Assalamualaikum Warahamatullahi Wabarakatuh…

TEMPAHAN BUKU KOMPILASI PERMASALAH FEQAH (UNTUK PELAJAR VOLGO SAHAJA)

Kami daripada Biro Perhubungan Luar Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) RSC Volgograd telah menyiapkan sebuah buku KOMPILASI PERMASALAHAN FEQAH.

Buku ini merupakan ini merupakan himpunan artikel-artikel yang diambil daripada blog-blog dan forum-forum agama yang terkenal. Buku ini mengandungi beberapa bab yang meliputi permasalahan feqah yang sering dialami oleh seorang muslim sama ada di Tanah Air mahu pun di luar negara.

Memandangkan sumbangan tidak mencukupi untuk mencetak dan mengedarkan buku tersebut kepada setiap pelajar, jadi sumbangan yang telah diperolehi akan digunakan untuk mencetak buku tersebut dan hanya diberikan kepada setiap usrah sahaja.

Walau bagaimanapun, pihak PPIM bercadang untuk membuka tempahan kepada pelajar yang berminat untuk memiliki buku tersebut secara persendirian.

KOS pencetakan bagi buku ini adalah 420 rubel sebuah.

Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan buku ini, bolehlah E-Mail kan kepada ppim_volgo@yahoo.com sebelum 2 Mac 2010.

Sila hantar butir-butir seperti dibawah :

Subjek : TEMPAHAN BUKU KOMPILASI PERMASALAH FEQAH

Nama Penuh :

Nombor Telefon Russia :

Tahun Pengajian :

Bilangan buku :

 

Buku ini wajar dimiliki oleh setiap pelajar kerana dalamnya banyak mengandungi hukum, permasalahan dan kemusykilan agama yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita yang selama ini kita langsung tidak ambil endah.

Sebarang pertanyaan tentang buku ini, sila E-Mail kan kepada ppim_volgo@yahoo.com

“Perbanyakkanlah ilmu agama kerana ianya menjadi penyuluh kepada kehidupan seorang muslim yang bertaqwa”