Elena bertegas dengan saya yang sedikit malas ni.hehe..peribahasa baru.abaikan.

Sudah terlalu panjang artikel saya kali ni. Sebelum mengundur diri dan menyambung kerja2 yang ditangguh, ingin saya ingatkan pembaca..saya bukan mahu bersikap defensif kepada adik saya Cik Penulis BH..tetapi bagi saya, beliau melengkapkan method dakwah kita. Mungkin ada dikalangan kita yang sebenarnya sudah pun terpanggil dan tersedar dengan hasil tulisannya, kita tidak tahu. Wallahualam.. saya menyukai dakwah yang lemah lembut..tetapi tidak pula menentang sindiran dan kritikan.

Akhirul kalam..maaf sebab panjang sangat ;). Maaf juga andai ada bahasa yang tidak sedap dibaca, terkasar dsb- saya mengantuk! Maan najah di medan pena ya..

“Maha suci Allah yang telah menggerakkan hatiku untuk memberi nasihat kepada manusia dan telah menjadikan kerja nasihat itu sebesar-besar cita-citaku”

–Abdul Qadir al-Kailani.

Seposen,

ANIZA