Muslims In Volgograd

Kirovsky Islamic Centre – Make it a Reality

Selamat Tahun Baru 1430H

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.
Sebelum memanjangkan kalam,ingin saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selama menyambut tahun baru Hijriyyah 1430.
semoga tahun ini kita akan lebih diberkati dan dirahmati Allah dari tahun lepas,insyaallah.
Jazakumullah khairan kathira kepada para penderma,ajk gerak kerja laman web Kirovsky Islamic Centre,warga muslim Volgograd,seterusnya
muslimin dan muslimat yang memberi khidmat dalam usaha menjayakan penubuhan Kirovsky Islamic Centre.Hanya Allah sahaja yang dapat
membalas jasa baik lagi ikhlas yang dicurahkan.
Untuk maklumat muslimin muslimat sekalian,derma yang telah diterima,dikeluarkan,dihitung jumlahnya, dan diserahkan kepada Mufti atau wakil Kirovsky Islami Centre.
Pada November yang lalu,Mufti telah menyampaikan hasratnya untuk menggunakkan hasil pungutan derma yang disalurkan menerusi Maybank sebagai modal perniagaan.Hasil
keuntungan dari perniagaan ini akan disalurkan untuk pembinaan Kirovsky Islamic Centre.Hasil pungutan derma tersebut juga digunakan untuk pembeliaan alat-alatan serta bahan-bahan
pembinaan.
Saya,sebagai wakil rakyat Malaysia di Volgograd,dengan rendah dirinya merayu supaya para penderma sekalian menghalalkan dan meredhai jalan-jalan dan usaha-usaha yang dilakukan oleh Mufti dan rakyat Volgograd
untuk menjamin terbinanya Kirovsky Islamic Centre.Jasa baik muslimin muslimat sekalian didahului dengan jazakumullah khairan kathira dan terima kasih.

*jangan dilupakan juga kepada saudara-saudara yang sedang berusaha mempertahankan agama Allah di Palestin.Sejauh manakah usaha kita?

  • Comments Off
  • Filed under: 2. Artikel B. Melayu, 5. Blog
  • p/s : gambar di bawah hanyalah analogi semata-mata…..

    Macam tu jugakla kisahnya dengan Kirovsky….

    Bila kita anggap masjid Kirovsky tu mereka punya…

    cantik macam mana pun iklan2 derma…

    banyak macam mana pun program2 kesedaran…

    gempak macam mana pun blog musliminvolgograd ni…

    kita akan pandang sepi…

    Anggaplah masjid Kirovsky tu KITA yang punya….

    walaupun kita jarang2 je pegi masjid….

    walaupun kita duduk sini 6 tahun je…

    walaupun kemungkinan besar kita tak sempat pun nak tengok masjid Kirovsky yang dah siap megah berdiri…

    Tapi,…

    masjid Kirovsky itu KITA yang punya…

    kalau kita tak berusaha sehabis daya membangunkannya,…siapa lagi?…

    Jadi,…

    marilah sama2 kita berusaha sehabis daya untuk masjid KITA….

    Sumbangan boleh diwakilkan kepada:

    Badan Penggerak Khas Tabung Kirovsky

    MOHAMAD AIZZAT B. MAT GHANI Account No (MAYBANK): 162218469566
    Email : musliminvolgograd@gmail.com Alamat di Malaysia : W2/494 JALAN MERANTI 17000 PASIR MAS KELANTAN No telefon : 0199079217 (MALAYSIA), +79377230158 (RUSSIA)


    *Pelajar Volgograd boleh menyampaikan sumbangan anda kepada ketua kumpulan, naqib dan naqibah masing-masing

    2nd Kirovsky Week – Kirovsky A Reality

    Recent Comments

    • , matpih, October 6, 2011 : alhamdulillah
    • , admin, June 2, 2011 : tafadahhal..insyaAllah demi kebaikan bersama
    • , Nur Muhd Ammar, June 2, 2011 : minta izin share post ini, insya’Allah demi kebaikan...
    • , Zubair Ahmed Allapur, April 27, 2011 : Alhamdulillah it was a fine experince going through, by...