Muslims In Volgograd

Kirovsky Islamic Centre – Make it a Reality

Gotong-royong Masjid

Gotong-royong MasjidPada 2 November 2008 yang lepas, satu gotong-royong membina dan menyusun bahan-bahan binaan masjid telah diadakan di tapak projek Pusat Islam Kirovsky. Gotong-royong ini dihadiri oleh ramai tua dan muda muslimin Volgograd. Mufti Volgograd, Hazrat Ilyas turut turun padang bergotong-royong. Sayangnya, pelajar-pelajar Malaysia tidak dapat hadir untuk sama-sama membanting tulang. InsyaAllah, gotong-royong ini akan diadakan lagi pada masa akan datang, dan diharapkan kehadiran pelajar-pelajar Malaysia dapat membantu dalam pembinaan ini di lain masa. Lagi gambar di pautan ini : Gotong-royong Masjid 2/11/2008

Laporan-Lebaran Aidilfitri 2008

ayam ros..Ahad, 12 Oktober 2008

Suatu sambutan Hari Raya Aidilfitri telah dijayakan pada hari Ahad, 12 Oktober bersamaan 12 Syawal 1429 yang lalu,bertempat di dewan utama Hostel Hiroshima. Majlis yang dihadiri oleh semua warga Malaysia di Volgograd ini diadakan hampir 2 minggu lewat memandangkan pelbagai persiapan yang perlu diadakan dalam masa yang suntuk.

Majlis dimulakan tepat jam 10.30am dengan bacaan doa yang diketuai oleh Saudara Zhafri. Tugas sebagai pengacara pula dipertanggungjawabkan kepada Saudara Faiz Mohd Nasri dan Saudari Nurul Hidayah. Antara aktiviti yang telah diadakan pada sesi pagi adalah seperti berikut:

* Ucapan alu-aluan oleh pengarah projek

* Ucapan oleh pelajar-pelajar tahun akhir

* Persembahan slaid hari raya

* Kuiz dan permainan ‘Lebaran Aidilfitri’

* Persembahan nasyid oleh kumpulan Al-Ibtisam yang mendendangkan lagu Lebaran dan ‘Nyanyian Serambi’.

Sesi pagi diakhiri dengan jamuan aidilfitri. Antara juadah yang dihidangkan ialah Nasi Minyak Hujan Panas, Ayam Masak Ros, Rendang Minang, Nasi himpit Kuah Kacang, dan sirap limau sebagai penyegar tekak. Pada jam 1.30 petang majlis berhenti rehat untuk menyahut seruan azan.

Sesi petang bermula pada jam 2.00petang dengan:

* Ketibaan pelajar-pelajar bukan Islam

* Persembahan dikir barat oleh pelajar-pelajar lelaki Tahun 1

* Ulangan persembahan slaid hari raya

* Sambutan hari jadi pelajar-pelajar yang lahir pada bulan Oktober

* Anugerah busana terbaik, yang dimenangi oleh Khalid bin Othaman (tahun6) dan Aida Athirah bt Azmal (tahun2) bagi kategori pelajar Islam. Bagi kategori bukan muslim pula, anugerah disandang oleh Selvanaayagam (tahun5) dan Hui Qian (tahun6).

* Sesi fotografi

Majlis yang gilang gemilang ini menutup tirainya pada jam 5.00petang. Setinggi penghargaan diucapkan kepada Saudara Mohd Husainy, selaku pengarah projek ‘Lebaran Aidilfitri 2008’. Saudari Nurul Huda Othman sebagai penolong pengarah, Saudara Muhammad Tarmizi Bin Muhammad Fauzi yang mengepalai pengurusan juadah, dan seterusnya semua warga Volgograd yang telah menjayakan majlis ini. Setinggi-tinggi kesyukuran dihadapkan kepada Rabbul Alamin, Alhamdulillah. Semoga majlis ini akan terus dijalankan hatta pada tahun-tahun seterusnya.

Laporan disediakan oleh,

Admin

MuslimInVolgograd.com

  • 0 Comments
  • Filed under: 5. Blog
  • Malam Wasilah ke Syurga

    Pada hari Sabtu 27 September bersamaan 27 Ramadhan yang lalu telah diadakan satu program kerohanian yang bertempat di dewan utama Hostel Perubatan Hiroshima, Volgograd.

    Program Malam Wasilah Ke Syurga ini telah dihadiri oleh hampir semua pelajar Malaysia beragama Islam di sini ini yang kini sudah mencecah seramai 198 orang.

    Program ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran para pelajar tahun 1 yang baru sahaja menjejakkan kaki di bumi Allah Volgograd ini pada 23 September yang lalu.

    Antara tentatif program yang telah diadakan adalah seperti berikut :

    6.15 ptg – Bacaan Ma’thurat

    6.50 ptg – Iftar

    7.00 ptg – Solat maghrib

    7.30 mlm – Khatam Al-Quran

    8.00 mlm – Makan

    9.00 mlm – Solat Isya’ dan Terawih

    9.45 mlm – Tayangan Perdana

    10.45 mlm – Bersurai

    4.00 pg – Qiamullail

    4.40 pg – Sahur Istimewa

    5.13 pg – Solat Subuh

    5.45 pg – Kuliyyah Subuh

    6.30 pg – Majlis Bersurai

    Alhamdulillah dengan izin Allah program ini telah berjalan dengan jayanya. Semoga program seumpama ini mendapat keberkatan dari-Nya.Amin..

  • 1 Comment
  • Filed under: 5. Blog
  • Kirovsky Awareness Campaign

    Assalamualaikum…

    Minggu ini dilancarkan “Kirovsky Awareness Campaign” untuk komuniti kami di Volgograd.

    Sebahagian gambar masjid sekarang yang di ambil pada suatu hari Jumaat musim sejuk lepas..disini,wanita juga pergi berjemaah..mungkin kerana khutbah Jumaat adalah antara sumber peringatan Islam yang amat terhad disini..

    Pintu masuk

    Masjid

    Tapak pembinaan Pusat Islam

    Jemaah Wanita

    Jemaah Lelaki

    Hadrat Rustam(Imam) dan Nazim(Pengurus Projek)

    Dengan Puan Gurnala dan anaknya Naila

    Pelan Pusat Islam

    Bantuan atau Cadangan semua pihak amat dialu-alukan..Wallahualam..

  • 0 Comments
  • Filed under: 5. Blog
  • Sumbangan boleh diwakilkan kepada:

    Badan Penggerak Khas Tabung Kirovsky

    MOHAMAD AIZZAT B. MAT GHANI Account No (MAYBANK): 162218469566
    Email : musliminvolgograd@gmail.com Alamat di Malaysia : W2/494 JALAN MERANTI 17000 PASIR MAS KELANTAN No telefon : 0199079217 (MALAYSIA), +79377230158 (RUSSIA)


    *Pelajar Volgograd boleh menyampaikan sumbangan anda kepada ketua kumpulan, naqib dan naqibah masing-masing

    2nd Kirovsky Week – Kirovsky A Reality

    Recent Comments

    • , matpih, October 6, 2011 : alhamdulillah
    • , admin, June 2, 2011 : tafadahhal..insyaAllah demi kebaikan bersama
    • , Nur Muhd Ammar, June 2, 2011 : minta izin share post ini, insya’Allah demi kebaikan...
    • , Zubair Ahmed Allapur, April 27, 2011 : Alhamdulillah it was a fine experince going through, by...