Kirovsky Islamic Centre – Make it a Reality
9 Nov
Alhamdulillah, akhirnya setelah sekian lama lengkap sudah laman MuslimsInVolgograd.com ini.
Semoga dengan sempurnanya laman ini, ia dapat melancarkan lagi usaha mempromosikan kutipan derma untuk masjid Lavrovaya yang amat diperlukan oleh komuniti muslim di Volgograd ini. Diharapkan selepas ini laman ini dapat dipromosikan di blog-blog, forum-forum atau apa-apa sahaja oleh para pembaca sekalian.
Diharapkan juga dengan siapnya laman ini, ia dapat menjadi pendorong kepada para AJK MuslimsInVolgograd untuk lebih bersemangat mengembeleng tenaga dan masa untuk sama-sama menjadikan laman yang menjadi suara komuniti Islam di Volgograd ini tidak kosong dan lesu begitu sahaja. Semoga kita sentiasa konsisten dalam meneruskan usaha yang sekelumit ini agar ia tidak hanya menjadi sekadar melepaskan batuk di tangga atau pun sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja.
Kami juga mengharapkan kepada sesiapa sahaja yang ingin menyumbangkan artikel, idea, cadangan dan sebagainya dapat menghubungi mana-mana AJk dan penulis laman ini seperti yang terdapat di sini atau email kami di musliminvolgograd@gmail.com.
Semoga dengan penglibatan semua laman ini dapat meniti di setiap mulut, menjadi tempat persinggahan utama mereka yang melayari alam siber ini dan ini secara tidak langsung dapat menarik lebih ramai orang untuk sama-sama bersedekah dan memberi sumbangan untuk pembinaan Masjid Lavrovaya (Pusat Islam Kirovsky) ini. InsyaAllah.
3 Aug
Salam alaikum,
Buat pengetahuan anda semua, saya baru sahaja daripada Shah Alam dan ada informer memberitahu bahawa kita boleh meminta sumbangan Masjid Kirov daripada Baitul Mal. Tapi, buat masa ini IMAM masih belum mempunyai akaun bank yang tersndiri. Jadi, saya fikir adalah lebih baik kita mendapatkan contact dengan person incharged dalam urusan sumbangan ini supaya lebih senang urusan IMAM apabila telah mendapatkan akaun bank baru. Pelajar yang tinggal di sekitar Shah Alam diminta untuk ambil perhatian supaya lebih teratur urusan kita. Begitu juga pelajar di negeri-negeri lain. Harap ambil perhatian.
Terima kasih
-Ahmed
21 May
Kerana kita muslim, dan kita mahu Islam berkembang
Cuba lihat masjid kristal di sana…cantik
Perhatikan pula masjid di Putrajaya sana…besar
Bayangkan pula Pusat Islam yang cuba kita bina…
Mungkin tidak secantik itu..Mungkin tidak sebesar itu..
Tapi bayangkan fungsinya nanti,yang bakal menjadi pemangkin perkembangan Islam di Volgograd,malahan seluruh Russia.
Kita muslim, dan kita mahu Islam berkembang
sumbangan boleh disalurkan kepada:
Afham Naqiuddin Bin Osman
Account No: 153010170580 (MAYBANK)
Alamat di Malaysia : LOT 1203 LORONG PAKATAN KG GUCHIL BAYAM 15200 KOTA BHARU KELANTAN
No telefon : 097646155
4 May

Recent Comments